hasbunallah

hasbunallah

Friday, June 5, 2020

Kaki Masjid


Sejak negara kita dilanda Covid-19 dan pihak kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sehingga hari ini hampir 3 bulan. Sejak itulah juga masjid-masjid ditutup untuk para Jemaah dan sebarang aktiviti yang biasanya diadakan dimasjid adalah dilarang.

Cuma setelah kerajaan mengenakan PKPB, sedikit kelonggaran diberikan untuk diadakan solat Jemaah dan Jumaat dengan syarat dan SOP yang ketat. Ramai dikalangan ‘kaki masjid’merungut kerana ‘rindu’ mereka untuk hadir ke masjid dan berjemaah ke sana. Rungutan-rungutan tersebut boleh kita lihat dan baca dalam media sosial.

Disini saya bukanlah ingin mengulas mengenai hukum-hukum yang berkaitan dengan penutupan masjid atau perbahasan ulama mengenai solat berjemaah dan solat Jumaat. Tetapi saya hanya sekadar ingin berkongsi beberapa hadis Nabi Saw yang mungkin berkaitan dengan keadaan ini.

Terdapat tujuh (7) golongan yang mendapat Naungan (perlindungan) Allah SWT di Hari Kiamat kelak. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري(

Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى  pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)

Semoga orang-orang yang berasa sedih kerana tidak dapat pergi ke masjid dan menunaikan solat berjemaah itu tergolong dari salah satu golongan yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini.

Bermula hari ini 05/05/2020, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah memberikan kebenaran kepada masjid-masjid tertentu untuk mendirikan solat Jumaat dengan ahli Jemaah seramai 40 orang. Namun begitu, hanya ahli Jemaah yang terpilih sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Dalam situasi ini, saya teringat satu hadi Nabi SAW seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُو
ا
Maksudnya: Sekiranya manusia mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapati cara untuk mendapatkan ia melainkan dengan mencabut undi, pasti mereka akan mencabut undi.
Riwayat Al-Bukhari (615)

Bermula hari ini, ramai dari kalangan Muslimin ternanti-nanti dan berharap bahawa mereka adalah salah seorang yang terpilih untuk menghadiri solat Jumaat.

Banyak lagi hadis-hadis berkenaan kelebihan solat berjemaah di masjid yang boleh didapati dalam kitab-kitab hadis yang boleh dirujuk.

No comments: