Setiausaha
Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia
Pautan Asal: International Union For Muslims Scholars
Banyak
persoalan yang diajukan berkenaan hukum-hakam dalam mendepani wabak virus baru
yang semakin tersebar dan boleh mengancam nyawa ramai manusia melalui
penyebarannya yang amat pantas.
Apakah
hukumnya untuk menutup masjid-masjid dan meninggalkan solat Jumaat dan solat
berjemaah atas dasar takut akan penyebarannya?
Apakah
doa-doa dan perkara yang dituntut daripada seorang Muslim dalam menghadapi
sebarang waba’ dan penyakit seperti ini?
Segala
puji bagi Allah, Solawat dan Salam dipanjatkan buat Baginda Rasulullah Sallahu
Alaihi Wasallam yang diutuskan sebagai rahmat buat sekalian alam, buat pada
para Keluarga dan Sahabat Baginda, Ridhwanullahi Alaihim Ajmain.
Pertama:
Sesungguhnya sebarang wabak dan virus adalah sebuah qadar ketentuan Allah dan
tanda nyata akan qudrah (kekuasaan) Allah dalam menghancurkan sesuatu yang
ingin dihancurkannya melalui tenteranya yang dilihat lemah.
وَمَا
يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ
Tidaklah
yang mengetahui tentera-tentera tuhan-Mu kecuali Dia (Allah)
(Surah
Al-Muddathir: ayat 31)
Ia
juga adalah sunnatullah dimana Allah timpakan buat hamba-hamba yang diingininya
(dikalangan Muslimin atau yang lainnya) dan dengannya Allah mendidik
hamba-hambanya yang diingininya. Namun bagi seorang Mukmin yang diuji dan
bersabar dengannya, bagi mereka pahala syahid.
Telah
diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Saidatuna Aishah Radhiallahu Anha
bertanya kepada Baginda Rasul Sallahu Aialihi Wasallam tentang ‘Taun’ (الطاعون), Baginda memberitahu bahawa ia merupakan azab yang yang
diturunkan buat yang diingini, maka Allah menjadikannya sebagai rahmah buat
golongan Mukminin.Baginda Sallahu ‘Alahi Wasallam bersabda:
فليس من عبد يقع الطاعون
فيمكث في بلده صابرا يعلم أنه لن يصيبه إلا ما كتبه الله له إلا كان له مثل أجر
الشهيد
Tidaklah
seorang hamba itu ditimpa Taun dan kemudiannya bertahan di tempatnya dalam
keadaan sabar mengetahui bahawa tidaklah menimpanya kecuali apa yang tidak
ditetapkan oleh Allah; kecuali baginya ganjaran seorang syahid. (Sahih
Al-Bukhari: 5734)
Kedua:
Islam mewajibkan dua perkara:
1.
Bertawakkal kepada Allah tentang tawakkal yang sebenar benarnya dan mempercayai
bahawa seluruh yang berlaku adalah dengan kekuasaan Allah.
قُل
لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا
Tidaklah
menimpakan kami kecuali sesatu yang telah ditetapkan oleh Allah
(Surah
At-Taubah: ayat 51)
2.
Mengambil Asbab (mematuhi hukum sebab musabbab), diantaranya mengambil langkah
penjagaan , rawatan dan kuarintin dan segala yang digariskan oleh pasukan pakar
kesihatan. Perkara inilah yang dipamerkan daripada pendirian dan perilaku
Saidina Umar Radhiallahu ‘Anhu apabila beliau enggan memasuki Syam setelah mengetahui
bahawa wabak penyakit telah tersebar di kawasan tersebut hingga Saidina Abu
Ubaidah telah mengatakan kepada Saidina Umar:
أفِرارا
من قدر الله
Adakah
engkau lari dari qadar (ketentuan) Allah
Maka
dijawab oleh Saidina Umar:
نعم
نفرُّ من قدر الله إلى قدر الله
Benar,
kami lari dari satu qadar Allah kepada qadar Allah yang lain (Sahih Al-Bukhari:
5729)
Disinilah
terletaknya Fiqh Mizan (memahami neraca sebenar sebuah perkara). Menurut neraca
ini, ‘timbangan kanan’ terletak padanya iman yang teguh kepada Allah manakala
‘timbangan kiri’ pula terletak padanya usaha mengambil semua asbab yang
disyariatkan kerana Allah sendiri yang memerintahkannya.
