Nama
al-Fadhil
Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه
الله berasal dari
Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia.
Kelahiran
Beliau
dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September
1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang
taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri
adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.
Berhijrah
ke Tanah Suci Makkah
Beliau
mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada
tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat
menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah
berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan
pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau
juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah
para masyaikh.
Pada
tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz
(cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut
mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah
mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah
dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.
Beliau
merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain
al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau.
Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan
sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program
agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى
الله عليه وسلم.
Beliau
mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh
untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya.
Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat
tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya
pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh
ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan
al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin
al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh
Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini
menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili
al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani
dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”.
Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang,
masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang
diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari
umurnya.
Pada
tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar
asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian
beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di
Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990.
Guru-Guru
Beliau
Antara
guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-
1.
asy-Syaikh
al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
2.
asy-Syaikh
al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه
الله,
3.
asy-Syaikh
al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه
الله,
4.
asy-Syaikh
‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
5.
asy-Syaikh
al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos رحمه
الله
6.
asy-Syaikh
al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه
الله
7.
asy-Syaikh
Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
8.
asy-Syaikh
Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
9.
asy-Syaikh
Karim al-Banjari رحمه الله
10.
asy-Syaikh
‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
11.
asy-‘Adnan
al-Afnani رحمه الله
12.
asy-Syaikh
Saifurrahman رحمه الله
13.
asy-Syaikh
Sahili al-Anfanani رحمه الله
14.
asy-Syaikh
Said al-Bakistani رحمه الله
15.
asy-Syaikh
al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه
الله
16.
asy-Syaikh
al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه
الله
17.
asy-Syaikh
Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه
الله
18. asy-Syaikh
al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه
الله
19.
asy-Syaikh
al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه
الله
20.
asy-Syaikh
Muhammad Makhluf رحمه الله
21.
asy-Syaikh
al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه
الله
22. asy-Syaikh
al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه
الله
23.
asy-Syaikh
al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه
الله
24.
asy-Syaikh
Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
25.
al-Ustaz
ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه
الله
26.
asy-Syaikh
al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه
الله
27.
asy-Syaikh
al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه
الله
28.
asy-Syaikh
al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه
الله
29.
asy-Syaikh
al-‘Allamah Hussin رحمه الله
30.
asy-Syaikh
‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
31.
al-Ustadz
ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
32.
al-Ustadz
ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
33.
al-Ustadz
ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
34.
al-Ustadz
ad-Doktor Nashr Farid,
35.
asy-Syaikh
al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه
الله dan ramai
lagi.
MENABUR
JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI
Setelah
menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya
untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia
Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di
Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke
Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar
sendiri.
Beliau
mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh
Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya
diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah
Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah
Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa
Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga
di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di
Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh
ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia
ta'lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang
yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan
kesihatan dan ke'afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan
kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan
karya ilmiah.
MENGHASILKAN
KARYA ILMIAH
Beliau
telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah
menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar tidak kurang
daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.
