Pada 21/02/2011, mangsa tembakan UPP di Kelaboran, Tumpat pada 16/02/2011 telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut di IPD Tumpat.
Ahmad Nizamuddin Bin Mohamad yang diiringi oleh wakil peguam dari Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham) Hatman Abdullah, Hisham Fauzi dan Mohd. Abd. Rashid Yah. Beliau juga turut ditemani oleh saudara mara serta wakil Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat untuk memberikan sokongan.
Kemudiannya mangsa telah diambil keterangannya oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tumpat sendiri yang bertindak sebagai pegawai penyiasat kes ini.
Walaupun ada suara-suara yang kedengaran mengatakan kenapa Pas kelihatan kehadapan dalam isu ini? Adakah mangsa tersebut adalah orang Pas? Sehinggakan ada juga yang berandaian bahawa mungkin juga anggota UPP yang terlibat dalam kejadian tersebut juga adalah orang Pas.
Laporan polis tersebut dibuat bukan untuk menuduh mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk keadilan. Tidak kira sama ada mangsa itu Pas atau Umno, dia tetap berhak untuk mendapatkan keadilan. Negara kita mempunyai undang-undang dalam menentukan keadilan walaupun ianya menimbulkan keraguan mengenai perlaksanaannya. Cuba kita fikirkan, sekiranya mangsa tersebut adalah saudara-mara kita. Sudah tentu kita dengan perasaan berkobar-kobar untuk menuntut keadilan terhadap mangsa.
Lagipun, sekiranya berlaku kematian semasa seseorang berada dalam tahanan atau siasatan polis ataupun terkena tembakan peluru dari senjata anggota keselamatan, disana perlunya satu penjelasan yang kukuh mengenai perkara tersebut. Kita tidak mahu wujudnya salah guna kuasa yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada anggota keselamatan.
1 comment:
semoga dipermudahkan
Post a Comment