Ketiga:
Penyakit taun itu sesuatu yang dikenali namun ia (الطاعون) sebenarnya merupakan bentuk wabak yang lebih umum daripada
penyakit yang dikenali tersebut sepertimana yang dibincangan oleh ahli bahasa
(Lughawiyyun) diantaranya Khalil bin Ahmad yang mengatakan; Wabak itu adalah
Taun maka ia merujuk kepada semua penyakit berjangkit yang berleluasa. Di dalam
bahasa Arab disebut:
أصاب
أهل الكورة وباء شديد
Masyarakat
sebuah tempat ini telah dtimba wabak yang dahsyat
وأرض
وبئة
Bumi/
Kawasan yang berwabak
Keempat:
Tidak syak lagi bahawa wabak-wabak yang turun adalah salah satu bentuk azab daripada
Allah bahkan Allah menamakannya sebagai ‘Rijzun’ (رجز) /azab dari langit. Lafaz ini diulang sebanyak 10 kali di dalam
Al-Quran diantaranya firman Allah Taala:
وَالَّذِينَ
سَعَوْا فِي آيَاتِنَا مُعَاجِزِينَ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مِّن رِّجْزٍ أَلِيمٌ
Dan
mereka yang berusaha mencabar ayat-ayat kami merekalah yang ditimpa dengan azab
yang pedih (Surah Al-Saba’ : ayat 5)
Mereka
adalah orang-orang zalim dan melampaui batas yang berusaha dengan segala
kemampuan mereka untuk menafikan ayat-ayat Allah; dan menyangka bahawa mampu
menentang ayat-ayat Allah dan akan memenanginya. Bahkan mereka berusaha melawan
kekuasaan Allah, maka bagi merekalah azab berbentuk ‘rijzun alim’ (seperti di
dalam ayat).
Perkataan
Rijz ditafsirkan oleh sebahagian (Mufassirin) sebagai wabak-wabak yang
berleluasa yang memedihkan di dunia dan akhirat.
Menurut
sunnatullah, apabila sebuah azab itu turun, maka ia akan mengenai semua
termasuklah yang tidak melakukan kezaliman, seperti firmannya:
وَاتَّقُوا
فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً
Takutlah
ujian yang tidak hanya ditimpakan hanya untuk mereka yang melakukan kezaliman. (Surah
Al-Anfal: ayat 25
Begitulah
sunnatulah apabila merebak sebarang wabak, ia tidak membezakan yang zalim,
kafir ataupun Mukmin namun keatas orang Mukmin mereka mesti mengambil seluruh
asbab yang sepatutnya seperti digariskan oleh syarak, ilmu perubatan dan akal
yang sihat.
Kelima:
Islam mewajibkan ketika berlakunya wabak yang besar (seperti virus-virus yang
boleh membunuh) agar menuruti perkara-perkara berikut:
1.
Kuarantin: Iaitu tidak harus (haram) keluar daripada negara/negeri yang ditimpa
dengan wabak tersebut dan tidak boleh juga memasuki ke dalamnya. Diriwayatkan
di dalam Sahih Muslim bahawa Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam
bersabda:
الطاعون آية الرجز ابتلى الله
عز وجل به ناسا من عباده فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ ، فَلَا تَدْخُلُوا عَلَيْهِ ،
وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا ، فَلَا تَفِرُّوا مِنْهُ
Taun
adalah tanda azab yang dengannya Allah menguji sebahagian dari hambanya. Maka
jika kamu mendengar wabaknya di sebuah tempat, maka janganlah kamu memasukinya
dan jika kamu berada di tempat tersebut maka jangalah kamu keluar daripadanya.
(Sahih Muslim:4226)
Para
Ulama’ kita telah menjelaskan bahawa antara hikmah daripada kuarintin ini
adalah:
i.
