hasbunallah

hasbunallah

Monday, June 24, 2013

Husam direman dua hari

Jimadie Shah Othman
2:11PM Jun 23 2013

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya yang yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan Black 505 di Kuala Lumpur semalam.

Peguamnya Hisham Fauzi berkata, walaupun polis memohon perintah reman empat hari untuk melengkapkan siasatan, majistret Nik Habri Muhammad hanya membenarkan Husam ditahan lagi dua hari.

Hisham berkata, beliau dan pasukan lima peguam Husam berhujah, polis tidak perlu lagi menahan pemimpin PAS itu memandangkan mereka sudah mempunyai rakaman ucapan kontroversi Husam di Kelantan sebelum ini.

"Polis sudah ada rakaman. Jadi tiada keperluan untuk mereka menyoal beliau lagi," kata Hisham (kanan).

Husam dibawa ke hadapan majistret di ibu pejabat polis Kota Bharu, tempat beliau ditahan, pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hisham juga berkata, setakat jam dua petang ini, pihak polis masih belum merakamkan kenyataan anak guamnya itu.

"Beliau sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," jelas Hisham ketika ditanya sama ada Husam akan menjawab atau memilih untuk berdiam diri.

Husam ditahan pada jam 4 petang semalam di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu kenyataan berkaitan kehadiran di perhimpunan 'Black 505' semalam.

Beliau kemudian dibawa ke Kota Bharu. Dua laporan polis berkaitan di buat di IPD kawasan tersebut.

Harakahdaily sebelum ini antaranya melaporkan Husam sebagai berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.”


Dipetik dari Malaysiakini 

Wednesday, June 19, 2013

FATWA : Melantik Ketua Atau Pegawai

Negara Asal   : Brunei
Tahun             : 2000
Pengarang     : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned
Rujukan         : Jabatan mufti kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei  
  Darussalam
Nota               : Fatwa mufti kerajaan Brunei 2000

Memilih dan Melantik Ketua Atau Pegawai

kaola ingin memohon bimbingan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dalam beberapa masalah hukum seperti berikut :

1. Apakah hukumnya gaji atau allowance memangku (memangku jawatan kanan) diterima oleh seseorang Islam dan seterusnya dia dinaikkan pangkat ke sesuatu jawatan kanan atau disokong memangku sesuatu jawatan sedangkan dia tidak berhak, ada orang lain yang lebih berhak yang memenuhi syarat-syarat menurut peraturan atau undang-undang atau kelaziman yang hakiki? Orang tersebut dinaikkan pangkat atau disuruh memangku sesuatu jawatan yang kanan kerana ketua pejabat atau orang di atasnya adalah saudaranya atau 'orang'nya.

2. Apakah hukum orang Islam yang meminta-minta atau menagih pangkat?
Answer :

الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله محمد صلى الله عليه وسلم وعلى اله وأصحابه والسالكين سبيله، والداعين بدعوته الى يوم الدين وبعد

Syarat-Syarat Lantikan

Di antara sistem pentadbiran bagi perlantikan secara Islam ialah melantik orang yang berkelayakan atau berkebolehan bagi sesuatu jawatan tanpa mengira bangsa, keturunan atau hubungan-hubungan kekeluargaan. Di antara kelayakan atau kebolehan seseorang pegawai itu ialah dapat menjalankan tugasnya dengan amanah. Ini berdasarkan firman Allah Ta'ala:

ان الله يأمركم ان ُتؤًدوا الأمنت الى أهلها واذا حكمتم بين الناًس أن تحكموا بالعدل ان الله نعما يعظكم بٍه 
ان الله كان سميعا بِصْيرا
( سورة النِساء : 58)

Tafsirnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menghukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu member pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. "   (Surah An-Nisa ': 58)

Islam juga telah memberi amaran bahawa melantik seseorang yang tidak berkelayakan atau bukan ahlinya akan membawa kepada kerosakan dan kebinasaan. Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة . قيل : يا رسول الله ما إضاعتها ؟ قال : إذا وسد (اى أسند ) الأمر الى غير أهله فانتظر الساعة
(رواه مسلم )

Maksudnya: "Apabila amanah itu telah disia-siakan, maka tunggulah saat." Ada yang bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah maksud mensia-siakannya?" Baginda menjawab:
"Apabila satu-satu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat!. "                                                                                 (Hadis riwayat Muslim)

Ulama berkata: "Makna menunggu masa (saat) itu ialah kerosakan serta sia-sia urusan umat."

