Mukadimah
Mungkin para
pembaca mula terfikir apa yang akan saya katakan sewaktu mula-mula melihat
tajuk yang agak besar dalam medan politik atau siayasah di Malaysia ini. Apatah
lagi apabila ia melibatkan dua buah parti yang besar dan lama dia Negara kita
iaitu Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan juga United Malays National
Organization (UMNO).
Tajuk ini
besar dan panjang perbahasannya, malah boleh dijadikan sebuah kajian yang cukup
menarik dalam membuat perbandingan antara keduanya dari segi keseluruhan
bermula dari perlembagaan parti, misi, visi, keahlian, gerak kerja, pentadbiran
dan sebagainya.
Namun disini
saya hanya ingin menyentuh beberapa isu sahaja yang sering dibangkitkan oleh
orang Umno dan selainnya mungkin saya akan jelaskan kemudian sekiranya ada
waktu kelapangan.
Isu 1 :
Kenapa Pas perlu bekerjasama dengan bukan Islam iaitu DAP?
Soalan sebegini
sering dibangkitkan oleh orang Umno yang mengemukakan hujah bahawa kenapa tidak
diadakan persepakatan dengan Umno jika hendak dibandingkan kerjasama dengan
DAP?
Saya tidak
pasti sama ada orang yang bertanya sedemikian sedar bahawa Umno juga turut mengadakan
kerjasama atau gabungan dengan parti bukan Islam seperti Malaysian Chinese
Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC). Malah kerjasama Umno
dengan MCA dan MIC tersebut adalah lebih lama lagi berbanding kerjasama antara
PAS dan DAP.
Banyak pendapat ulama mengenai keharusan kerjasama politik atau tahaluf siyasi antara orang Islam dan bukan Islam. Kitab dan makalah khusus turut ditulis mengenainya dan saya tidak ingin mengulasnya disini kerana ia perlukan perbahasan khusus mengenai tajuk tersebut.
Jika dihujahkan
bahawa DAP itu bukan Islam, maka adakah MCA dan MIC itu Islam? Malah jika kita
melihat perlembagaan DAP, tiada sebarang peruntukan yang menyatakan bahawa
hanya bangsa tertentu sahaja seperti cina yang boleh menyertai pari tersebut. Bahkan
ramai orang-orang Melayu yang turut menyertai DAP serta menjadi pimpinan
tertinggi dalam DAP.
Sedangkan
MIC hanya membenarkan bangsa India menjadi ahlinya dan MCA hanya membenarkan
bangsa cina menganggotainya. Kedua-dua parti tersebut tidak membukakan
keahliannya kepada bangsa lain sebagaimana yang dibuat oleh DAP. Oleh yang demikian,
adakah parti kita mengatakan bahawa DAP yang keahliannya terdiri dari
kepelbagaian bangsa itu parti cina melebihi MCA sendiri? Malah Pengerusi DAP
Kebangsaan, Karpal Singh adalah seorang etnik Punjabi.
Adakah
golongan yang mengajukan persoalan berikut hendak menghujahkan bahawa MCA dan
MIC itu parti orang jawa dan mereka adalah parti Islam? Janganlah disebabkan
anda seorang yang mengaku memperjuangkan ‘Melayu’ menutup sebelah mata dalam
membuat perbandingan antara DAP, MIC dan MCA. Itu adalah sesuatu yang tidak
adil.
Jika hendak
mempertikaikan kerjasama politik antara PAS dan DAP, anda juga seharusnya
mempertikaikan kerjasama antara UMNO dengan MCA dan MIC. Barulah adil dan
saksama penilaian anda.
Isu 2 : Tidak
boleh sokong PAS tapi sokong UMNO.
Ramai juga
yang bertindak tidak menyokong PAS dengan pelbagai alasan tetapi bertindak
menyokong UMNO terutamanya golongan ustaz dan ilmuan.
Antara alasan
mereka adalah seperti diatas. Mereka mempertikaikan kerjasama politik antara
PAS dan DAP sedangkan mereka lupa tentang kerjasama UMNO dengan MIC dan MCA.
Mereka mengaku
sebagai golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tidak akan menyokong PAS didakwa
membawa ajaran Wahabi. Tetapi mereka dengan senang hati menyertai UMNO
seolah-olah mereka lupa bahawa dalam UMNO juga ada golongan Wahabi atau Salafi.
Apa beza Wahabi dalam PAS dan Wahabi
dalam UMNO?
Adalah menjadi
sesuatu yang amat tidak logik apabila golongan yang mengaku kuat mempertahankan
ASWJ menolak PAS atas alasan Wahabi dan dalam pada masa yang sama menyertai
UMNO!! Adakah mereka berpendapat bahawa haram menyokong Wahabi PAS dan halal
menyokong Wahabi UMNO?
Saya percaya,
itu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan oleh golongan ilmuan tersebut. Bahkan
sekiranya di teliti, lebih ramai golongan ASWJ berada dan menyokong PAS
berbanding dengan UMNO.
Sekadar ini
dahulu sedikit pandangan buat masa ini bagi menjawab tuduhan liar yang tidak
berasas golongan UMNO. Semoga bermanfaat bagi mereka yang mencari kebenaran.