Larangan keluar daripada tempat yang terkena Taun tersebut adalah supaya wabak
penyakit tidak terus merebak hingga menjadi sebab ianya menyakiti orang ramai
dan jika dilakukan ia sebuah dosa kerana menyebabkan kemudharatan. Rasulullah
sallahu alahi wasallam bersabda:
لا
ضرر ولا ضرار
Dilarang
memulakan kemudharatan dan membalas kemudharatan (dengan cara yang mudharat)
(Sunan Ibnu Majah)
Maka
tidak boleh seorang insan menyebabkan kemudharatan kepada orang lain samada
pada agamanya, dirinya, akalnya, hartanya atau pada apa pun, samada
kemudharatan itu secara fizikal atau maknawi. Bahkan berkaitan perkara ini para
Ulama silam menegaskan pengharaman seseorang menyebabkan jangkitan penyakit.
ii.
Larangan memasuki Kawasan berwabak adalah didasarkan pengharaman mencampakkan
diri ke dalam kebinasaan atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan
kebinasaan. Ini kerana memelihara tubuh badan, kesihatan dan akal adalah
diantara tujuan Syariah (Maqasid Syariah) yang dharuri.
iii.
Bagi mengelak mengedut udara yang mengandungi virus wabak tersebut.
iv.
Tidak mendekati orang yang sakit supaya mengelak jangkitan kecuali mendekatinya
demi tujuan mengubat pesakit dengan mengambil segala langkah pencegahan yang
sewajarnya. Baginda Sallahu Alaihi Wasallam besabda:
وفر
من المجذوم كما تفر من الأسد
Larilah
kamu dari seorang yang kusta seperti mana berlarinya kamu dari singa. (Sahih
Bukhari: 5707)
Ini
tidak bercanggahan dengan hadith Baginda:
لا
عدوى
Sesuatu
penyakit itu tidak berjangkit (Sahih Al-Bukhari: 5770)
Hadith
ini bermaksud bahawa sesuatu penyakit itu tidak berjangkit seperti difahami
oleh orang-orang Jahiliyah yang menyandar sesuatu perbuatan itu kepada selain
Allah yang menyakini bahawa penyakit itu berjangkit kerana penyakit itu sendiri
(tanpa menyandarkannya dengan kekuasaan Allah). Ini perlu difahami dari neraca
iman kepada Allah dan tidak mempersukutukannya. Adapun gesaan melarikan diri
daripada penyakit berjangkit adalah daripada neraca mengambil sebab musabbab
yang dijadikan oleh Allah sebagai sesuatu yang boleh memberi kesan dengan
izinnya. Perkara ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadith:
لا
يورد ممرض على مصح
Janganlah
pemilik unta yang sakit memcampurkan untanya dengan yang sihat (Sahih Muslim:
4235)
v.
Penting bagi mengambil langkah berhati-hati, berjaga-jaga dan mengelakkan diri
daripada terdedah kepada perkara-perkara yang membinasakan bersama dengan
menyerahkan diri secara bulat kepada Allah dan bertawakkal dengan sebenarnya,
tanpa perlu risau dan rasa berkecamuk. Ibn Al-Athir menyatakan di dalam
kitabnya ‘Al-Nihayah fi Al-Kamil fi At-Tarikh’ bahawa pernah ketika kaum
Muslimin diuji dengan Taun ‘Amwas, ‘Amru bin Al-‘As telah keluar bersama para
pesakit ke kawasan perbukitan kemudian membahagikan mereka kepada beberapa
kumpulan dan mengelakkan mereka daripada saling bercampur antara satu sama
lain. Mereka berada disitu selama satu tempoh hingga ramai yang syahid
meninggal dunia dan Amru bin Al-‘As kemudian pulang bersama denan mereka yang
selamat daripada wabak tersebut.
2.
Antara yang ditekankan dalam ajaran Islam adalah kewajipan keatas setiap
individu bagi mengubat diri dan kewajipan keatas masyarakat dan negara untuk
berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengubati penyakit-penyakit terutamanya
penyakit berjangkit. Bagi individu yang tidak mengubati dirinya daripada
penyakit, itu dikira sebagai berdosa berdasarkan dalil-dalil yang banyak dan
jelas seperti mana kami jelaskan di dalam kitab ‘Fiqh Al-Qadhaya Al-Thibbiyah
Al-Muasirah’.
3.