Selain sifat amanah, AI-Qur' an juga telah menggariskan beberapa ciri atau kriteria tertentu bagi ketua atau pegawai yang hendak dilantik itu. Antaranya, hendaklah mereka itu terdiri daripada orang-orang yang berilmu pengetahuan, memiliki kecerdasan dan bijaksana, di samping mempunyai kemampuan fizikal kerana memegang suatu jawatan, biar apapun saiznya, besar atau kecil bererti memikul tanggungjawab. Allah berfirman:

وقال لهم نبيهم ان الله قد بعث لكم طالوت ملكا قالوا أنى يكون له الملك علينا ونحن أحق بالملك منه ولم يؤت سعة من المال قال ان الله اصطفه عليكم وزاده بسطة فى العلم والجسم والله يؤتى ملكه من يشاء والله وسع عليم
(سورة البقرة : 247)

Tafsirnya: "Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka:
"Bahawasanya Allah telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu". Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedangkan kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Thalut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan ". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. "                                                                            (Surah Al-Baqarah: 247)

قال اجعانى على خزائن الأرض إنى حفيظ عليم
(سورة يوسف : 55 )

Tafsirnya: "Yusuf berkata: "Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya ".

وشددنا ملكه وءاتينه الحكمة وفصل الخطاب
(سورة ص : 20 )

Tafsirnya: "Dan Kami' kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepetahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman). "                                                                              (Surah Shad: 20)

Justeru itulah pihak penguasa tertinggi wajib melantik pegawainya daripada kalangan orang yang paling layak sebagai seorang petugas dan pentadbir hal ehwal negara dan rakyat. Sistem inilah yang dijalankan oleh para Khulafa ' Ar-Rasyidin dan pemimpin-pemimpin yang selepas mereka yang mengikuti jejak langkah mereka di dalam memilih dan melantik pegawai mereka.

Sesiapa saja ketua atau pemimpin yang menyalahi sistem ini, mereka dianggap pengkhianat rakyat dan pengkhianat amanah yang diberikan Allah kepada mereka. (Muhammad Yusuf Musa, Nizham AI-Hukm Fi AI-Islam h.158)

AI-Hakim dalam kitab shahihnya meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

من ولى من أمر المسلمين شيئا فولى رجلا وهو يجد من هو أصلح للمسلمين منه فقد خان الله ورسوله والمؤمنين
(رواه الحاكم)

Maksudnya: "Sesiapa yang dilantik menguruskan mana-mana urusan orang-orang Islam, lalu dia melantik pula seorang lelaki, sedangkan dia boleh melantik orang lain yang lebih layak untuk kepentingan umat Islam berbanding lelaki berkenaan, maka dia telah mengkhianti Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman. "  (Hadis riwayat Al-Hakim)

Di dalam suatu riwayat lain disebutkan:

من قلد رجلا عملا على عصابة ( اى جماعة من الناس) وهو يجد فى تلك العصابة أرضى منه ، فقد خان الله ورسوله وخان المسلمين

Maksudnya: "Sesiapa yang melantik seorang lelaki untuk sesuatu urusan bagi suatu kumpulan (orang ramai), sedangkan dia boleh melantik daripada kumpulan berkenaan orang yang lebih baik berbanding lelaki itu, maka dia telah mengkhianati Allah dan RasulNya, dan dia juga telah mengkhianati orang¬orang Islam. "

Ada yang berpendapat bahawa boleh jadi hadis ini adalah athar atau perkataan Umar Radhiallahu 'anhu, kerana sebagaimana yang diriwayatkan, Umar Radhiallahu 'anhu juga pemah berkata:

من ولى من أمر المسلمين شيئا، فولى رجلا لمودة أو قرابة بينهما، فقد خان الله ورسوله والمؤمنين

