hasbunallah

hasbunallah

Thursday, March 21, 2013

T.G DATO' DR HARON DIN : ZIKIR MENARI


SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya. Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-Aâllamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya. Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain. Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah). Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Thursday, March 7, 2013

Hakim Marlon Reis : Movement to Combat Electoral Corruption (MCCE)


Semalam 06/03/2013, saya berkesempatan untuk menyertai satu perkongsian mengenai sistem pilihan raya serta mengenai pergerakan Movement to Combat Electoral Corruption (MCCE) bersama Hakim Marlon Reis dari Brazil.
   
Antara perkara yang amat menarik perhatian saya adalah mengenai sistem pilihan raya dan kesedaran rakyat Brazil mengenai hak mereka untuk memilih pemimpin yang bersih dari rasuah. Hakim Marlon Reis ini adalah salah seorang yang bertanggungjawab dalam usaha mengumpulkan 1.3 juta tandatangan rakyat Brazil sebagai usul ke Parlimen bagi meluluskan satu undang-undang yang menyekat calon pilihan raya yang terlibat dalam rasuah daripada bertanding.

Antara sistem yang amat ketara perbezaannya dengan Malaysia ialah:-  

1.      Suruhanjaya Pilihan Raya di Brazil adalah dianggotai oleh para Hakim,
2.      Pengundian di lakukan secara eloktronik,

Sedikit maklumat lanjut:-

Ficha Limpa (English: Clean Slate) or Complementary Law. 135 of 2010 is a law that was Brazilian amended the Law on Conditions of Ineligibility or Complementary Law. 64 of 1990 originated from a popular initiative bill devised by Judge Marlon Reis which gathered about 1.3 million signatures in order to increase the suitability of the candidate.

The law makes a candidate who has been impeached, resigned to avoid impeachment, or is convicted by a decision of a collective body (with more than one judge) ineligible for eight years, even if there is the possibility of appeals.

The project was approved in the Chamber of Deputies on May 5, 2010 and also passed the Federal Senate on May 19, 2010 by unanimous vote. It was sanctioned by the President, becoming the Complementary Law No. 135 of June 4, 2010. This law prohibits politicians convicted in collegial decisions of appeals may apply. In February 2012, the Supreme Federal Court (STF) found the law constitutional and valid for the next elections have been held in Brazil, and this represented a victory for the position advocated by the Superior Electoral Court in the 2010 elections.

Tuesday, March 5, 2013

Isu Lahad Datu: Satu Pandangan Sisi


Saya mengucapkan takziah dan bersimpati kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu, Sabah. Pengorbanan mereka disanjung tinggi sebagai pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan Negara yang kita cinta ini. Siapa pun mereka, kita perlu terima hakikat ini bahawa mereka telah terkorban sewaktu mempertahankan Negara.

Cuma timbul seribu persoalan dalam benak fikiran saya, bagaimanakah standard operating procedure sebenar pihak kerajaan dalam menangani isu pencerobohan sempadan oleh sekumpulan orang yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu?

Berdasarkan sumber-sumber internet, kemasukan kumpulan bersenjata ke Sabah dikesan sejak awal lagi. Namun tiada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak kerajaan. Malah, Menteri yang bertanggungjawab dalam isu keselamatan Negara menafikan sekeras-kerasnya laporan yang tersebar itu. Malah Menteri tersebut memberikan reaksi yang berbeza dan bercanggah dalam setiap keadaan.

Sehinggalah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak keselamatan termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenai beberapa anggota keselamatan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak penceroboh tersebut. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

Sewaktu pengesahan dibuat bahawa terdapatnya pencerobohan oleh kumpulan bersenjata tersebut, pihak PDRM menyatakan bahawa mereka dalam proses rundingan dengan kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh waris kesultanan Sulu iaitu Datu Esmail Kiram. Pesuruhjaya Polis Sabah memaklumkan rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu. Sedangkan status mereka adalah pencerobohan kumpulan bersenjata!

Jika kita soroti peristiwa hitam Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Mereka adalah rakyat warganegara Malaysia dan bukan penceroboh bersenjata!

Jadi, apakah standard operating procedure dalam menghadapi situasi seperti ini? Adakah pihak kerajaan mempunyai ‘operasi terpilih’ dalam melaksanakan tugas keselamatan Negara?

Bukan saya sahaja yang mempertikaikan perkara ini, bahkan sejumlah besar rakyat Negara kita mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang seolah-olah meremehkan isu pencerobohan ini sehingga menyebabkan anggota keselamatan kita terkorban. Perkara ini turut dipersoalkan oleh bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Apa yang jadi lebih pelik ialah apabila pihak kerajaan dan media pencacai sibuk menghebohkan bahawa pencerobohan tersebut ada kaitan dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adakah media kerajaan sudah kehabisan modal untuk mencari ‘kambing hitam’ untuk disembelih bagi menghadapi PRU 13 yang entah bila akan diumumkan oleh PM?

Hebat sangatkah individu yang bernama Anawar Ibrahim itu sehingga dia boleh mengatur semua perkara di Malaysia ini? Be gentleman wahai pencacai semua. Anak perempuan Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram, jurucakap rasmi Sultan Sulu mengesahkan bahawasanya pihak DSAI maupun Pakatan Rakyat tidak pernah ada berhubung maupun bercakap atau berunding dengan pihaknya.

Pihak kerajaan seperti cuba menyorok tangan yang melempar batu. Mereka ingin meletakkan kesalahan dia atas kepala orang lain. Mereka seperti lupa bahawa mereka tidak boleh menipu semua rakyat dan kebenaran itu pasti menjelma.
   

Monday, March 4, 2013

Daurah Thurath Bersama Syeikh Rohimuddin Nawawi Azmathkan al-Bentani

Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan kerja, urusan kehidupan dan parti, saya masih berpeluang untuk mengikuti daurah thurath bersama al-Alim as-Syeikh Rohimuddin Nawawi Azmatkhan al-Husaini al-Bentani yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mac baru-baru ini bertempat di Kuliyah Pondok Darul Naim, Pasir Tumboh.

Daurah ini merupakan kesinambungan daurah yang lepas yang mengupas kitab Fathur Rabbani wal Faidhur Rahmani karangan al-Imam Abdul Ghani an-Nablusi. Sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak pengajur Darul Hasani bahawa daurah ini akan diadakan tiga bulan sekali. Jadi daurah seterusnya dijangkakan pada 1 hingga 3 Jun 2013 nanti. Kitab Fathur Rabbani  tidak sempat dikhatamkan dan masih berbaki dua bab lagi yang akan disambung pada daurah akan datang.

Dikesempatan kali ini, saya telah mendapatkan ijazah sanad Qasidah Burdah Imam Bushiri daripada Tuan Syeikh. Telah lama saya ingin untuk mendapatkan ijazah sanad burdah tersebut kerana saya selalu mendengar dan mengalunkan qasidah-qasidah yang dikarangkna oleh Imam Bushiri.

Semoga Allah merahmati tuan Syeikh dan mengizinkan saya untuk terus berdamping dengan ulama serta menimba hikmah-hikmah yang ada pada mereka.