hasbunallah

hasbunallah

Wednesday, November 26, 2008

Yoga Haram


Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini setelah menjalankan kajian secara terperinci telah mengeluarkan satu fatwa bahawa Yoga, senaman yang berasal dari penganut agama Budha adalah haram. Ini adalah kerana senaman tersebut mengandungi unsur-unsur pemujaan dan mentera-mentera yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Perlu diingatkan bahawa fatwa pengharaman tersebut adalah untuk orang Islam. Jadi, orang bukan Islam masih bebas untuk mengamalkannya. Oleh itu tidak perlulah orang bukan Islam mempertikaikan fatwa tersebut kerana ianya tidak bersangkutan pun dengan mereka. Kenapalah masih ada orang bukan Islam cuba untuk mencampuri urusan agama Islam.

Bagi orang Muslim pula, kenapa kita hendak mengamalkan senaman milik bangsa lain yang bercanggah dengan aqidah itu? Padahal masih banyak senaman-senaman yang boleh kita lakukan untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Kalau mengamalkan Yoga untuk bermeditasi atau menenangkan jiwa, Islam sendiri memiliki amalan-amalan yang berbentuk meditasi dan boleh menenangkan jiwa seperti solat dan zikir.

Solat dan zikir telah terbukti boleh memberikan ketenangan jiwa kepada pengamalnya sekiranya dilakukan dengan betul. Banyak buku-buku dan kitab-kitab para ulama yang membahaskan perkara tersebut. Jadi sebagai seorang Muslim, kembalilah kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah agar kita tidak tergolong dalam golongan yang sesat.


3 comments:

Anonymous said...

Bagi fahmi, sepatutnya benda ni xyah kecoh2.. sbb asal org berminat dgn yoga ni hanya kerana variety exercise yg ada dalam tu... takyah belajar proper gi kelas dia pun tak pa.. try je buat sendiri pun dah jadi... modify la yg mana patut, utk melonggarkan urat saraf.. so sebenarnya latihan gerak2 badan ni secara tak langsung termasuk dalam silat...ataupun apa2 seni beladiri..



Fahmi pun tak tau kecoh ni mula di mana sampai org minta majlis fatwa keluarkan fatwa... takat la, xdak dengaq lagi kelas2 yoga yg ada kat kl ni ajar falsafah ajaran hindu dan ketuhanan hindu.. tarikh nafas dan tenangkan fikiran ja yg dipesan masa exercise tu.. benda ni nak mcm kes giqong, teknik pernafasan cina utk menguatkan badan.. tomoi pun ada mentera siam nak bagi keras badan.. yg tu xpayah ambiklah.. ambik hat pelajaran teknik2 tomoi je lah..



Bagi fahmi, “al-hikmah dhollatul mukmin, fa ainama wajadaha, fahuwa ahaqqu biha” = hikmah itu adalah barang keciciran org mukmin, maka di mana saja (hikmah) itu sang mukmin tadi mendapatinya, maka dialah yg terlebih berhak kepadanya. So, yg mana boleh kita ambik manfaat, maka tirulah, bukan nak sembah tokong apapun.. yg mana yg syirik dan sesat maka tinggalkanlah... mungkin ada yg kata pandapat sebegini sgt liberal...

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Memang betul bahawa ilmu itu adalah milik orang Islam, kamu ambillah ia walaupun dimana kamu menemuinya, namun itu adalah dari segi ilmu dan bukannya dari sesuatu amalan yang bersifat ibadah. Kita perlu ingat, walau apa jua ilmu yang kita cari sumber yang paling utama ialah al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Mana-mana ilmu yang bercanggah dengan prinsip yang telah ditetapkkan oleh al-Quran dan Sunnah maka ianya terbatal dengan sendiri.

Semua orang tahu bahawa Yoga itu adalah salah satu ajaran dalam agama Budha iaitu perjalanan yang berbentuk meditasi bagi mencapai penyatuan dengan Tuhan. Ia juga merupakan antara amalan peringkat tertinggi dalam agama Budha. Sekarang masalahnya, masyarakat Muslim kita mengamalkan salah satu daripada ajaran Budha. Walaupun ianya tidak mengandungi unsur-unsur mentera sebagaimana yang didakwa, namun ia masih lagi terdiri daripada amalan Budha bukan?

Sebagai contoh, sekiranya seseorang melakukan perbuatan-perbuatan solat bermula dari takbir sehingga salam namun dia tidak membaca sebarang bacaan seperti al-Fatihah, Tahiyyyat dan selawat keatas nabi, namun ia masih dilihat sebagai perbuatan yang terdiri daripada perlakuan solat!

Kalau benar, masyarakat Muslim ingin bermeditasi mencari ketenangan ataupun ingin mendapatkan tubuh badan yang sihat, kenapa tidak mencari alternatif lain yang tidak langsung bersangkutan dengan amalan atau kepercayaan agama-agama lain. Contohnya seni beladiri seperti silat, kungfu, taekwando dan sebagainya. Dalam agama Islam juga banyak amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para ulama yang boleh menenangkan jiwa. Kenapa tidak kita ikuti petunjuk tersebut. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.” (an-Najm: 23)

Dimanakah petunjuk yang diberikan Allah s.w.t melalui rasulnya itu kita tinggalkan? Sebagai seorang Muslim, apakah tujuan terakhir kita? Kalau bagi saya, tujuannya sudah tentu untuk menemui Allah s.w.t dengan keadaan penuh keredhaanNya. Nah, mungkinkah kita akan mencapai keredhaanNya sekiranya kita memilih sesuatu yang lain daripada apa yang ditunjukkan olehNya? Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab: 36)

Apa sahaja perlakuan kita, baik dari segi amalan ibadah mahupun kehidupan kita sehari-hari yang dilakukan tanpa mengikut petunjuk Allah s.w.t adalah sesat kerana semua sumber pengetahuan atau illmu itu adalah dating dari Allah s.w.t. Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta". (al-An’am: 148)

Tambahan pula fatwa pengharaman Yoga itu dibuat kerana ditakuti akan merosakkan aqidah umat Islam. Perlu dilihat kaedah usul fiqh “ dar al-mafasid awla min jalabi al-masolih” iaitu menolak kerosakan-kerosakan lebih utama daripada menarik kemaslahatan-kemaslahatan.

Disini para ulama lebih takut akan kerosakan aqidah umat Islam pengamal Yoga kerana ia adalah lebih penting dari kesihatan tubuh badan yang mungkin diperolehi oleh pengamal Yoga.

Oleh itu kita perlu lihat yang mana lebih awlawiyatnya. Adakah kesihatan itu lebih penting berbanding dengan keimanan kita terhadap Allah s.w.t? Untuk menjawab persoalan tersebut, tepuklah dada tanyalah Iman.

Rujukan:

Al-Qardhawi, Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Penerbitan Seribu Dinar. 2000. Bangi, Selangor.

As-Suyuthi, Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab Shafii. Darul Iman, Batu Caves. 1999.

pokmudo said...

Ibu bapa yang mempunyai anak 3 orang,berbeza umur dan tempoh matang akan sentiasa mengawasi anak mereka daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan anak mereka. Walaupun seorang daripadanya telah cukup ilmu dan tahu menilai. Yang Haram itu jelas dan halal juga jelas. Carilah senaman yang tidak memesongkan aqidah kita.