Wajib seseorang itu membuat pengakuan, iaitu seseorang yang mendapati bahawa
mereka dihinggapi wabak ataupun dia berada di kawasan berwabak dan keluar
daripadanya kerana satu dharurat, maka mereka wajib melaporkan kondisi mereka
kepada pihak yang bertanggungjawab. Jika mereka menyorokkan perkara tersebut,
mereka telah melakukan dua jenayah; pertama kesalahan menyorokkan maklumat dan
menipu, kesalahan kedua adalah mengakibatkan kemudharatan kepada orang ramai
dan menyebarkan wabak. Bagi setiap yang kemudiannya berjangkit kerana mereka,
maka mereka akan menanggung bahagian dosa dan jenayah yang disebabkan oleh
mereka. Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda:
المسلم
من سلم المسلمون من لسانه و يده
Seorang
Muslim itu adalah apabila para Muslimin merasa selamat daripada lisan dan
tangannya. (Sahih Muslim: 86)
Seorang
Muslim yang hakiki adalah yang mencintai bagi saudaranya seperti mereka
mencinatai sesuatu bagi dirinya dan membenci sesuatu bagi saudaranya seperti
dia membencinya buat dirinya.
Keenam:
Merasa takut daripada penyebaran wabak dan penyakit-penyakitnya.
Sesungguhnya
Islam adalah agama fitrah yang tidak menghalang penganutnya agar merasa
takut/risau akan penyakit-penyakit seperti ini selagi mana seseorang itu
beriman kepada Allah Pencipta yang Maha Esa. Allah telah menjadikan bagi setiap
perkara itu ada sebabnya dan merasa risau dengan perkara seperti ini wajib.
Al-Hafiz Al-Manawi menyatakan ‘Diantaranya adalah rasa takut terhadap penyakit
yang berjangkit dan kesan daripada seorang yang berpenyakit kusta.’ Didalam
sebuah hadith, Baginda Sallahu Alaihi Wasallam besabda:
وفر
من المجذوم كما تفر من الأسد
Larilah
kamu dari seorang yang kusta seperti mana berlarinya kamu dari singa. (Sahih
Bukhari: 5707)
Maka
memelihara nyawa, diri, tubuh badan, harta dan kehormatan daripada
perkara-perkara yang boleh membahayakannya adalah wajib.
Diantara
dalil yang mensyariatkan bahkan mewajibkan rasa takut terhadap perkara-perkara
seperti ini adalah seperti yang diriwayatkan di dalam Sunan Ibn Majah bahawa
كانَ
في وفدِ ثقيفٍ رجلٌ مجذومٌ ، فأرسلَ إليهِ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ
ارجِع فقد بايعناكَ
Bersama
sekumpulan daripada Bani Thaqib ada seorang yang mengalami kusta, Baginda Rasul
mengutuskan seseorang menemuinya lantas berkata, Pulanglah, sesungguhnya kami
telah mengambil baiah kamu.
(Sahih
Muslim: 2231,Sunan Ibnu Majah: 3544)
Begitulah
juga terdapat hadith yang banyak tentang memelihara makanan dan minuman
daripada sesuatu yang boleh merosakkannya yang memberi gesaan kewajipan
berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga. Ini seperti hadith suruhan Baginda agar
menutup bekas-bekas air dan makanan yang terbuka serta menjaganya, kewajipan
berubat, membasuh tangan dan mulut, larangan buang air kecil dan besar dan
kawasan jalan, dibawah pokok dan tempat-tempat yang boleh memberi kesan kepada
orang ramai.
Agama
Islam ini adalah agama yang menitik beratkan kebersihan dalaman dan luaran
seperti firman Allah:
وَثِيَابَكَ
فَطَهِّرْ
Dan
buat baju-bajumu bersihkanlah ia (Surah Al-Muddathir: ayat 4)
Allah
Subhanahu Wataala juga berfirman:
إِنَّ
اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Sesungguhnya
Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan yang sentiasa mensucikan diri
mereka. (Surah Al-Baqarah: ayat 222)
Dari
perintah-perintah ini dapat difahami betapa Islam menitik beratkan amalan
seperti berwudhu’, mandi, memastikan kebersihan bangunan dan tempat lapang dan
lain-lain lagi.
