hasbunallah

hasbunallah

Wednesday, May 30, 2012

Antara PAS & UMNO


Mukadimah

Mungkin para pembaca mula terfikir apa yang akan saya katakan sewaktu mula-mula melihat tajuk yang agak besar dalam medan politik atau siayasah di Malaysia ini. Apatah lagi apabila ia melibatkan dua buah parti yang besar dan lama dia Negara kita iaitu Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan juga United Malays National Organization (UMNO).   

Tajuk ini besar dan panjang perbahasannya, malah boleh dijadikan sebuah kajian yang cukup menarik dalam membuat perbandingan antara keduanya dari segi keseluruhan bermula dari perlembagaan parti, misi, visi, keahlian, gerak kerja, pentadbiran dan sebagainya.

Namun disini saya hanya ingin menyentuh beberapa isu sahaja yang sering dibangkitkan oleh orang Umno dan selainnya mungkin saya akan jelaskan kemudian sekiranya ada waktu kelapangan.

Isu 1 : Kenapa Pas perlu bekerjasama dengan bukan Islam iaitu DAP?

Soalan sebegini sering dibangkitkan oleh orang Umno yang mengemukakan hujah bahawa kenapa tidak diadakan persepakatan dengan Umno jika hendak dibandingkan kerjasama dengan DAP?

Saya tidak pasti sama ada orang yang bertanya sedemikian sedar bahawa Umno juga turut mengadakan kerjasama atau gabungan dengan parti bukan Islam seperti Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC). Malah kerjasama Umno dengan MCA dan MIC tersebut adalah lebih lama lagi berbanding kerjasama antara PAS dan DAP.


Banyak pendapat ulama mengenai keharusan kerjasama politik atau tahaluf siyasi antara orang Islam dan bukan Islam. Kitab dan makalah khusus turut ditulis mengenainya dan saya tidak ingin mengulasnya disini kerana ia perlukan perbahasan khusus mengenai tajuk tersebut.
  
Jika dihujahkan bahawa DAP itu bukan Islam, maka adakah MCA dan MIC itu Islam? Malah jika kita melihat perlembagaan DAP, tiada sebarang peruntukan yang menyatakan bahawa hanya bangsa tertentu sahaja seperti cina yang boleh menyertai pari tersebut. Bahkan ramai orang-orang Melayu yang turut menyertai DAP serta menjadi pimpinan tertinggi dalam DAP.

Sedangkan MIC hanya membenarkan bangsa India menjadi ahlinya dan MCA hanya membenarkan bangsa cina menganggotainya. Kedua-dua parti tersebut tidak membukakan keahliannya kepada bangsa lain sebagaimana yang dibuat oleh DAP. Oleh yang demikian, adakah parti kita mengatakan bahawa DAP yang keahliannya terdiri dari kepelbagaian bangsa itu parti cina melebihi MCA sendiri? Malah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh adalah seorang etnik Punjabi.

Adakah golongan yang mengajukan persoalan berikut hendak menghujahkan bahawa MCA dan MIC itu parti orang jawa dan mereka adalah parti Islam? Janganlah disebabkan anda seorang yang mengaku memperjuangkan ‘Melayu’ menutup sebelah mata dalam membuat perbandingan antara DAP, MIC dan MCA. Itu adalah sesuatu yang tidak adil.

Jika hendak mempertikaikan kerjasama politik antara PAS dan DAP, anda juga seharusnya mempertikaikan kerjasama antara UMNO dengan MCA dan MIC. Barulah adil dan saksama penilaian anda.

Isu 2 : Tidak boleh sokong PAS tapi sokong UMNO.

Ramai juga yang bertindak tidak menyokong PAS dengan pelbagai alasan tetapi bertindak menyokong UMNO terutamanya golongan ustaz dan ilmuan.  

Antara alasan mereka adalah seperti diatas. Mereka mempertikaikan kerjasama politik antara PAS dan DAP sedangkan mereka lupa tentang kerjasama UMNO dengan MIC dan MCA.

Mereka mengaku sebagai golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tidak akan menyokong PAS didakwa membawa ajaran Wahabi. Tetapi mereka dengan senang hati menyertai UMNO seolah-olah mereka lupa bahawa dalam UMNO juga ada golongan Wahabi atau Salafi.  Apa beza Wahabi dalam PAS dan Wahabi dalam UMNO?

Adalah menjadi sesuatu yang amat tidak logik apabila golongan yang mengaku kuat mempertahankan ASWJ menolak PAS atas alasan Wahabi dan dalam pada masa yang sama menyertai UMNO!! Adakah mereka berpendapat bahawa haram menyokong Wahabi PAS dan halal menyokong Wahabi UMNO?

Saya percaya, itu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan oleh golongan ilmuan tersebut. Bahkan sekiranya di teliti, lebih ramai golongan ASWJ berada dan menyokong PAS berbanding dengan UMNO.

Sekadar ini dahulu sedikit pandangan buat masa ini bagi menjawab tuduhan liar yang tidak berasas golongan UMNO. Semoga bermanfaat bagi mereka yang mencari kebenaran. 

No comments: