hasbunallah

hasbunallah

Sunday, March 8, 2020

AKU, AYAH DAN GURU


Saya perhatikan, sikap ibu bapa sekarang tidak sama dengan sikap ibu bapa zaman dahulu berkaitan penghormatan mereka terhadap para guru yang mengajar anak-anak mereka. Ibu bapa zaman sekarang seolah-olah terlalu sensitive dan protektif terhadap anak-anak mereka sehinggakan tindakan guru yang menghukum anak mereka dengan apa sahaja hukuman dilihat sebagai satu kesalahan besar.

Tulisan ini bukanlah satu-satunya contoh terbaik untuk saya kongsikan dengan para pembaca, tetapi ia merupakan satu kisah yang saya banggakan sampai hari ini kerana sikap arwah ayah saya dan juga tindakan guru yang telah mendidik saya menjadikan saya seorang ‘manusia’.

Sewaktu hari pertama saya masuk darjah satu, ayah saya telah membawa saya masuk kelas berjumpa sendiri dengan guru kelas saya.

“Cikgu, ini saya serahkan anak saya untuk cikgu didik dan ajar. Kalau cikgu nak pukul atau rotan saya benarkan dengan syarat jangan sampai buta atau patah.” Beritahu ayah pada guru kelas saya. Terkebil-kebil mata saya melihat guru kelas saya ketika itu kerana tidak menyangka ayah akan berkata begitu pada cikgu.

Kemudian ayah berpaling kepada saya sambil berkata:
“Ayah tak nak nanti kamu balik mengadu pada ayah bahawa cikgu pukul atau rotan kamu. Sebab ayah tahu cikgu tak akan pukul atau rotan kamu melainkan kamu tu nakal atau jahat.” Terkejut saya dengan amaran ayah tersebut. Ayah kemudian meninggalkan saya terkulat-kulat depan guru kelas pada masa tu. Seram sejuk rasanya hampir membuatkan saya hendak terkencing dalam seluar.

Tidak sedikit saya kena rotan dan didenda oleh guru akibat kenakalan dan kesalahan yang saya buat. Namun satu pun saya tidak pernah balik mengadu pada ayah kerana saya tahu akibat yang bakal menanti saya juga saya balik mengadu nanti.

Alhamdulillah, berkat ketegasan arwah ayah dan didikan yang guru berikan, saya terdidik sebagai ‘manusia’ bukan jadi ‘lembu’. (Memetik kata arwah ayah).

Jadi para ibu bapa perlu menilai dan memikirkan tindakan mereka yang terlalu sensitive dengan tindakan guru menghukum anak mereka, kerana ia akan memberi kesan kepada didikan anak mereka kemudian hari.

Satu pesanan hikmah dari murabbi saya, yang saya ingat sampai sekarang:

WALAU SIAPA PUN KAMU DAN TINGGINYA TAHAP PENDIDIKAN KAMU, NAMUN APABILA KAMU BERADA DIHADAPAN SEORANG GURU, MAKA KAMU TETAPLAH SEORANG MURID…

Fikirkanlah…

Tuesday, January 7, 2020

Al Muhaddis Syeikh Mustafa Al Nadwi

Keturunan dan keluarga
Nama beliau adalah Dr. Abdul Karim as-Sayyid al-Badawi Ahmad Sulaiman, namun beliau lebih dikenali dikalangan umum dan para murid dengan nama Dr. Mustafa Abu Sulayman an-Nadwi. Beliau dilahirkan di kampung Sanbakht, Aga, Mansurah Mesir pada 27 Ramadan 1374 Hijrah bersamaan 19 Mei 1955. Bapa beliau Syeikh Said Badawi Ahmad Sulaiman merupakan salah seorang daripada ulama qiraat dan ilmu-ilmu yang lain di kampungnya. Syeikh Said Badawi juga merupakan syeikh tarikat al-Qahwajiah al-Syazuliah. Nasab keturunan beliau bersambung dengan Nabi Muhammad s.a.w melalui cucu baginda Saidina Husin.Syeikh Mustafa dilahirkan dalam keluarga yang sibuk dengan Al-Quran, ilmu, ibadah dan zikir. Meraikan para Qurra’ dan penuntut-penuntut ilmu dan menjadi khadam kepada setiap orang yang hadir ke rumah mereka.
Syeikh Mustafa mempunyai 4 orang adik beradik lelaki dan beliau merupakan anak bongsu. Abang sulung beliau Syeikh Abdul Malik telah mewarisi ayahnya berkhidmat untuk Al-Quran dan tarikat sofi mengikut manhaj Al-Quran dan al-sunnah sehingga beliau wafat pada bulan Oktober 1992. Abang beliau yang kedua Muhammad merupakan seorang jurutera. Beliau telah menyertai askar Mesir dan wafat dalam peperangan Tahrir pada Oktober  1973. Abang beliau yang ketiga Ahmad Mubarak juga merupakan khadam Al-quran dan ilmu suluk. Beliau bertugas sebagai pegawai di Institut Kebajikan Mansurah.