Maksudnya: "Sesiapa yang dilantik menguruskan mana-mana urusan orang-orang Islam, kemudian dia melantik pula seseorang kerana kasih atau kerana ada tali perhubungan kekeluargaan di an tara keduanya, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang beriman. " (Ibnu Taimiyah, As-Siyasah Asy-Syar'iyyah h.5)

Justeru inilah ulama Islam menyebutkan bahawa adalah menjadi kewajipan pemerintah mencari orang-orang yang berkelayakan ke jawatan ketua, pegawai-pegawai kanan, hakim atau qadhi. Pihak pemerintah atau mana-mana ketua dalam sesuatu institusi atau agensi hendaklah melantik orang yang didapatinya paling layak ke jawatan berkenaan.

Bukan itu sahaja, bahkan pemerintah atau ketua-ketua itu juga mestilah bertindak yang sedemikian itu pada melantik pegawai¬pegawai bawahan, seperti imam-imam sembahyang, tukang azan, guru-guru AI-Qur'an, pengurus haji, pengendali media massa, pegawai rendah kewangan, pengurus pasar dan sebagainya.

Jika orang-orang yang telah dilantik ke jawatan-jawatan berkenaan tidak melaksanakan amanah dan tugas yang diberikan kepada mereka dengan baik, maka orang-orang berkenaan itu adalah mengkhianati rakyat dan mengkhianati jawatannya serta akan bertanggungjawab di dunia dan di akhirat kelak. Manakala mereka yang menyalahgunakan jawatan pula tidak akan masuk syurga.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ما من أمير يلى أمر المسلمين، ثم لا يجهد لهم وينصح ، الا لم يدخل معهم الجنة
(متفق عليه )

Maksudnya: "Mana-mana pemimpin yang menguruskan urusan orang-orang Islam, kemudian dia tidak mahu bekerja keras untuk keperluan mereka, dan tidak mahu memberi nasihat kepada mereka, dia tidak akan masuk syurga bersama mereka
(Muttafaq ‘alaih)

Selain daripada tugas memerintah atau melantik orang yang berkelayakan sebagai pegawainya, pemerintah atau ketua itu wajiblah juga baginya sentiasa memuh.dsabah atau meneliti dan mengawasi semua pegawainya itu, dan memantau sejauh manakah mereka telah menjalankan amanah dan tugas-tugas mereka. Inilah yang pemah dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam terhadap para pegawai yang Baginda lantik.

Abu Humaid As-Sa' di meriwayatkan, katanya:

استعمل رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا من الأزد على صدقات بنى سليم ، يدعى ابن الأتبية فلما جاء حاسبه قال : هذا مالكم وهذا هدية . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "فهلا جلست فى بيت ابيك وأمك حتى تأتيك هديتك ، ان كنت صادقا" ثم خطبنا فحمد الله وأثنى عليه . ثم قال : " أما بعد . فإنى أستعمل الرجل منكم على العمل مما ولانى الله، فياتي فيقول : هذا ماكم وهذا هدية اهديت لى ، افلا جلس في بيت أبيه وأمه حتى تأتيه هديته، ان كان صادقا . والله ! لا يأخذ أحد منكم منها شيئا بغير حقه الأ لقى الله تعالى يحمله يوم القيامة فلأعرفن أحدا منكم لقى الله يحمل بعيرا له رغاء أو بقرة لها خوار او شاة تيعر ". ثم رفع يديه حتى رؤى بياض إبطيه . ثم قال : اللهم ! هل باغت . "
(رواه مسلم)

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menugaskan seorang lelaki daripada suku Al-Azdi untuk menguruskan sedekah Bani Sulaim. Lelaki itu dipanggil Ibnu Lutbiyah. Apabila dia pulang daripada melaksanakan tugasnya, dia lalu mengira atau menghitung hasilnya. Dia mengatakan: "Ini harta kamu, dan ini hadiah." Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda: "Kenapa engkau tidak duduk-duduk saja di rumah ayah dan ibumu sehinggalah datang kepadamu hadiahmu, jika engkau orang yang jujur? " Kemudian Baginda bersabda di hadapan kami dan merafa 'kan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya Baginda bersabda:

