Sejak
negara kita dilanda Covid-19 dan pihak kerajaan mengenakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sehingga
hari ini hampir 3 bulan. Sejak itulah juga masjid-masjid ditutup untuk para Jemaah
dan sebarang aktiviti yang biasanya diadakan dimasjid adalah dilarang.
Cuma
setelah kerajaan mengenakan PKPB, sedikit kelonggaran diberikan untuk diadakan
solat Jemaah dan Jumaat dengan syarat dan SOP yang ketat. Ramai dikalangan ‘kaki
masjid’merungut kerana ‘rindu’ mereka untuk hadir ke masjid dan berjemaah ke
sana. Rungutan-rungutan tersebut boleh kita lihat dan baca dalam media sosial.
Disini
saya bukanlah ingin mengulas mengenai hukum-hukum yang berkaitan dengan
penutupan masjid atau perbahasan ulama mengenai solat berjemaah dan solat
Jumaat. Tetapi saya hanya sekadar ingin berkongsi beberapa hadis Nabi Saw yang
mungkin berkaitan dengan keadaan ini.
Terdapat
tujuh (7) golongan yang mendapat Naungan (perlindungan) Allah SWT di Hari
Kiamat kelak. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu,
Rasulullah ﷺ bersabda:
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ
ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ
قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ،
اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ
مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ
أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ
اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري(
“Ada tujuh golongan manusia
yang akan mendapat naungan Allah سبحانه
وتعالى pada hari yang tidak ada
naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda
yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه
وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada
masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه
وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki
yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil
berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan
menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan
oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala
sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari,
Hadis no 620)
Semoga
orang-orang yang berasa sedih kerana tidak dapat pergi ke masjid dan menunaikan
solat berjemaah itu tergolong dari salah satu golongan yang telah disebutkan
oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini.
Bermula
hari ini 05/05/2020, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah memberikan
kebenaran kepada masjid-masjid tertentu untuk mendirikan solat Jumaat dengan
ahli Jemaah seramai 40 orang. Namun begitu, hanya ahli Jemaah yang terpilih
sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Dalam
situasi ini, saya teringat satu hadi Nabi SAW seperti yang disebutkan oleh Abu
Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا
فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ
يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُو
ا
Maksudnya:
Sekiranya manusia mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf
yang pertama, kemudian mereka tidak mendapati cara untuk mendapatkan ia
melainkan dengan mencabut undi, pasti mereka akan mencabut undi.
Riwayat
Al-Bukhari (615)
Bermula
hari ini, ramai dari kalangan Muslimin ternanti-nanti dan berharap bahawa
mereka adalah salah seorang yang terpilih untuk menghadiri solat Jumaat.
Banyak
lagi hadis-hadis berkenaan kelebihan solat berjemaah di masjid yang boleh
didapati dalam kitab-kitab hadis yang boleh dirujuk.