Alhamdulillah,
walaupun sibuk dengan kerja, urusan kehidupan dan parti, saya masih berpeluang
untuk mengikuti daurah thurath bersama al-Alim as-Syeikh Rohimuddin Nawawi
Azmatkhan al-Husaini al-Bentani yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mac baru-baru
ini bertempat di Kuliyah Pondok Darul Naim, Pasir Tumboh.
Daurah ini
merupakan kesinambungan daurah yang lepas yang mengupas kitab Fathur Rabbani
wal Faidhur Rahmani karangan al-Imam Abdul Ghani an-Nablusi. Sebagaimana yang
telah dirancang oleh pihak pengajur Darul Hasani bahawa daurah ini akan
diadakan tiga bulan sekali. Jadi daurah seterusnya dijangkakan pada 1 hingga 3
Jun 2013 nanti. Kitab Fathur Rabbani tidak sempat dikhatamkan dan masih berbaki dua
bab lagi yang akan disambung pada daurah akan datang.
Dikesempatan
kali ini, saya telah mendapatkan ijazah sanad Qasidah Burdah Imam Bushiri
daripada Tuan Syeikh. Telah lama saya ingin untuk mendapatkan ijazah sanad
burdah tersebut kerana saya selalu mendengar dan mengalunkan qasidah-qasidah
yang dikarangkna oleh Imam Bushiri.
Semoga Allah
merahmati tuan Syeikh dan mengizinkan saya untuk terus berdamping dengan ulama
serta menimba hikmah-hikmah yang ada pada mereka.
No comments:
Post a Comment