Saya terpanggil untuk turut saya berkongsi pandangan mengenai keputusan Kabinet baru-baru ini mengenai status anak-anak yang berumur bawah 18 tahun apabila salah seorang daripada ibu bapa mereka memeluk Islam. Para ahli kabinet telah bersetuju untuk menetapkan bahawa agama bagi anak-anak yang dibawah umur 18 tahun apabila salah seorang dari ibu bapanya memeluk Islam ialah kekal sebagaimana agama asal sewaktu kedua ibu bapanya berkahwin. Ramai diantara menteri dan ahli Kabinet yang membuat ketetapan tersebut terdiri dari kalangan mereka yang mengaku beragama Islam.
Keputusan itu menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak sama ada yang menyokong dan tidak pula yang membangkang termasuklah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Peguam Pembela Islam (Pembela). PGSM dan Pembela melihat keputusan Kabinet itu seolah-olah telah membelakangi Perlembagaan Malaysia sendiri. Malah mereka mendakwa bahawa Kabinet tidak pernah merujuk atau mendapatkkan pandangan ulama’, mufti atau pakar perundangan Islam sebelum mereka membuat keputusan tersebut. Sebaliknya Kabinet telah mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan serta NGO-NGO bukan Islam untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai perkara tersebut.
Dalam akhbar Berita Minggu semalam (03/05/2009) dipaparkan pendapat dua tokoh yang mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara ini. Prof. Madya Dr. Ibrahim Abu Bakar, pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyokong keputusan Kabinet tersebut dan berpendapat ianya tidak bertentangan dengan syara’. Manakala Datuk Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor pula berpendapat bahawa ketetapan Kabinet tersebut perlu disemak semula kerana ianya jelas bercanggah dengan hukum Islam.
Perkara ini seolah-olah tidak begitu mendapat perhatian para ilmuan Islam. Tidak seperti isu setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming yang membacakan ayat al-Quran sewaktu menyampaikan ceramah beliau. Akibatnya pelbagai pihak dan individu tampil memberikan pandangan dan pendapat termasuklah para mufti dan ulama yang mengecam tindakan Adun tersebut yang dilihat seolah-olah cuba untuk mempermain-mainkan Islam.
Pada pendapat saya tindakan Nga tersebut yang membacakan ayat al-Quran semasa ceramah beliau adalah terlalu kecil kesannya jika hendak dibandingkan keputusan Kabinet ini yang akan menjadi ketetapan untuk mana-mana pihak membuat keputusan termasuklah Mahkamah.
Saya bukanlah orang yang layak untuk memberikan pandangan mengenai perkara ini, tetapi sekurang-kurangnya Majlis Mufti turut memberikan kenyataan dan penjelasan mengenai perkara ini. Sekiranya keputusan Kabinet tersebut bertepatan dengan syara’, maka perjelaskan dasar-dasarnya. Manakala sekiranya keputusan Kabinet tersebut bercanggah dengan syara’, maka perjelaskan juga asas-asas percanggahannya. Ini bagi merungkaikan kekeliruan yang ada dalam masyarakat terutamanya para Menteri Kabinet yang bertanggungjawab membuat keputusan tersebut.
Jika kita soroti sejarah Perjanjian Hudaibiyyah diantara Rasulullah s.a.w dan musyrikin Mekah suatu ketika dulu, antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah sekiranya ada orang Mekah yang melarikan diri kepada kaum Muslimin, maka dia hendaklah dikembalikan kepangkuan Musyrikin. Manakala sekiranya ada dari kalangan orang Islam yang melarikan diri kepada orang Musyrikin, maka dia tidak perlu dikembalikan kepangkuan orang Muslimin.
Akibatnya, ramai para sahabat mempersoalkan keputusan Rasulullah s.a.w tersebut yang kelihatannya menguntungkan kaum musyrikin Mekah. Namun begitu, setelah dijelaskan oleh Rasulullah, maka para sahabat ridwanullah a’laihim ajmain dapat menerimanya dengan hati terbuka. Ini telah dinyatakan oleh Syeikh Muhammad al-Khudry dalam kitabnyya Nurul Yaqin. Itu adalah keadaan Rasulullah s.a.w yang tidak nafikan sentiasa mendapat petunjuk wahyu Allah.
Manakala menteri Kabinet pula adalah berlainan keadaannya. Mereka seharusnya merujuk pakar ilmuan Islam sebelum memutuskan sebarang ketetapan atau undang-undang berkaitan agama Islam dan bukannya mencari alasan-alasan tertentu setelah membuat sebarang keputusan bagi meyakinkan rakyat.
Dalam Islam, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum menetapkan sesuatu hukum. Manakala orang yang benar-benar layak untuk menetapkan hukum berkaitan Islam ialah ulama dan bukannya menteri yang berlagak seperti ulama.
Atau mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara ini?

No comments:
Post a Comment