"Amma ba 'du, sesungguhnya aku menugaskan seorang di antara kamu untuk melakukan suatu pekerjaan yang dikuasakan oleh Allah kepadaku. Apabila dia kembali daripada tugasnya, orang itu berkata: "Ini harta kamu dan ini hadiah yang diberikan untukku." Lalu aku bersabda: "Bukankah lebih baik dia duduk-duduk saja di rumah ayah dan ibunya sehingga datang hadiah kepadanya, jika dia memang orang yang jujur? Demi Allah, siapapun di antara kamu yang mengambil sesuatu daripadanya (daripada harta orang Islam) yang bukan haknya, maka pada Hari Kiamat kelak, dia akan menemui Allah Ta 'ala dengan menanggung beban yang cukup berat. Sesungguhnya aku akan mendapati salah seorang daripada kamu bertemu dengan Allah membawa seekor unta atau seekor lembu yang melenguh atau seekor kambing yang mengembik. "

Kemudian Baginda mengangkat kedua tangannya sehingga kelihatan kedua ketiaknya yang putih. Selanjutnya Baginda bersabda: "Ya Allah, bukankah telah aku sampaikan?"                                                                                           (Hadis riwayat Muslim)

Apakah lagi antara kelayakan yang dimaksudkan dalam pemilihan perlantikan ini?

Firman Allah Ta'ala
قالت إحديهما يأبت استئجره إن خير من استئجرت القوى الأمين
(سورة القصص : 26)
Tafsirnya: "Salah seorang di antara dua perempuan itu berkata: "Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang kuat lagi amanah. "
                                                                                                                     (Surah AI-Qashash: 26)

Ayat ini menggambarkan bahawa antara kriteria as as dalam pemilihan pekerja itu ialah kuat dan amanah.

Kekuatan diri bermakna memiliki keupayaan dan kebolehan serta kesanggupan melaksanakan tugas dengan sempuma. Amanah pula ialah adanya sifat taqwa kepada Allah Ta'ala dalam melaksanakan tugasnya dengan jujur dan bertugas itu bukanlah kerana takut kepada ketua atau siapa-siapa kecuali hanya kepada Allah semata-mata.

Khusus dari sudut kekuatan atau keupayaan yang menjadi tabiat semulajadi, adalah tidak sarna pada setiap orang. Maka dalam hal ini, bagi memenuhi jawatan tertentu tidaklah semua orang itu dapat dilantik. Jawatan pegawai tentera tidak sarna dengan jawatan jururawat atau jawatan ketua pentadbir tidak sarna dengan jawatan pegawai kewangan. Jadi orang yang dilantik ke jawatan-jawatan berkenaan hendaklah bersesuaian dengan sifat dan kebolehan masing-masing.

Justeru itulah pada zaman Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam ada sahabat yang meminta dilantik ke jawatan tertentu, tetapi permohonannya ditolak oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam. Hal ini diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam AI-Bukhari dan Imam Muslim:

إن أبا ذر رضى الله عنه قال : قلت : يا رسول الله ! ألا تستعملني ؟ قال فضرب بيده على منكبي ، ثم قال : يا أبا ذر ، إنك ضعيف وانها أمانة وانها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أحذها بحقها وأدى الذى عليه فيها .

Maksudnya: "Bahawa Abu Dzarr Radhiallahu 'anhu berkata:
"Aku pernah berkata: "Wahai Rasulullah, tidakkah tuan mahu menugaskan (melantik) saya?" Lalu Baginda menepuk-nepuk bahuku dengan tangan Baginda, kemudian bersabda: "Wahai Abu Dzarr, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan tugas yang engkau minta itu merupakan amanah. Pada Hari Kiamat kelak, ia merupakan sesuatu yang akan mendatangkan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dan dia memenuhi semua kewajipan atau tanggungjawab padanya. "                                                                    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak pemah mencela keamanahan Abu Dzarr, tetapi dalam hal ini Baginda melihat Abu Dzarr tidak berkeupayaan melaksanakannya, sedangkan pemah diriwayatkan tentang peribadi Abu Dzarr ini:

ما أظلت الحضراء ولا أقلت الغبراء أصدق من ابى ذر رضى الله عنه
(رواه الترمذي)

Maksudnya: "Tidak ada orang yang lebih menjadi tempat berteduh di bawah langit ini, dan paling miskin yang lebih dipercayai kata-katanya selain Abu Dzarr Radhiallahu 'anhu. "                                                                          (Hadis riwayat Tirmidzi)

Menurut AI-Imam Ibnu Taimiyyah bahawa kekuatan atau orang yang kuat dalam setiap lantikan itu ialah menurut keadaan suatu jawatan itu.