Kitab
tulisan beliau:
1. الإحاطة بأهم مسئل الحيض
والنفاس والاستحاضة
2. تساؤلات وشبهات وإباطيل حول معجزة الإسراء
والمعراج والرد عليها
3. المختار من نوادر العرب وطرائفهم
4. آدب المصافحة
5. من هو المهدى المنتظر؟
6. المجال الإقتصاد في الإسلام
7. بيان مفتى جمهورية مصر
العربية حول فوائد البنوك في ميزان أهل العلم
8. (سفر المرأة (احكامه و آداب
9. الدرر البهية في إيضاح
القواعد الفقهية
10. معلومات تهمك
11. أسماء الكتاب الفقهية لسادتنا
الأئمة الشافعية
12. أحكام العدة في الإسلام
13. آراء العلماء حول قضية
نقل الأعضاء
14. أدلة بحريم نقل الأعضاء
الآدمية
15. الأمر بالمعروف والنهى
عن المنكر في الكتاب والسنة
16. العبر ببعض معجزات خير
البشر صلى الله عليه وسلم
17. محمد نور الدين مربو البنجاري
المكي والأحاديث المسلسة
18. الجوهر الحسن من أحاديث
سيدنا عثمان عفان رضي الله عنه
19. اسمى المطالب من بعض أحاديث
سيدنا على بن أبي طالب رضي الله عنه
20. مراقي الصعود من بعض أحاديث
سيدنا عبدالله بن مسعود رضي الله عنه
21. إفادة العام والخاص من
بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما
22. الكواكب الدري من أحاديث
سيدنا أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
23. الكواكب الأغر ببعض أحاديث سيدنا عبدالله بن
عمر رضي الله عنهما
24. زاد السلك من أحاديث سيدنا
أنس بن مالك رضي الله عنه
25. الإقتباس من أحاديث سيدنا
عبدالله بن عباس رضي الله عنهما
26. فيض الباري حول بعض أحاديث
سيدنا أبي موسى الإشعري رضي الله عنه
27. الردة أسبابها وأحكامها
28. توفيق الباري لتوضيح وتكميل مسائل الإيضاح
للامام النووي
29. مكانة العلم والعلماء وآداب طالب العلم
dan banyak lagi
Antara
kitab yang beliau tahqiq dan ta’liq
1. رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة
2. قرة العين بفتاوى الشيخ
إسماعيل عثمان زين
3. رفع الأستار عن دماء الحج
والاعتمار
4. شروط الحج عن الغير
5. الحسن البصري
6. إقامة الحجة غلى أن الإكثار
في التعبد ليس ببدعة
7. خصوصيات الرسول صلى الله
عليه وسلم
8. يستان العارفين
dan banyak lagi
MAJLIS
PENGAJIAN BELIAU Dl TANAH AIR MALAYSIA
Pada
tahun 1998 beliau telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah
(MTI), Derang Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat Bin Yusuf رحمه
الله pada tahun
1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan
siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan
tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau
untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang.
Di
samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau
mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah
suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di
pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan
Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah
hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani
daripada beliau. Selepas 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah beliau telah
pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menubuhkan pesantren beliau sendiri di
Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau menubuhkan Maahad az-Zein
al-Makki al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Dan disinilah beliau menetap dan mendiri bakal ulama.
KELEBIHAN
BELIAU
Yang
pertama dan utama adalah beliau selalu istiqamah dalam apa jua yang
dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan
prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan
ilmu. Diantara kelebihan beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang lain
iaitu beliau tidak pernah kelihatan letih walaupun jauh dan lama masa mengajar,
banyak tempat pengajian yang beliau hadiri dan juga kelebihannya lagi pasti ada
perkara baru yang disampaikan oleh beliau dalam pengajarannya. Adapun kehebatan
beliau dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masalah semasa dengan apa yang
disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat member kesan sekali kepada para
hadirin. Beliau bukan sahaja mencurahkan ilmu kepada muridnya bahkan terlebih
utama lagi beliau memberi didikan adab semasa belajar. Itu merupakan fadhlun
minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya.
IRSYADAT
AL FADHIL
(Petikan
ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di
kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9
Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)
1.
Jangan
tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All
Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi
Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama
Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.
2.
Terlalu
murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya
untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
3.
Tanggungjawab
kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.
4.
Siapkan diri
untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.
5.
Bekerjalah
untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan
ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.
6.
Jadilah
'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada
makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.
7.
Berakhlaklah
dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi
mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.
8.
Hormatilah
kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas
kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.
9.
Akhlak juga
harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah,
jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
10.
Saya bukan
seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus
maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.
Catatan
Saya mengambil ilmu fiqh dan hadis daripada beliau serta menerima ijazah beberapa buah kitab tulisan beliau. Saya masih mengikuti kelas pengajian beliau di Maahad Tahfiz Repek, Pasir Mas Kelantan.