Diantaranya
sepertimana yang direkod di dalam Sahih Muslim bahawa Saidina Abi Zar berkata
bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda:
عُرِضَتْ عَلَيَّ أَعْمَالُ
أُمَّتِي حَسَنُهَا وَسَيِّئُهَا ، فَوَجَدْتُ فِي مَحَاسِنِ أَعْمَالِهَا
الْأَذَى يُمَاطُ عَنِ الطَّرِيقِ ، وَوَجَدْتُ فِي مَسَاوِي أَعْمَالِهَا
النُّخَاعَةَ تَكُونُ فِي الْمَسْجِدِ ، لَا تُدْفَنُ
Aku
dipertontonkan dengan amalan-amalan umatku; kebajikan dan keburukan yang
dilakukan oleh mereka. Maka aku dapati diantara amalan baik yang dilakukan oleh
mereka adalah menyingkirkan daripada jalan sesuatu yang boleh menyakiti orang
ramai. Dan aku dapati antara kejahatan yang dilakukan adalah kahak yang dibuang
di dalam masjid dan tidak ditanam. (Sahih Muslim: 902)
Ketujuh:
Perkara/ tuntutan yang tergugur akibat penularan wabak
Tidak
syak lagi bahawa Allah Azza Wa Jalla telah menetapkan bahawa diatara Maqasid
utama bagi Syariah adalah pemeliharaan agama, nyawa dan yang lain serta
menggesa keduanya (pemeliharaan agama dan nyawa) diperbedayakan demi tujuan
tersebut. Secara prinsip, tuntutan memelihara keduanya perlu dilakukan secara
seiring tanpa tidak dipandang sebagai bercanggah. Oleh kerana itu, wajib keatas
kita memelihara kewajipan agama seperti mana kita wajib memelihara tubuh badan
, akal dan yang lain-lain. Namun kadangkala terdapat kesukaran dalam mengimbang
keduanya dan disinilah kita dapat melihat kasih-sayang Allah, rahmatnya buat
para hambanya dan bagaimana Allah mengambil berat terhadap orang-orang yang
dhaif. Maka oleh itu Allah berikan beberapa kelonggaran buat kita dalam bentuk
dibenarkan meninggalkan beberapa bentuk ibadah ataupun dibenarkan buat kita
bagi meninggalkan sesuatu yang asalnya fardhu atau wajib. Berkaitan dengan
perkara ini dapat difahami bagaima Allah memberi rukhsah bagi seseorang
menuturkan ucapan yang kufur ketika dalam situasi dipaksa, seperti firman
Allah:
إِلَّا
مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ
Kecuali
bagi mereka yang dipaksa (menuturkan kalimah kufur) sedangkan hatinya tetap
dengan iman (Surah An-Nahl: ayat 106)
Para
Ulama telah mengambil hukum daripada ayat ini, ayat-ayat yang lain dan daripada
sirah nabawiyyah bahawa ketakutan merupakan salah satu keuzuran yang diterima
dalam syarak bagi meninggalkan sebahagian jenis kefarduan dan kewajipan apabila
lengkap syarat-syaratnya. Diantara yang yang berkaitan dengan perkara ini
adalah:
Keharusan
meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah kerana takut akan penyebaran
wabak dikalangan mereka yang menunaikan solat.
Para
Fuqaha menyatakan bahawa ketakutan seperti ini adalah kezuran yang membenarkan
kita meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dan ia terbahagi kepada tiga
jenis:
i.
Seorang itu takut bahawa sesuatu boleh membinasakan dirinya atau memudharatkan
anggota badannya, menyakitinya atau dengan hadir menunaikan solat tubuhnya akan
dipukul dengan pukulan yang mencederakan, atau dia akan ditawan, diserang
haiwan buas, maka dalam keadaan-keadaan seperti ini harus baginya meninggalkan
masjid yang boleh mengakibatkan mudharat seperti yang disebut.
ii.
Seseorang itu takut bahawa hartanya boleh binasa dengan sebab menghadiri solat
Jumaat atau solat berjemaah. Bahkan para fuqaha’ menyatakan bahawa bahawa harus
meninggalkan solat Jumaat jika seseorang itu risau bahawa haiwan buas akan
memakan haiwan tunggangannya atau seumpanya.
iii.
