hasbunallah

hasbunallah

Thursday, May 16, 2013

SPR : Menelan Ludah Sendiri


Dalam banyak-banyak akta dan peraturan di Malaysia, Akta dan Peraturan Pilihan Raya adalah antara yang selalu dan kerap serta banyak kali di pinda dengan alasan untuk memperkasakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan untuk menunjukkan ketelusannya kepada rakyat Malaysia. 
  

Banyak peraturan yang dibuat tetapi SPR sendiri tidak dapat mencapai maksud dan kehendak peraturan tersebut. Bahkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR berkaitan sesuatu isu yang diutarakan menampakkan lagi kepincangan yang tidak boleh diterima.

Ada juga Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang tidak tahu Akta dan Peraturan Pilihan Raya menyebabkan keputusan yang dibuatnya bercanggah dengan peruntukan yang diagungkan oleh SPR sendiri. Contohnya ada KTM yang hanya membenarkan seorang ejen tempat mengundi (ETM) sahaja yang masuk bagi setiap parti. Sedangkan peruntukan Peraturan 15(4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan bahawa:
Tidak lebih daripada seorang ejen tempat mengundi bagi setiap calon boleh dibenarkan masuk pada suatu masa ke mana-mana tempat mengundi semasa pengundian dijalankan.

Malah, pertemuan wakil-wakil parti dengan Bhg. Dato' Haji Noordin Che Ngah [Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) SPR telah menyatakan bahawa ETM adalah mewakili calon bukannya parti. Ini menunjukkan KTM sendiri tidak memahami peraturan SPR dalam mengendalikan proses pengundian.

Manakala kesilapan SPR dalam mendaftarkan nama pengundi pos yang bertindih di Parlimen Pasir Mas menambahkan lagi kesangsian masyarakat terhadap SPR. Walaupun SPR sering mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara-perkara tersebut, namun ‘kesilapan’ tersebut masih terus berlaku. 

Ramai Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang menjadi ketua saluran pengundian tidak memahami peraturan dan undang-undang sehinggakan ada yang enggan menyerahkan Borang 13 dan 14 kepada EMU calon yang bertugas ketika itu. KTM akan mengarahkan satu salinan BORANG 14 (Borang Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) kepada EMU yang hadir. [Subperaturan 25(21)(b)(ii) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981].

Isu yang paling ketara sekali adalah penggunaan dakwat kekal oleh SPR. Dalam beberapa pertemuan dengan SPR, saya diberitahu dakwat tersebut akan kekal paling kurang 3 hari selepas ia dicalt pada jari. Namun begitu, pengalaman saya sendiri dan orang lain menunjukkan bahawa dakwat tersebut tidak tahan atau tidak kekal. Jika dibasuh ia boleh tanggal dengan mudah. Malah jika dibandingkan dengan dakwat printer biasa, dakwat printer lebih kekal dan susah untuk tanggal walaupun dibasuh.

Apabila kenyataan demi kenyataan serta laporan polis dibuat berkaitan perkara tersebut, pihak SPR tampil menafikan. Bagaimana saya ingin menaruh kepercayaan pada SPR bila bukti yang jelas berlaku depan mata dan bersalahan dengan kenyataan SPR sendiri. 

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sid.

Utk lbh jelas tentang proses pengubdian ni ado bbrapo perkara kawe nok tanyo demo sbb demo lbh arif tntng peraturan dan proses pada hari mengundi.

Saing kawe 2 ore cikgu yg menjadi ktm/ketua tempat mengundi kata meme ado sstgh ktm yg x fhm prosedur tetapi tu hanya berlaku apabila dia jenis yg ganti org last minit sbb ktm asal tarik diri atas sbb individu.

Cuma kata saing kawe selaku ktm kata adalh hampir mustahil untuk berlaku penipuan semasa proses mengundi dan kira undi sbb setiap wakil calon atau parti itu diberikan buku daftar senarai pengundi bagi setiap saluran utk diperiksa oleh agen.

Jadi agen itu sama ada dr bn atau pr boleh semak kalau ada nama yg meragukan atau nama org yg dah meninggal.

Semasa proses mengundi pula setipa pengundi yg dtg akan diperiksa ic nya dan dibaca namanya kuat2 supaya dua2 agen tadi boleh menyemak nama mereka yg telah mengundi dan memotong namanya.