Kekuatan dalam wilayah atau urusan peperangan umpamanya ialah dengan merujuk sifat keberanian, mempunyai pengalaman dan bijak strategi serta muslihat peperangan, kerana peperangan itu sendiri adalah tipu muslihat. Kekuatan dalam urusan peperangan bererti juga mempunyai keupayaan menggunakan senjata seperti kemahiran memanah, menikam, memukul, menunggang, menyerang dan berundur (dalam keadaan terpaksa berundur) dan lain-lain. Lebih-Iebih lagi zaman sekarang peralatan peperangan sudah sampai kepada peringkat yang amat canggih. Ini memerlukan askar-askar dan pegawai-pegawai yang beriman, pakar dan terlatih dalam bidang ketenteraan.

Persiapan menghadapi peperangan itu disebut oleh Allah:

وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل ترهبون به ، عدو الله وعدوكم وءاخرين من دوننهم لا تعلمونهم الله يعلمهم وما تنفقوا من شىء في سبيل الله يوف اليكم وانتم لا تظلمون
( سورة الأنفال : 60)

Tafsirnya: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. "                                                                    (Surah Al-Anfal: 60)

Sementara kekuatan dalam pemerintahan di kalangan orang ramai ialah dengan merujuk kepada kekuatan ilmu supaya berlaku adil sebagaimana perkara ini jelas di dalam AI-Qur'an dan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi was allam, di samping merujuk kepada keupayaan melaksanakan hukum-hakam.

Maksud amanah (orang yang amanah) pula yang diperlukan daripada pegawai-pegawai yang dilantik itu meliputi sifat-sifat takutkan Allah dan bukan takut kerana manusia. Mereka tidak sekali-kali membelakangkan hukum Allah. Kriteria-kriteria seperti ini menjadi asas kepada setiap orang yang memerintah. Firman Allah:

فلا تخشوا الناس واخشون ولا تشتروا بئايتى ثمنا قليلا ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الكفرون
( سورة المائدة : 33)

Tafsirnya: "Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu),. Dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia),. dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. "
                                                                                                                  (Surah AI-Ma 'idah: 44)

Oleh kerana itu, Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

القضاة ثلاثة قاضيان في النار وقاض في الجنة : قاض قضى بالهوى فهو فى النار ، وقاض قضى بغير علم فهو في النار ، وقاض قضى بالحق فهو في الجنة
( رواه اللطبراني)

Maksudnya: "Qadhi (hakim) itu tiga golongan. Dua daripadanya masuk neraka, satu sahaja masuk syurga: Qadhi (hakim) yang memutuskan hukuman dengan hawa nafsu, maka dia akan masuk neraka. Qadhi yang memutuskan hukuman tanpa ilmu, maka dia juga akan masuk neraka, dan qadhi yang memutuskan hukuman dengan hak (adil), maka dia akan masuk syurga.                                  (Hadis riwayat At- Thabarani)

Memang dalam setengah-setengah jawatan, sukar untuk mendapatkan atau memperolehi pegawai-pegawai yang mempunyai kedua-dua kriteria di atas iaitu sifat kuat dan amanah. Oleh kerana itu Umar bin AI-Khaththab (berdoa):

اللهم إني أشكو اليك جلد الفاجر وعجز الثقة

Maksudnya: "Ya Allah sesungguhnya aku mengadu di hadapanMu kekerasan orang derhaka dan kelemahan orang yang dipercayai."

Oleh kerana itu, syariat Islam memerintahkan agar pemilihan setiap suatu perkara atau pekerjaan itu hendaklah berdasarkan sejauh mana kekuatan dan keamanahan yang diperlukan.

