Sebelum ini
pelbagai pihak menuduh Kerajaan Kelantan gagal menguruskan air dengan baik
menyebabkan ramai rakyat Kelantan tidak dapat menikmati air bersih. Bahkan selalu
juga dibuat lawak “Air teh atau air Kelantan ni?”
Ada pihak
yang mengunakan atas nama NGO seperti MTRK, PERKASA dan TUKAR ganti apa entah
telah membuat demonstrasi di hadapan Komplek Kota Darul Naim yang antaranya
menuntut Kerajaan Kelantan menyelesaikan isu air yang dikatakan sedang
meruncing.
Maka timbulah
Menteri yang mendakwa bahawa sejumlah peruntukan telah diberikan kepada
Kelantan untuk menyelesaikan isu air ini secara percuma. Padahal kenyataan
tersebut suatu pembohongan kerana wang tersebut merupakan pinjaman dan
disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) iaitu pentadbiran haram
di Kelantan. Malah kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja-kerja membaik
pulih air di Kelantan juga adalah dilantik oleh pihak JPP. Tetapi bila
terdesak, Kerajaan Negeri Kelantan yang dituduh bertanggungjawab.
Namun begitulah,
kadang-kadang kita lupa bahawa akan tiba masanya Allah hendak tunjukkan
kebenarannya. Sekarang ini, air di Selangor yang meruncing pula. SYABAS adalah
badan yang bertanggungjawab menyelenggara air di Selangor adalah dibawah
seliaan Kerajaan Pusat dan bukannya Kerajaan Selangor. Kalau rasa hebat sangat,
kenapa Kerajaan Pusat tidak juga dapat selesaikan isu bekaan air Selangor??
Kenapa hendak letakkan kesalahan tersebut keatas Kerajaan Selangor?
Kerajaan
Pusat menyalahkan Kerajaan Selangor yang kononnya tidak memberikan kerjasama
dalam menangani isu air. Namun permintaan Kerajaan Selangor untuk turut serta
dalam pentadbiran SYABAS ditolak Kerajaan Pusat. Siapa sebenarnya yang
bersalah?
Tapi yang
pasti, SYABAS adalah bawah pentadbiran Kerajaan Pusat dan bukan Kerajaan
Selangor seperti Air Kelantan. So, kalau rasa hebat buat jer la! Jangan dok
berdolak dalih pulak!!!
Semasa pertemuan
dengan Majis Professor Negara pun isu ini turut dibangkitkan. Jawapan saya
kepada mereka adaah, memang Kelantan mengalami masalah air tapi ianya tidaklah
sebagaimana yang digembar gemburkan oleh media kerana negeri-negeri lain bawah
pentadbiran UMNO pun turut mengalami masalah air.
2 comments:
Mmg seksa wei kalu takdak air sokmo ni..kna gali telaga nampak gaya ni..bayar meter angin jah la..
Berwuduk ...tapi Kawasan umah kita bab air lah hancus....berminggu2 xdok
Post a Comment