Ketika proses kira undi juga dilakukan ditempat mengundi didepan kedua2 agen yg akan meneliti setiap kertas undi.

Setelah selesai kiraan, agen hanya blh minta kiraan semula undi jika majoriti itu kurang dr 4/5% (kalau x silap ambo la).

Selepas kiraan undi keputusan dicatatkan oleh ktm dan agen tadi mendapat salinan borang 14.

Borang inilah yg valid utk keputusan undi d saluran tersebut.

Semua kertas undi selepas proses kiraan tidak lagi penting kerana kiraan sudoh d buat.

Jadi x timbul masalah penipuan penambahan kertas undi dari luar yg palsu.

Ktm juga akan bawa kertas tu ke pusat penjumlahan undi tp setiap agen mesti ade salinannya.

Biasanya calon yg bertanding akn tahu lbh awal sama ada dia mng atau tdk sbb agennya tadi akn bgtau dia awal2. Kecuali jika ada kiraan semula yg akn berlanjutan hingga pkl 10_11.

Masalah dakwat tu mmg x cukup kekal sifat dia jika terus d basuh selepas sahaja blk mengundi. Tapi jika d biarkan hingga kering dakwat itu akn kekal juga sekurang2 nya d kuku.

Jika basuhpon dan nak pergi mengundi semula ponx dpt sbb namanya dah d potong d saluran tempat mengundi tadi.

Dr
Nazir saing uia dulu.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Sahabat Nazir:

1. Mmg kedua2 ejen parti ada ketika proses pengundian, tetapi byk laporan polis yg telah dibuat kerana org lain telah mengnudi sdgkan dia masih blm mengundi dan dakwat masih belum di calit.

2. Mmg nama pengundi dibaca kuat oleh kerana no 1 supaya ejen blh dgr dan buat tandaan. Tapi persoalannya, dimanakah nama dan no ic itu dibaca? Bacaan dibuat pada senarai nama daftar pemilih atau ic? Kalau bacaan dibuat pada daftar pemilih, maka mmg tiada perbezaan daftar pemilih tersebut dgn daftar pemilih yang ada pada setiap ejen. Sepatutnya nama dan no i/c pengundi di baca pada i/c nya untuk memastikan adakah nama dan no ic tersebut sama dgn apa yg ada pada daftar pemilih dan boleh disahkan oleh ejen.

3. Mmg mengikut peraturan, KTM perlu isi borang 14 dan serahkan kepada ejen parti. Tp berapa ramai KTM mengundi tidak berbuat demikian? Dalam parlimen tumpat sahaja berpuluh2 saluran KTM enggan memberikan salinan Borang 14 kpd ejen parti. Abis tu siapakah yang salah?

4. Isu dakwat adalah kos yg digunakan SPR utk membeli dakwat yg kononnya kekal. Malah penafian yg dibuat oleh SPR seolah2 bahawa dakweat tersebut tidak kekal hanyalah dakwaan semata2. Saya sendiri yg hadir dgn piahk SPR yg memberi jaminan dakwat tersebut kekal sekurang2nya 3 hari!!

5. Apabila tidak kekal, maka ia blh hilang. Penipuan pengundi bukan berlaku di saluran dan tempat mengundi yg sama. Tp pengundi tersebut blh pergi mengnudi di pusat mengundi dan saluran yg berbeza di mana namanya turut tersenarai dlm daftar pemulih di kawasan tersebut. Tentu blh kan? sbb namanya measih blm dipotong dan dakwat pada jarinya telah hilang.

Anonymous said...

Trimo kasih atas jawape sid.

Betul, memang ada ktm yg tdk beri borang 14 kepada agen. Ini berlaku sbb kecuaian ktm itu sendiri.

Ktm bukan lah kakitangan spr. Mereka ini hanya dibayar elaun dan di pilih dari mereka yg memohon/berminat.

Rata2nya ktm ni dr golongan guru atau kerani sekoloh dll.

Sepupu kawe sdiri ade yg menjadi ktm dan dio juga adalah penyokong pas. Kak ipar kawe jadi krani..juga penyokong pas. Spupu kawe d labok jd krani juga penyokong pas. Cuma 2 org ktm saing cikgu kawe d rawang ni pro bn.

Jelas mereka ni bila d tanyo majoriti ktm sepatutnya mahir dan faham prosedur hari mengundi.

