Segala puja dan puji dipersembahkan kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta, buat ahli keluarga Baginda
serta sahabat Baginda yang mulia.
Ribuan syukur saya ucapkan setelah membaca kenyataan yang dibuat oleh
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari
ini yang memberikan laluan kepada PAS untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya
Kecil N.01 Pengkalan Kubor walaupun kerusi tersebut ditandingan oleh calon PKR
sebelum ini.
Saya percaya bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keadaan
setempat serta kehendak pengundi di Dun Pengkalan Kubor tersebut dan kekuatan
jentera parti. Ia juga dibuat berdasarkan semangat muafakat Pakatan Rakyat
untuk merampas kembali Dun Pengkalan Kubor dari tangan UMNO.
Pengalaman dalam dua Pilihan Raya UMUM yang lalu, PKR bertanding bagi
kerusi Dun Pengkalan Kubur manakala PAS bertanding bagi kerusi Parlimen Tumpat.
PKR kalah di kerusi Dun Pengkalan Kubor tetapi calon Parlimen mendapat undi
yang tinggi di Dun Pengkalan Kubor mengalahkan calon UMNO.
Bagi saya, peluang untuk menawan kembali Dun Pengkalan Kubor perlu
dijadikan matlamat utama dalam menentukan siapakah yang perlu meletakkan calon
bagi bagi kerusi Dun Pengkalan Kubor dalam PRK ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada majlis rundingan kedua-dua parti yang telah
mencapai persetujuan mengenai calon bagi PRK ini dengan satu matlamat iaitu
menumbangkan UMNO/BN di Kelantan.
Kepada semua jentera parti terutamanya jentera pemuda, kita perlu
mengembeleng tenaga semaksima mungkin bagi memastikan Dun Pengkalan Kubor dapat
kita tawan kembali. Akhirnya jangan kita lupa pergantungan kita kepada Allah
Yang Maha Berkuasa afar menolong usaha dalam perjuangan kita.
Bertarikh 09 September 2014
Mohd. Abd. Rashid
Bin Yah,
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat.
No comments:
Post a Comment