PENDAHULUAN
Allah S.W.T
menjadikan makhluk itu berpasang-pasangan. Firman Allah S.W.T dalam surah
Yaasiin ayat 36.
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menciptakan
makhluk –makhluk semua berpasangan sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau
dari diri mereka, atau pun dari apa yang mereka tidak ketahui.
Begitulah
jua diciptakan manusia. Allah S.W.T.
menjelaskan tentang kejadian lelaki mahupun perempuan sebagaimana firman Allah
dalam surah al-Hujurat ayat 13.
Maksudnya: Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang
yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha
Mengenal.
Dinyatakan
lagi bahawa kejadian manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah sebagaimana
firman Allah dalam surah al-Tin ayat 4.
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Hikmah
manusia dijadikan secara berpasangan adalah untuk mengembangkan zuriat
keturunan manusia yang diredhai Syarak.
Oleh yang
demikian, setiap manusia itu hendaklah bersyukur dengan ciptaan Allah S.W.T.
Maka janganlah diubah daripada lelaki yang dilahirkan hakikinya sebagai lelaki
menyerupai perempuan begitulah
sebaliknya.
MAKSUD LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Maksud
lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya ialah meniru gaya orang perempuan
sama ada dari segi pakaian seperti memakai pakaian seperti wanita, dari segi
perhiasan seperti memakai gelang, subang dan kalung atau dari segi gaya
bercakap seperti bercakap dengan suara yang halus dan lanjut atau dari segi berjalan seperti berlenggang-lenggok dan
lain-lain yang menjadi kebiasaan orang perempuan.
Sementara
meniru gaya orang lelaki pula adalah dari segi pakaian seperti memakai pakaian
seperti lelaki, dari segi perwatakan
seperti pergerakan yang kasar, berlagak lelaki, mencukur rambut kepala, dan
seumpamanya yang menjadi kebiasaan orang lelaki.
Sehubungan
dengan itu, perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau
sebaliknya adalah seperti berikut:
1. Mengubah
bentuk fizikal termasuk menukar jantina,
2. Gaya
berjalan dan gerak badan.
3. Percakapan
dan suara.
4. Perhiasan.
5. Pakaian
HUKUM LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Perbuatan
tersebut, sama ada lelaki berlagak perempuan atau sebaliknya adalah haram
bahkan berdosa besar berdasarkan terdapatnya dalil yang mela‘nat orang yang
melakukannya.
Perbuatan
ini juga merupakan antara kemungkaran yang telah merebak dengan meluas di
kalangan umat Islam.
HUKUM LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA DENGAN CARA
PERUBATAN
Hukum lelaki
menyerupai perempuan atau sebaliknya dengan cara perubatan sama ada dengan
pengambilan hormon atau membuat pertukaran jantina adalah haram. Ianya termasuk
dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah. Hal ini berdasarkan hadith,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
مَسْعُودٍ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ،
وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ
خَلْقَ اللَّهِ، مَا لِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ : (وَمَا آتَاكُمُ
الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا)
Yang
bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a
katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta
membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan
yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang
dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan
firman-Nya yang bermaksud... Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah
SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya
kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”
Hikmah
pengharaman mengubah-ngubah ciptaan Allah adalah kerana terdapatnya pemalsuan,
penipuan dan menimbulkan sangkaan yang tidak benar seperti menganggap ciptaan
Allah tidak sempurna.
DALIL
PENGHARAMANNYA
Perbuatan
berlagak lelaki atau perempuan haram berdasarkan hadith,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.
Yang
bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki
yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Begitu juga
hadith,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.
Yang
bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang
berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda,
usirlah mereka dari rumah kamu.”
Begitu juga
hadith,
عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَالمَرْأَةَ تَلْبِسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ.
Yang
bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat
orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian
lelaki.
(Hadith
Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)
Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat
Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang
tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِالرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ، وَلاَ مَنْ تَشَبَّهَ بِالنِّسَاءِ مِنَ الرِّجَالِ.
Yang
bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan
lelaki meniru perempuan.
Laknat dalam
hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya
menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut.
Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak
harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala
al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa
perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.
HIKMAH
DISEBALIK PENGHARAMAN INI
Hikmah
pengharaman ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Fath al-Bari, adalah
kerana larangan mengubah-ngubah ciptaan Allah sebagaimana hadith di atas.
Selain itu,
ianya diharam bagi mengelakkan perbuatan homoseksual dan lesbian sebagaimana
yang berlaku kepada kaum Nabi Lut a.s. Hal disebutkan dalam surah al-Naml ayat
54 dan 55,
Yang
bermaksud, Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) tatkala
ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang
kamu nampak kejinya?
Sesungguhnya
kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu.
(Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak
mengetahui akan akibatnya)”.
KEDUDUKAN
LELAKI YANG MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Bagi lelaki
menyerupai perempuan dari segi ibadah, mualamah, munakahat sehinggalah kepada
urusan jenazah adalah kekal sebagaimana hukum ke atas seorang lelaki dan
begitulah sebaliknya.