Mereko ni sdh d beri kursus oleh spr dr thn lps dan sepatotnya tdk berlaku ketidok fahaman. Kecuali ktm yg ponteng kursus atau berganti pada last minute dan penggantinya tdk faham prosedur.

Tetapi kerani sepatotnya blh menolong dia. Borang 14 mesti diberikan pada agen calon/parti.

Itu hak agen.jika tak beri maka kesilapan berlaku dlm sop.

Tetapi agen masih boleh memeriksa betul atau tidak jumlah undi dgn kehadiran pengundi mengikut buku daftar undi yg d berikan pada agen.

Samada ktm baca nama atau no ic tu skali lagi bergantung pada ktm tadi. Kalu d tmpt kawe ngundi ktm baca nama dan no ic berserta dgn mukasuratnya skali dgn kuat dan agen akn cek.

Apepon kesilapan mereka yg x dpt mengundi sbb ado ore lain undi tu x patot berlaku..atau mungkin nama demo ni sdh d potong dr saluran tu dan berpindah ketempat lain..tp biasanye jika berpindah alamat dan tukar tmpt mengundi d pejabat pos.

Kawe baca blog pr rasanya ada 8 org yg menghadapi kes sebegitu dan telah buat polis report dan jumlahnya adalh kecil.

Tentang dakwat tu meme tidok kekal 7 hari jika d basuh terus lps blk ngundi..tp jika d biar kering dia blh kekal.

Harap spr tukar dakwat yg lbh kuat.
Tentang mengundi dua kali ambo tok tahula. Tp d saluran yg kwn2 ambo jago tu rasonyo x dok berlaku.
tmpt lain x tahu la. Bangla pon demo ni kato x dok hok masuk ngundi.

Cuma kesiannya kat ktm dan krani. Demo ni buke staf spr. Demo ni ore awam jugo. Cumo d lantik.ado penyokong pr ado penyokong bn. Tapi d cemuh..d maki..d tuduh mcm2 hanya krana dia hr tu berkerja d pusat mengundi.

Tapi kelemahan dan sop tu harap ktm d beri lbh keutamaan supaya lbh faham.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

1. Bagi kawe, kesalahan dan kelemahan SOP adalah dibebankan atas SPR dan bukannya KTM atau kerani. Mcm demo kata lah, mrk ini hanyalah yang diambil dan dibayar elaun sahaja. Nama persepsi masyarakat terhadap mereka agak sukar untuk di hapuskan kerana mrk tetap mempunyai kaitan dgn SPR w/pun tidak secara langsung. Itu diluar kawalan sesiapa sahaja kerana persepsi ini terlalu sukar untuk dibendung.

2. W/pum ejen masih boleh memeriksa jumlah pengundi bedasarkan buku daftar pemilih yg diberi untuk compare dgn kertas undi, tp final say yg boleh dijadikan concrete evidence adalah Borang 14 itu sendiri. Jika ejen membuat pembetulan sekali pun tetapi tidak dibuat pada Borang 14 tersebut, maka apa sahaja keterangan tidak mampu untuk melawan Borang 14 tersebut.

3. Kawe yg terlibat secara langsung dgn undang2 p/raya di Kelantan ni meletakkan beban sepenuhnya kepada SPR untuk memperbaiki kelemahan yg ada. Bukan sekadar menafikan sahaja kewujudan dakwaan tersebut malah disertakan bukti-bukti yg jelas. Supaya SPR dilihat lebih telus dan adil.

Anonymous said...

ASSALMUALAIKUM....
SAYA TERTARIK DENGAN TAJUK 'SPR MENELAN LUDAH SENDIRI" DISINI SAYA INGIN MENGULASKAN SEDIKIT SAJA TENTANG DAKWAT YANG DI CALIT DI KUKU PENGUNDI YANG BOLEH DITANGAL SELEPAS TIGA HARI DARI TARIKH MENGUNDI..APA YANG SAYA PERHATIKAN DI SINI MUNGKIN ADA STABOTAJ OLEH PEGAWAI SPR YANG MENJAGA PUSAT UNDI DI DAERAH..DAERAH YANG MENJALANKAN PILIHANRAYA ...INI YANG SEBENARNYA YANG TERJADI..
DARI PENGERAN CIKPUAN MUDA SHAMSIAH..