Pendidikan
Syeikh Mustafa telah mengahafal Al-Quran dan matan-matan ilmu sejak kecil lagi di bawah bimbingan bapa dan abang sulungnya. Antara matan-matan yang dihafal oleh beliau: Matan Jazariah dan tuhfatul Atfal (Ilmu Tajwid),  matan Ajurumiah, Alfiah Ibnu Malik dan Lamiatul Afa’l (Ilmu Nahu dan Sarf), Matan Jauharah (Ilmu Tauhid) matan Abi Syuja’ (Feqah) dan beberapa matan Qiraat.
Ketika remaja Syeikh Mustafa telah memasuki sekolah sains dan mempelajari pelbagai ilmu sains tulen seperti kimia, fizik dan lain-lain. Kemudian beliau telah melanjutkan pengajiannya di kuliah perubatan Universiti Al-Asriah dan telah mendapat keputusan cemerlang. Di samping itu beliau telah mendalami  kitab-kitab feqh syafie, tasawuf dan ilmu-ilmu lain di bawah bimbingan ayah dan abang sulungnya.

Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama’
Kecintaan beliau terhadap agama telah menyebabkan beliau tidak memilih kerjaya seorang doktor, sebaliknya terus mendalami ilmu agama sehinggalah Allah memberikan beliau peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama’. Di sini beliau telah memasuki kuliah Bahasa Arab dan memperolehi keputusan cemerlang.
Kemudian, beliau telah mengambil jurusan Usuludin dan Dakwah dan mendapat keputusan yang cemerlang.  Setelah itu beliau telah mempelajari dan menguasai seluruh ilmu di Ma’had A’li Li Dakwah wal Fikri sehingga menjadi anak murid kebanggaan Syeikh Abu Hasan Ali Al-Nadawi. Beliau telah dicalonkan oleh Syeikh Al-Nadawi untuk  mengambil PHD di Darul Nadwah dan diberikan gelaran “Seorang yang mempunyai kealiman yang sempurna dalam Ilmu hadis”

Beliau telah diberikan ijazah dan sanad dalam pelbagai bidang ilmu oleh ulama-ulama besar Hindi, Pakistan dan Bangladesh seperti Maulana Al-kandahlawi, A’llamah Habibul Rahman Al-A’zomi, Syeikh Sodiq Ahmad Al-Nadawi dan lain-lain. Setelah itu Syeikh Al-Nadawi telah memberikan pengiktirafan kepada beliau dengan memakaikan serban kepunyaannya dan memberikan ijazah ilmu suluk dan tarbiah kepada beliau.


Beliau juga telah diberikan ijazah dan sanad dari ulama-ulama besar Al-Azhar, Ulama-ulama’ Maghribi, Syam, Hijaz, Indonesia, Malaysia dan lain-lain.


Sunday, March 24, 2019

Keganasan Bukan Milik Mana-Mana Agama


Keganasan merupakan satu perbuatan yang dikutuk oleh semua agama. Keganasan juga bukan milik mana-mana agama. Bahkan amat salah jika kita menetapkan bahawa keganasan itu ajaran daripada mana-mana agama.  Sebagai contoh, Islamophobia yang menjadi anutan masyarakat barat terhadap Islam dengan meyakini bahawa Islam itu agama pengganas. Setiap keganasan yang berlaku mereka kaitkan dengan Islam. Sehinggakan kejadian 09/11 juga dikaitkan dengan Islam walaupun terdapat kajian yang mempertikaikan tuduhan tersebut.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa kitab al-Quran yang menjadi pegangan utama umat Islam mencatatkan firman Allah yang melarang umatnya daripada melampau.

قُلۡ يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِي دِينِكُمۡ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٍ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ كَثِيْرًا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ 
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul" (al-Maidah: 77)

Sekiranya Allah swt sendiri yang melarang umat Islam daripada melampau, mana mungkin ‘melampau’ itu menjadi sebahagian daripada ajaran agama? Setiap larangan, maka isyaratnya jelas bahawa ia bukanlah daripada ajaran Islam.

