Menurut
Imam As Syatibiy : Bahaya bagi seorang Muqallid menyalah gunakan dalil karena
ketidak fahaman mereka.
Apalagi
dengan satu atau dua dalil yang mereka ketahui tanpa melalui pemahaman Ulama,
lalu menyalah-nyalahkan amalan kelompok lain maka akan timbul bencana dan
fitnah bagi umat. Sekilas ungkapan: "kembali kepada al Qur'an dan
Assunnah" adalah ungkapan yang baik dan berdasarkan semangat originaliti dalam
beragama. Padahal kalau ungkapan itu jatuh kepada orang awam yang tidak
mengetahui ilmu agama maka ini menjadi ucapan yang berbahaya. Ucapan ini bisa
menyebabkan setiap orang berbicara masalah agama dengan berdalil atas al-Qur’an
dan Hadis, tapi hanya mengikut hawa nafsu dalam penafsirannya, mengabaikan
semua kaedah dan ilmu alat pendukung yang telah ditetapkan oleh ulama.
Oleh
karena itu Imam As Syatibiy berkata:
فتاوى المجتهدين بالنسبة إلى العوام
كالأدلة الشرعية بالنسبة إلى المجتهدين
Fatwa-fatwa
ulama mujtahidin bagi orang awam itu ibarat dalil syar’i bagi para mujtahid.
(Ibrahim
bin Musa as-Syathibi w. 790 H, al-Muwafaqat, h. 5/ 336).
Itu
kata Imam al-Syatibiy, dan kemudian beliau meneruskan:
والدليل عليه أن وجود الأدلة بالنسبة
إلى المقلدين وعدمها سواء؛ إذ كانوا لا يستفيدون منها شيئا؛ فليس النظر في الأدلة والاستنباط
من شأنهم، ولا يجوز ذلك لهم ألبتة
Dasarnya
adalah ada dan tidaknya dalil bagi orang awam itu sebenarnya sama saja. Karena
mereka belum bisa mengambil faedah dari dalil-dalil itu. Menganalisa
dalil-dalil syar’i bukanlah tugas mereka. Bahkan tidak boleh sama sekali mereka
melakukan itu. (Ibrahim bin Musa as-Syathibi w.
790 H, al-Muwafaqat, h. 5/ 337)
والمقلد غير عالم ، فلا يصح له
إلا سؤال أهل الذكر ، وإليهم مرجعه في أحكام الدين على الإطلاق ، فهم إذا القائمون
له مقام الشارع ، وأقوالهم قائمة مقام أقوال الشارع .
Orang
awam/ Muqallid tidak sama seperti orang alim, kewajiban mereka hanya bertanya
kepada ulama/ ahli ilmu, mereka menjadi rujukan bagi Muqallid dalam semua
urusan hukum agama secara mutlak. Posisi mereka menempati posisi الشارع, perkataan mereka menempati posisi perkataan الشارع.
وأيضا فإنه إذا كان فقد المفتي
يسقط التكليف فذلك مساو لعدم الدليل ؛ إذ لا تكليف إلا بدليل ، فإذا لم يوجد دليل على
العمل سقط التكليف به ، فكذلك إذا لم يوجد مفت في العمل ، فهو غير مكلف به ، فثبت أن
قول المجتهد دليل العامي ، والله أعلم .
Sekiranya
Muqallid tidak menemukan Mufti, gugur kewajiban taklif, karena itu sama dengan
tidak adanya dalil. Sebab taklif baru ada jika ada dalil. Jika tidak ditemukan
dalil gugur kewajiban taklif. Apabila tidak ada Mufti maka tidak ada kewajiban
taklif bagi seorang Muqallid. Maka tidak diragukan lagi sesungguhnya perkataan
seorang Mujtahid merupakan dalil bagi orang awam.
Wallahu
A'lam bissowab
Oleh
H. Bakhtiar.M.Rum.Lc.MA
dipetik dari Sharia Consulting Center
1 comment:
Bgaimana pula ulamak kata pas itu agama islam.....dalil apa yg mereka pakai atau apakah ulamak ni tak berilmu, sehinggakan keluar pas jatuh kapir. Emmmmm, ibarat pakai jubah dan beserban 10 lapis belum tentu masuk surga kan.....itu lah ulamak hari ini.
Post a Comment