Seseorang itu takut akan keselamatan isteri dan anak-anaknya (keluarga),
seperti seorang yang mempunyai anak kecil di rumah yang tiada orang lain yang
dapat menjaganya dan dia risau anak itu boleh terdedah kepada situasi bahaya,
atau dia takut bahawa jika dia pergi menunaikan solat maka suadara rapatnya
akan meninggal dunia kerana tiada yang pergi mengubatinya atau tidak sepat
mentalqinkan kalimah Syahadah untuk saudaranya atau seumpama dengannya.
Sungguh
banyak dalil-dalil yang menerangkan bahawa kewajipan solat Jumaat disyaratkan
dengan ia tidak mengakibatkan kemudharatan buat seorang insan berkaitan dengan
dirinya, hartanya mahupun keluarganya. Berkaitan dengan perkara ini Allah
berfirman:
وَمَا
جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Tidaklah
aku jadikan sesuatu kewajipan keatas kamu untuk menyebabkan kamu berada didalam
kesusahan (Surah Al-Haj: ayat 78)
Begitu
juga firman Allah:
يُرِيدُ
اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Bahawa
Allah menginginkan buatmu kemudahan dan tidak menginginkankan kepayahan (Surah
Al-Baqarah: ayat 185 )
Imam
Ibnu Qudamah menyatakan: “Diberi keuzuran buat seseorang yang dalam ketakutan
untuk meninggalkan solat berjemaah dan solat Jumaat sepertimana sabda Baginda
Sallahu Alaihi Wasallam:
من
سمع المنادي فلم يمنعه من اتباعه عذر قالوا وما العذر قال خوف أو مرض
Sesiapa
yang mendengar seruan solat dan tidak mempunyai sebarang keuzuran, para sahabat
bertanya: Apakah keuzuran itu: Baginda menjelaskan: Ketakutan atau kesakitan.
(Sunan Abi Daud)
Ketakutan
itu ada tidak jenis; pertama keatas dirinya kedua keatas hartanya dan ketiga
keatas ahli keluarganya.
Maka
berdasarkan hujah-hujah yang dihuraikan, maka harus untuk kita untuk tidak
menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah ketika wabak penyakit seperti
Korona-19 ini tersebar luas kerana ia boleh dikategorikan sebagai ketakutan
(seperti dihuraikan sebelum ini) namun disyaratkan bahawa ketakutan daripada
wabak seperti ini benar-benar sesuatu yang pasti dan tidak cukup sekadar dibina
atas sangkaan. Kerana kewajipan itu boleh ditinggalkan dengan zhan
(kepercayaan) yang kuat atau permintaan dari pihak berkuasa dan pakar-pakar
berkaitan.
Berkaitan
dengan menutup masjid, saya berpandangan bahawa ia tidak wajar dilakukan
kecuali wabak benar-benar tersebar luas dan telah diwartakan penutupannya
daripada arahan pemerintah. Maka neraca perkara ini bergantung kepada arahan
pemerintah kerajaan dan agensi-agensi kesihatan untuk menutup operasi sekolah
dan universiti maka ketika itu haruslah bagi masjid sesuatu bandar itu ditutup
begitu juga kawasan-kawasan dimana yang mempercayai bahawa wabak ini sedang
menular secara luas dan telah arahan perintah pusat-pusat seperti ini ditutup.
Adapun
kawasan-kawasan yang mana sekolah dan universitinya belum ditutup maka masjid-masjid
juga tidak wajar ditutup
Larangan
Menunaikan Umrah dan Haji Akibat Wabak
Tidak
pernah dicatat di dalam sejarah (berdasar pengetahuan saya), bahawa kefardhuan
haji pernah tidak dilakukan secara kesuluruhan akibat Taun dan wabak sepertinya
namun haji pernah tidak dapat ditunaikan kerana fitnah golongan Qaramithah
selama beberapa tahun kerana mereka telah menghalangnya dikala pemerintahan
mereka yang tertegak dengan dendam dan kebencian sepertimana juga tercatat
dalam sejarah beberapa negara yang penduduknya tidak pergi menunaikan haji
akibat Taun dan wabak yang lain buat beberapa ketika. Ibn Kathir menyatakan di
dalam kitabnya ‘Al-Bidayah Wa An-Nihayah’ bahawa pada sekitar tahun 357 Hijrah,
penyakit Masyiri (satu wabak yang merebak) telah tersebar di Mekah dan
mengakibatkan ramai yang meninggal dunia. Diantara yang mati juga adalah
unta-unta para Hujjaj (mereka yang pergi menunaikan haji) di perjalanan akibat
kehausan. Tidaklah mampu sampai ke Mekah kecuali jumlah yang sedikit bahkan
kebanyakan dari mereka juga meninggal dunia selepas selesai menunaikan haji.
Pada
tahun 2009 ketika tersebarnya virus yang berasal dari khinzir iaitu H1N1,
berlegar beberapa fatwa yang melarang perlaksanaan ibadah haji namun Kerajaan
Arab Saudi telah mengkaji perkara ini dengan mendalam dari sudut fiqh dan juga
perubatan dan didapati bahawa kemudharatan itu adalah sesuatu yang tidak kuat
dan belum dapat dipastikan, oleh sebab itu mereka mengambil keputusan tidak
melarang ibadah haji pada tahun tersebut. Namun mereka telah memperketatkan
pemeriksaan dan kajian ilmiah serta meminta agar mereka yang lanjut usia dan
mempunyai penyakit tidak pergi menunaikan haji pada tahun tersebut.
Maka
pada tahun ini 1441 Hijrah (Februari 2020), telah diwartakan arahan dari
kerajaan Saudi agar ziarah Umrah disekat hinggalah kesuatu tempoh yang belum
dimaklumkan ekoran daripada wabak Korona sebagai satu langkah pencegahan.
Usaha
Melarang Ibadah Haji Akibat Tersebarnya Wabak Kolera dari Perisik-Perisik
Penjajah Perancis
Musim
haji adalah suatu waktu yang dianggap merbahaya pagi para penjajah. Ini kerana
kesemua para hujjaj akan bertemu dengan para Ulama’, pemikir dan penyeru kepada
gerakan Pan Islamisme. Oleh sebab itu, perisik-perisik Perancis berusaha untuk
menghalang orang Islam yang berada di kawasan jajahan mereka untuk menunaikan
haji dengan cara menakut-nakutkan mereka dengan wabak Kolera. Sayyid Muhammad
Rashid Redha ada merakam pendirian Kerajaan Mesir ketika itu dengan berkata:
“Jemaah
Menteri (Majlis An-Nuzzar) ketika itu mengadakan mesyuarat khas bagi
membincangkan cadangan larangan menunaikan haji yang dicadangkan oleh Majlis
Kesihatan sebagai satu langkah yang penting bagi menghalang wabak berpindah
dari kawasan Hijaz ke Mesir. Disebabkan larangan menunaikan haji melibatkan
suatu perintah di dalam rukun Islam, maka Majlis An-Nuzzar tidak mampu membuat
keputusan maka Ketua Majlis An-Nuzzar mengutus agar beberapa Ulama’ besar Mesir
agar turut hadir di dalam mesyuarat tersebut. Maka Sahib As-SaSamahah Qadhi
Mesir, Syeikh Al-Azhar, Mufti Mesir , Syeikh Abdul Rahman Al-Nuwawi Mufti
Al-Haqqaniah, Syeikh Abdul Qadir Al-Rifaie Pengerusi Al-Majlis Al-Ilmi yang
lepas hadir bersama di dalam mesyuarat untuk membincangkan cadangan tersebut
bersama Majlis An-Nuzzar. Setelah bersurai, para Ulama’ berkumpul sesama mereka
untuk membincangkan perkara ini dan mereka sepakat untuk menulis fatwa bersama
untuk diutuskan kepada Majlis An-Nuzzar yang teksnya adalah:
‘Segala
puji bagi Allah tuhan yang Esa… Tidak pernah dinyatakan oleh seorang pun
dikalangan para Imam bahawa antara syarat wajib bagi Haji adalah tiada sebarang
penyakit yang menjangkiti ramai orang di bumi Hijaz. Maka terdapatnya sebarang
wabak di Hijaz tidak menghalang kewajipan menunaikan haji keatas mereka yang
mampu. Adapun larangan memasuki kawasan berwabak, itu sekiranya tiada pada
kewajipan yang lebih kuat seperti menunaikan perkara yang wajib seperti yang
difahami daripada pandangan para Ulama’.
Fatwa
ini ditulis pada 2 Zulqaedah 1316 Hijrah
Allah
lebih mengetahui dan baginya segala bentuk pujian Tuhan sekalian alam’ ”
Namun
menurut saya, pandangan yang lebih kuat adalah jika wabak penyakit telah
tersebar secara pasti atau menurut kepercayaan yang kuat (berdasarkan pandangan
pakar-pakar berkaitan) bahawa para Hujjaj atau sebahagian daripada mereka boleh
dijangkiti wabak penyakit akibat suasana padat musim haji, maka adalah harus
untuk menyekat/ melarang ibadah umrah dan haji dalam tempoh yang sementara demi
tujuan menolak mafsadah/ kemudharatan yang boleh berlaku.
Para
fuqaha’ telah bersepakat bahawa harus meninggalkan ibadah haji jika takut
kemudharatan yang timbul di dalam perjalanan (Khauf Al-Thariq). Bahkan
seseorang dikira masih tidak berkemampuan (Istitha’ah) jika tiada perjalanan
tidak aman. Oleh sebab itu, penyakit berwabak bolehlah dikira sebagai keuzuran
untuk tidak menunaikan ibadah haji dan umrah dengan syarat ia dibina denga
kepercayaan yang kuat (Ghalabah Az-Zhan) bahawa wabak itu berlaku atau ia akan
merebak akibat ibadah umrah dan haji yang dilaksanakan. Ini perlu dinilai dan
diukur dengan kadarnya oleh pakar-pakar dikalangan para doktor perubatan.
Jika
ia berkaitan sekatan menunaikan haji dan umrah ia perlu diwartakan oleh Kerajaan
Arab Saudi dan jika umrah dan haji diizinkan, ia keatas negara yang berwabak
melarang warganegaranya untuk tidak pergi menunaikan haji dan umrah bagi
mengelak penularan wabak penyakit kepada para hujaj dan yang pergi menunaikan
umrah berdasarkan pertimbangan pakar-pakar berkaitan dari setiap negara.
Kelapan:
Memperbanyakkan Berdoa dan Merendahkan Diri (Tadharru’) Kepada Allah Azza Wa
Jalla
Disamping
berubat seperti yang dituntut dari aspek kesihatan, seorang Muslim dikala
penularan wabak penyakit disunatkan untuk memperbanyakkan doa-doa dibawah:
1. قُل لَّن يُصِيبَنَا
إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ
فَلْيَتَوَكَّلِ
2. بِسْمِ
اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي
السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Zikir
ini dibaca sebanyak tiga kali atau lebih, diriwayatkan di dalam hadith bahawa
sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali maka dia tidak akan ditimpa
dengan ujian secara tiba-tiba sehinggalah waktu pagi, dan sesiapa yang
membacanya ketika pagi maka tidak akan ditimpa ujian secara tiba-tiba hinggalah
petang.
3. أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ
اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Di
dalam hadith yang sahih diriwayatkan bahawa jika kamu membacanya maka kamu
tidak dimudharatkan oleh kejahatan para makhluk.
4.
Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali begitu juga Al-Mu’awwizatayn
(Al-Falaq dan Al-Ikhlas) dibaca sebanyak tiga kali ketika waktu pagi dan
petang. Telah thabit dalam hadith yang banyak bahawa sunat bagi kita
mengamalkannya.
5. اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي،
اللَّهُمَّ استُرْ عَوْرَاتي، وآمِنْ رَوْعَاتي، اللَّهمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَينِ
يَدَيَّ، ومِنْ خَلْفي، وَعن يَميني، وعن شِمالي، ومِن فَوْقِي، وأعُوذُ
بِعَظَمَتِكَ أنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحتي
6. لَا
إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Diriwayatkan bahawa
sesiapa yang berdoa dengannya, pasti akan
diperkenankan permintaannya.
7. اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ،
وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
8. اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ
الأَسْقَامِ
9.
Memperbanyakkan bacaan Al-Quran, zikrullah, tasbih dan berselawat keatas
junjungan Baginda Rasulullah serta ahli keluarga dan sahabat Baginda.
Wallahu
A’lam
Ditulis
oleh Al-Faqir Ila Rabbihi
Dr.
Ali Muhyiddin Al-Qarahdaghi
Awal
Rejab 1441
*Diterjemah
oleh Al-Faqir Ahmad Firdaus bin Kadir
Dipetik
dari Akademi Nunji.