Antara sebab-sebab yang boleh berlakunya keganasan adalah kerana terdapatnya sifat fanatik, taksub dan melampau dalam fikiran seseorang menyebabkan segala tindakan mereka dipengaruhi oleh sifat-sifat tersebut. Sifat fanatik, taksub dan melampau berkaitan bangsa dan agama adalah antara yang amat merbahaya yang boleh menjuruskan kepada keganasan.

Sebelum ini masyarakat barat terutamanya mengaitkan tragedi 09/11 dengan Islam menyebabkan Islam terus dilabelkan sebagai agama keganasan. Namun begitu, mereka seolah-olah lupa atau cuba untuk menutup mata dengan tindakan-tindakan kejam zionis Yahudi terhadap penduduk Islam Palestin sejak bertahun-tahun lamanya mereka ditindas serta dibunuh.

Kitab Talmud (iaitu kitab yang mengandungi syariat dan ajaran-ajaran Yahudi) telah menyebut, bahawa seorang Yahudi di sisi Allah dianggap lebih baik dan lebih dikasihi daripada Malaikat, dan seorang Yahudi itu adalah sebahagian daripada Allah, kerana itu apabila seorang bukan Yahudi memukul Yahudi maka seolah-olah dia memukul keagongan Ilahi. Perbezaan antara martabat manusia dan haiwan adalah seperti perbezaan antara Yahudi dan bukan Yahudi, hinggakan harus bagi Yahudi memberi makan anjing pada hari·hari perayaan, sedangkan memberi makan kepada manusia bukan Yahudi adalah diharamkan.

Dalam tragedi terbaru yang berlaku ialah serangan ganas tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang dilakukan pendokong "white supremacy” yang bernama Brenton Tarrant. Berdasarkan tulisan-tulisan yang ada, dia adalah penganut Kristian mendokong fahaman ‘ketuanan kulit putih’ menyebabkan dia membenci bangsa dan agama lain. Daripada tulisan-tulisan yang terdapat pada senapang yang digunakan oleh Brenton, jelas menunjukkan bahawa dia adalah golongan fanatik, taksub dan melampau yang telah membunuh 49 orang ketika mereka bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.

Jadi, daripada 2 contoh di atas maka jelas menunjukkan bahawa taksub, fanatik dan melampau yang boleh menyebabkan keganasan adalah bukan milik Islam dan mana-mana agama. Malah golongan ini ada dalam mana-mana agama namun mereka berfahaman menyimpang daripada ajaran agama mereka.

Fahaman yang salah berkaitan bangsa dan agama akan menyebabkan berlakunya keganasan. Tidak ada salahnya untuk mencintai dan menyanjungi bangsa dan agama, namun apabila salah fahaman dalam perkara tersebut boleh membawa kepada fahaman bahawa bangsa lain adalah lebih rendah martabatnya dan agama lain wajib diperangi. Maka disitulah akan tercetusnya keganasan. Rasulullah SAW telah bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَلَا إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى. (رواه أحمد)
Wahai mannusia, ketahuilah bahawasanya Tuhan kamu adalah satu, dan bapa
kamu juga satu (yakni Adam a.s.). Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas bukan Arab, dan tidak juga kelebihan bukan Arab ke atas orang Arab, dan tidak ada kelebihan bagi yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam dan tidak Juga yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah kecuali dengan bertaqwa. (Ahmad bin Hanbal)

Maka berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, Islam melarang umatnya daripada fanatik, taksub dan melampau kerana ia akan menjadi punca kepada keganasan. Adalah amat salah apabila ada pihak yang mengaitkan Islam dengan keganasan kerana keganasan bukanlah ajaran Islam. Firman Allah SWT:

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ 
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (an-Nahl: 125)

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam ini adalah agama kedamaian yang mengajak penganut agama lain dengan cara hikmah dan bijaksana. Semoga ia menjadi mengajaran dan iktibar kepada kita dengan tragedi yang berlaku di Christchurch tersebut.





Monday, March 11, 2019

Biarkan Serunai Ini Iringi Tari Kalian


Julung-julung kalinya Usrah Jamadil Kubra mengadakan Hari Gelanggang Keluarga pada 14 Februari 2019 yang lalu bertempat di rumah Cikgu Zaini. Urusan pengaturan acara majlis diserahkan kepada anak-anak (Bentara).

Satu ketetapan telah dibuat bahawa semua orang kena bersilat tanpa sebarang alasan. Tidak kira kecil atau besar, muda atau tua. Maka kalutlah para ahli keluarga untuk berlatih bagi mengingat kembali langkah tari yang sudah lama berkarat di tinggalkan.

