hasbunallah

hasbunallah

Friday, April 23, 2010

APCO Worldwide



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (al-Baqarah : 120)

Isu ini menjadi hangat dikalangan rakyat jelata setelah pendedahan yang mengejutkan dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat mengenai APCO pada 30 Mac 2010. Pendedahan tersebut membuatkan rakyat tertanya-tanya mengenai sejauh mana penglibatan syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Israel itu dalam kerajaan Malaysia.

Yang peliknya, Kerajaan Malaysia sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit untuk mendapatkan khidmat syarikat pelobi tersebut sedangkan tuntutan royalti petroleum Negeri Kelantan yang hanya berjumlah RM2 juta dibiarkan begitu sahaja.

Sehingga sekarang, Perdana Menteri Malaysia masih enggan memberikan jawapan terhadap pertanyaan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang tersebut di Parlimen. Malah pihak kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz Nazri telah membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'. Setelah perbahasan hangat, akhirnya Parlimen telah meluluskan usul tersebut dengan kesemua ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan.

Maka dengan penuh kesedaran, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah membuat satu laporan polis di IPD Kota Bharu pada 22/04/2010  melalui seorang exconya Ismail bin Mohamed agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan mengenai keterlibatan APCO Worldwide. DPPNK melihat sekiranya isu ini tidak ditangani segera, kebimbangan mengenai pengaliran keluar maklumat rahsia dan strategic kerajaan mungkin bukan sesuatu yang mustahil.

Rentetan tersebut juga, DPPNK telah mengadakan satu demonstrasi membantah APCO Worldwide telah diadakan hari ini di Dataran Ilmu, Kota Bharu setelah selesai kuliyah YAB Dato’ Tuan Guru. Tindakan kerajaan pusat menerima nasihat daripada perunding APCO Wordwide dalam bidang komunikasi negara akan mengakibatkan penjajahan era baru di negara ini.

Saya berasa agak pelik kerana, Malaysia yang dikatakan tidak mengiktiraf kerajaan haram Israel sebagaimana yang terdapat dalam passport, tetap memilih syarikat pelobi yang mempunyai hubungan erat dengan Israel. Padahal pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia dikatakan mengutuk tindakan Israel laknatullah tersebut keatas Palestin.

Apakah kerana ingin menaikkan reputasi Kerajaan Malaysia semata-mata, kerajaan seperti sanggup mengorban prinsip yang tidak mengiktiraf Kerajaan Haram Israel serta seolah-oleh melupakan penderitaan rakyat Palestin yang terus ditindas dengan kejam.



No comments: