Pada hari Jumaat (20/03/2009) yang lepas, saya telah menyertai Tamrin Jabatan Amal Kawasan Tumpat yang telah diadakan di Pantai Kuda berhampiran dengan Kuala Besar. Program yang diadakan selama dua hari satu malam tersebut adalah bertujuan untuk memantapkan lagi Unit Amal Kawasan Tumpat sama ada dari segi organisasi atau gerak kerja.
Walaupun hati saya tidak begitu tenteram bila memikirkan keadaan anak saudara saya yang cedera teruk dan terlantar di rumah, namun oleh kerana tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ini saya terpaksa turut menyertainya dengan hati yang cukup berat.
Ujian kedua keatas saya ialah sewaktu perjalanan balik dari Pantai Kuda ke Pengkalan Kok Majid dengan menaiki bot. Keadaan air surut ketika itu menyebabkan bot yang saya dan teman-teman naiki tersangkut pada beting pasir di tengah-tengah sungai. Jadi saya terpaksa turun dengan beberapa rakan yang lain untuk menolak bot tersebut. Namun ketika itu air yang separas paha menjadi separas dada menyebabkan beg duit serta communicator saya turut berenang bersama.
Maka terpaksalah saya hantar communicator tersebut ke kedai telefon untuk dibaiki. Harap-harap saya masih berpeluang untuk menyelamatkannya dari mati kelemasan.
2 comments:
Salam Abe...
Apa jadi kat anak sedara abe shid tu... yg mana satu...
Communicator tu plak apa nasib nya...
lama dah cerita ni... dah baru terbaca mlalui emel, tu yg tanya..
Dzul Wahyu, dia patah tangan masa bersilat. Kesian juga kat dia....
Alhamdulillah, communicator tu sempat diselamatkan dari mati kelemasan. Tapi habis la juga dalam RM200.
Post a Comment