Segala puja dan puji
dipersembahkan kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasul
junjungan, penunjuk jalan sepanjang zaman, serta buah ahli keluarga Baginda
yang dimuliakan dan buat para sahabat penerus perjuangan.
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم
بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن
يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ
فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡۗ
وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ
Dan
hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka,
dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang
telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan
menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa
mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan
dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (al-Maidah:49)
Hari ini, YAB Ustaz Dato Hj
Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan telah membentangkan rang undang-undang Kanun
Jenayah Syariah II dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan kali
pertama bagi penggal ketiga. Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada YAB Ustaz
Dato Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkannya setelah melalui proses
dan halangan yang panjang.
Ahli-ahli Yang Berhormat
masing-masing mengambil bahagian dalam perbahasan termasuklah pihak pembangkang
yang turut menyokong rang undang-undang yang di bentangkan tersebut.
Inilah antara amanah dan
tanggungjawab yang dipikul sejak Pas memerintah Kelantan dan ianya adalah
rentetan usaha Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
yang ingin melihat Negeri Kelantan ditadbir mengikut lunas-lunas syariat Islam
serta melaksanakan perundangan Islam.
Saya yang pernah terlibat
dalam jawatankuasa kecil teknikal hudud ini rasa cukup bangga apabila sedikit
hasil usaha yang telah dicurahkan kini dibentangkan untuk kelulusan dewan. Walaupun
perjalanan untuk perlaksanaannya masih lagi jauh, namun begitu langkah-langkah
telah dihayun dan cahaya dihujung terowong kinisudah kelihatan.
Tahniah saya ucapkan kepada
semua yang terlibat dalam mempersiapkan rang undang-undang tersebut yang
terdiri dari pelbagai latar belakang ilmu. Semoga Allah memberikan ganjaran
yang setimpal di atas usaha-usaha tersebut.
Mohd. Abd. Rashid Bin Yah,
Ketua Dewan Pemuda Pas
Kawasan Tumpat.
Bertarikh : 18 Mac 2015