Dalam urusan peperangan umpamanya hendaklah diutamakan atau didahulukan seorang yang kuat berbanding dengan orang yang kurang amanah. Sementara dalam urusan kewangan atau yang seumpamanya hendaklah diutamakan sifat amanah sebelum kekuatan. Demikian seterusnya.

Ibnu Taimiyyah menyebutkan bahawa AI-Imam Ahmad bin Hanbal telah ditanya mengenai dua orang lelaki yang keduanya adalah amir (ketua) dalam peperangan. Salah seorang daripadanya adalah orang yang kuat, tetapi melakukan maksiat (derhaka). Seorang lagi adalah orang yang salih tetapi lemah, sedang kedua-duanya berperang. Jawab AI-Imam Ahmad bin Hanbal: "Adapun amir yang derhaka tetapi kuat itu, maka kekuatannya adalah untuk orang-orang Islam, sementara kedurhakaannya bagi dirinya sendiri. Adapun amir yang salih tetapi lemah itu, maka kesalihannya adalah untuk dirinya sendiri, sementara kelemahannya, menjadi kelemahan kepada orang-orang Islam. Maka berperanglah bersama-sama dengan amir yang kuat tetapi derhaka itu."

Jelas kepada kita bahawa mana-mana ketua atau pemerintah perlu melantik orang-orang yang benar-benar layak memegang sesuatu jawatan atau pekerjaan kerana ia adalah amanah yang perlu ditunaikan dengan sempuma. Kesalahan dalam penyerahan amanah itu akan membawa kepada kebinasaan.

Manakala tanggungjawab orang yang dilantik ialah berusaha menunaikan segala tugas yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin tanpa kecuaian yang disengaja atau diselewengkan. Ada pun upah, gaji atau allowance yang diterimanya berdasarkan perlantikannya itu adalah menjadi haknya yang sah untuk diterimanya.

Begitu juga kenaikan pangkat ke jawatan ketua atau yang lebih kanan lagi tidaklah salah, selama mana asasnya dia ialah orang yang berkebolehan, amanah dan berkelayakan, tanpa mengira sama ada dia kawan atau saudara atau orang lain.

Di dalam AI-Qur'an ada disebutkan tentang kisah sokongan puteri-puteri Nabi Syu'aib 'Alaihissalam agar bapa mereka mengangkat Nabi Musa 'Alaihissalam sebagai orang yang akan bekerja dengannya, iaitu setelah mereka menyaksikan sendiri kelayakan yang ada pada Nabi Musa 'Alaihissalam ketika membantu mereka mengangkat air dari telaga, sebagaimana yang diceritakan dalam surah AI-Qashash, ayat 26 di atas.

Kedudukan Senioriti

Kadangkala ada orang mempertikaikan tentang perlantikan atau kenaikan pangkat seseorang pegawai yang masih muda tetapi berkebolehan sehingga terjadi seakan-akan permusuhan antara pegawai-pegawai senior yang tidak terpilih dengan pegawai junior yang dilantik ke jawatan lebih kanan itu. Perkara yang sebenar tentang kenaikan pangkat (memangku atau kekal) sepatutnya berdasarkan kebolehan bukannya kepada tempoh perkhidmatan yang lama. Tetapi bagaimanapun, jika yang lama (senior) itu benar-benar lebih layak menurut kriteria-kriteria sebagaimana diterangkan di atas, maka berhaklah dia diutamakan.

Perlu ditekankan bahawa umur atau senioriti seseorang bukanlah satu syarat 'wajib' seseorang itu dinaikkan atau diberikan jawatan yang lebih tinggi. Hal ini dapat dibuktikan dalam satu kisah sejarah di mana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah melantik Usamah sebagai ketua tentera untuk menghadapi satu peperangan walaupun umumya pada ketika itu masih muda malah dianggap oleh setengah pihak pada masa itu sebagai masih 'mentah'.

Usamah telah berjaya di dalam tugasnya dengan cemerlang apabila Sayyidina Abu Bakar meneruskan perlantikan Rasulullah itu, sekalipun di waktu hayat Baginda tentera Usamah belum lagi sempat menjalankan tugas tersebut.