KEPENTINGAN
HUKUM FIQH ISLAM
Hukum fiqh
penting kepada umat Islam kerana:
Kaitan
Antara Fiqh dan ‘Aqidah Islamiyah
Antara
keistimewaan Fiqh Islam sebagaimana yang telah dijelaskan ialah hukum-hukum
syara‘ yang mengatur segala perbuatan
dan perkataan mukallaf. Ia mempunyai hubungan yang sangat kukuh dengan iman
kepada Allah dan mempunyai kaitan yang
rapat dengan asas-asas ‘aqidah Islamiyah, terutamanya yang berkaitan
dengan ‘aqidah keimanan kepada hari akhirat.
Hal ini
demikian kerana ‘aqidah keimanan
kepada Allah menjadikan
seseorang muslim itu berpegang teguh dengan segala hukum agama
serta memandu mereka ke arah pelaksanaannya dengan penuh keta‘atan dan
kerelaan.
Begitu juga
orang yang tidak beriman kepada
Allah tidak terikat dengan ‘ibadat solat dan puasa. Mereka akan bertindak tanpa
mengira halal dan haram. Justeru, beriltizam dengan segala hukum syara‘
merupakan satu cabang daripada beriman kepada Allah yang telah menurunkan
syari‘at kepada hamba-hamba-Nya
Fiqh Islam
Merangkumi Semua Keperluan Manusia
Tidak syak
lagi bahawa kehidupan manusia merangkumi pelbagai aspek dan kebahagiaan mereka
diperolehi dengan memelihara semua aspek tersebut melalui peraturan dan
perundangan.
Oleh sebab
Fiqh Islam merupakan hukum-hukum yang disyari‘atkan oleh Allah kepada
hamba-hamba-Nya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari kerosakan, justeru Fiqh Islam datang dalam
keadaan merangkumi aspek tersebut dan menyusun semua keperluan manusia dengan
hukum-hukumnya.
Jika
diperhatikan kitab-kitab fiqh yang mengandungi hukum-hukum syara‘ yang
bersandarkan kepada kitab Allah , sunnah Rasulullah, ijma‘ ‘ulama’ dan ijtihad
mereka, kita akan dapati hukum-hukum tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian
dan daripadanya dibentuk peraturan umum bagi menjamin kehidupan manusia
secara individu atau bermasyarakat.
Hukum
‘ibadat
Hukum
‘ibadat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan ber‘ibadat kepada Allah seperti
berwudhu’, solat, puasa, zakat,
haji dan lain-lain.
Hukum
kekeluargaan
Hukum kekeluargaan
ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan
kekeluargaan seperti penyusuan, nafkah,
pembahagian harta dan lain-lain.
Hukum
mu‘amalat
Hukum
mu‘amalat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan
hubungan sesama mereka seperti jual beli, gadaian, sewaan, pendakwaan dan
keterangan-keterangan, penghakiman dan lain-lain.
Hukum
pemerintahan atau siasah shar‘iyah
Hukum
pemerintahan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah
seperti menegakkan ke‘adilan, membasmi kezaliman dan melaksanakan
undang-undang. Begitu juga hukum yang berkaitan dengan kewajipan rakyat supaya
menta‘ati pemimpin dalam perkara yang bukan ma’siat dan lain-lain lagi.
Kanun
keseksaan (قَانُونُ عُقُوبَاتٍ)
Kanun
keseksaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman yang dikenakan
terhadap penjenayah, memelihara keamanan
dan peraturan seperti hukuman kepada pembunuh, pencuri, peminum arak dan
seumpamanya.
Hukum
hubungan antarabangsa (سِيَر)
Hukum
hubungan antarabangsa ialah hukum-hukum yang mengatur hubungan antara negara
Islam dengan negara–negara lain dari segi peperangan, perdamaian dan lain-lain.
Adab dan
akhlaq
Adab dan
akhlaq ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlaq, maruah, pekerti yang
baik dan yang buruk dan lain-lain.
Demikianlah Fiqh Islam merangkumi segala hukum yang
berkaitan dengan keperluan manusia dan
semua kemudahan hidup individu dan masyarakat.
KESIMPULAN
Perbuatan,
sama ada lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya, adalah haram bahkan
berdosa besar. Ianya selari dengan ajaran Islam yang melaknat perbuatan
tersebut.
Bagi lelaki
tulin atau perempuan tulin, penilaian Psikologi dan Psikiatri tidak diterima
pakai dalam Islam untuk menentukan jantina seseorang.
Pengharaman
ini juga penting bagi membendung kes jenayah Syariah yang lain seperti liwat
dan membendung isu perdagangan seks.
Dipetik dari Laman Web Jabatan Mufti Negeri Sembilan
2 comments:
itu semua kita dah tahu dah, tuan ... selama ini kita tidak tahu bahawa "perlembagaan malaysia" itu rupanya lebih agung dari "Al-Quran" ... tuan-tuan ulamak sekelian boleh tulis bertimbun-timbun kitab ...tetapi kitab-kitab tuan masih tidak dapat mengatasi "perlembagaan malaysia" ....!!!!!!!! tuan nak suruh berdoa je ke... ???????????????
apa la u melayu Islam malaysia ..... "perlembagaan malaysia" lebih besar dari u punya "Al_Quran" ka..?
Post a Comment