Perlantikan apa juga jawatan, lebih-Iebih lagi jawatan kanan hendaklah berdasarkan kebolehan, keamanahan dalam makna yang luas termasuk taqwa yakni takut kepada Allah, kerana sifat takutkan Allah itu adalah benteng daripada melakukan perkara-perkara khianat. Senioriti atau kelamaan dalam perkhidmatan hanyalah satu kelebihan saja bukannya penentu bagi kenaikan pangkat.

Jawapan Bagi Soalan 2:

Meminta atau menagih-nagih pangkat itu bukanlah amalan yang baik, kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah .menegur sahabat-sahabat Baginda yang meminta dilantik ke suatu jawatan seperti yang terjadi kepada Abu Dzarr dan telah diriwayatkan juga bahawa:

عن عبد الرحمن بن سمرة قال : قال لى رسول الله صلى الله عليه وسلم : "يا عبد الرحمن بن سمرة لا تسأل الإمارة فانك إن أعطيتها عن مسألة وكلت فيها الى نفسك ، وان أعطيتها عن غير مسألة ، أعنت عليها .
(رواه أبو داود)

Maksudnya: "Daripada Abdul Rahman bin Samurah, dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah engkau meminta pangkat kepemimpinan. Maka jika ia diberikan kepadamu kerana engkau memang memintanya, akan menjadi suatu beban yang berat bagi dirimu. Kalau ia diberi kepadamu tanpa memintanya, engkau akan mendapat pertolongan pada melakukannya. "                         (Hadis riwayat Abu Daud)

عن ابي موسى قال : دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بنى عمى . فقال أحد الرجلين : يا رسول الله ! أمرنا على بعض ما ولاك الله عز وجل. وقال الخر مثل ذلك . فقال "إنا ، والله ! لا نولى هذا العمل أحدا سأله ولا أحدا حرص عليه"
(رواه البيهقي)

Maksudnya: "Daripada Abu Musa, dia berkata: "Aku menemui Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam ditemani oleh dua orang anak bapa saudaraku. Salah seorang anak bapa saudaraku itu berkata: "Wahai Rasulullah, jadikan aku pemimpin atas sebahagian apa yang telah dikuasakan olah Allah 'Azza wa Jalla kepadamu." Yang satunya lagi mengatakan hal yang sama. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Demi Allah, kami tidak akan memberikan pekerjaan tersebut kepada seseorang yang memintanya, apalagi kepada seseorang yang amat tamak padanya. "
                                                                                                                   (Hadis riwayat Baihaqi)

Pernah disebut dalam sejarah bahawa Sayyidina Umar ibnu AI-Khaththab pemah hendak melantik seorang lelaki ke suatu jawatan, lalu lelaki itu bersegera meminta supaya dia dilantik ke jawatan tersebut maka Sayyidina Umar menjawab:

"Sebenamya kami memang bermaksud untuk melantikmu ke jawatan tersebut, akan tetapi sesiapa yang memohon jawatan ini, dia tidaklah akan dilantik padanya."(Sadd dz Dzara'i' fi Asy-Syari'ah AI-Islamiyyah, Muhammad Hisyam AI-Burhani h. 579)

Keadaan memohon jawatan telah menjadi amalan pada hari ini, di mana kerja-kerja itu mestilah dipohon. Begitu juga jawatan¬jawatan yang kosong akan di isi oleh pemohon-pemohonnya melalui proses penilaian kelayakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Satu daripada kaedah baru untuk kemudahan pihak kerajaan membuat pemilihan dan pengambilan pegawai-pegawainya. Kaedah ini tidaklah mengapa, kerana ia merupakan suatu siasah bagi memperolehi pegawai-pegawai yang baik. Hanya faktor-faktor yang disebutkan di atas hendaklah betul-betul diambil kira, iaitu faktor-faktor kebolehan, kelayakan dan keamanahan di dalam maknanya yang luas termasuk taqwa kepada Allah kerana ahli taqwa itu ialah sebenar-sebenar orang lurus yang menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh adil lagi amanah.