Majlis yang memberikan ruang dan peluang yang luas serta besar kepada ahli keluarga untuk bersilat semahu mereka. Melepaskan segala yang terbuku di hati, merungkai segala simpulan simpulan mati dan membebaskan segala yang terkurung dalam sangkar hati.

Majlis dimulakan dengan solat hajat pada sebelah malam dan pada sebelah paginya upacara membuka gelanggang dimulakan dengan sembah tari oleh para Paduka kelurga dan kemudiannya diikuti oleh para anak-anak Bentara.
Walaupun masing-masing mempunyai perguruan silat yang berlainan langkah serta perbezaan sembahnya, namun kami tetap boleh menari dalam satu gelanggang keluarga yang sama tanpa sumbang. 

Program ini cukup memberikan kepuasan kepada saya kerana ia dapat mengumpulkan ahli Usrah Jamadil Kubra serta dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan.




Thursday, May 3, 2018

KEMENGARUTAN HUJAH WAJHU SYABBAH DALAM SIMILE BAHTERA NABI ALLAH NUH


Sebuah tulisan yang agak menarik dalam membahas perbandingan kisah anak Nabi Nuh as.

1. Saya berasa agak tersinggung apabila ada yang berhujah bahawa “wajhu syabbah” (perspektif perbandingan serupa atau simile) yang cuba diwujudkan dalam cerita Nabi Allah Nuh ‘alaihissalam dan anaknya yang kecoh baru-baru ini hanya semata-mata untuk mengungkapkan “ketidakbersamaan anak Nabi Nuh dengan Nabi Nuh” sahaja. Maka, disamakan dengan anak pimpinan PAS yang sudah tidak bersama dengan PAS dengan bekas pimpinan PAS yang tetap PAS sehingga akhir hayat.

2. Kemudian, dengan hujah “wajhu syabbah” ini mereka berlepas diri bahawa perumpamaan simile berkenaan tidak mengungkapkan bahawa anak pimpinan PAS itu dikatakan kafir sebagaimana anak Nabi Nuh.

3. Ini suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab seolah-olah aplikasi tasybih atau penggunaan simile ini terpisah daripada makna semantik apatah lagi ia membawa kepada lapikan makna yang amat berbahaya yang boleh menjurus kepada takfir (mengkafirkan Muslim lain) mahupun tanfiq (memunafikkan Muslim lain) secara halus.

4. Hakikatnya, paling tidak ada tiga sebab mengapa hujah simile (tasybih) ini wajar ditolak, atau paling tidak, tidak boleh lagi digunakan di masa mendatang terutama dalam kalangan politikus yang dikatakan membawa agenda Islam.

5. Pertama, kalau kita melakukan simile (tasybih) dalam mana-mana “figure of speech” (seni gaya bahasa), ia bertujuan untuk memberitahu tentang makna sesuatu dengan tersirat. Jika tidak, keperluan simile (tasybih) tidak diperlukan kerana apa perlu lagi perumpamaan simile (tasybih) jika sesuatu makna itu sudah tersurat.

6. Darihal itu, pengguna simile (tasybih) harus memahami kefahaman khalayak tentang kebiasaan makna tersirat yang dikaitkan dengan sesuatu.

7. Sebagai contoh, Ali kaki bangku. Kaki bangku tidak merujuk kepada literal kaki bangku tetapi kepada keadaan kaki bangku yang tidak boleh bergerak sendiri melainkan digerakkan sesuatu. Dengan itu, kaki bangku dikaitkan dengan orang yang tidak pandai bermain bola lantaran keadaan kakinya yang tidak boleh digerakkan sendiri untuk bermain bola.

8. Jika kita mengambil maksud kaki bangku sebagai kaki bangku sahaja tanpa mengaitkan keadaan kaki bangku itu bagaimana, kita tidak melakukan simile (tasybih), tetapi kita mengungkapkan secara terus sahaja. Jadi, keperluan simile (tasybih) itu gugur.

9. Maka, apabila disimilekan “ketidakbersamaan anak Nabi Nuh dengan Nabi Nuh ke dalam bahtera”, kita tidak boleh berhenti pada zahir ketidakbersamaan sahaja kerana hal itu tidak logik berhenti di situ untuk dibandingkan.

10. Jika hanya ingin membandingkan ketidakbersamaan sahaja, mengapa tidak menggunakan contoh yang lebih ringan seperti Imam Shafie yang tidak semazhab dengan gurunya Imam Malik dan seumpama?

11. Saya tidak boleh membayangkan kenyataan sebegini nanti keluar dari Pejabat Perdana Menteri Kerajaan Tenokrat untuk menguruskan perbezaan yang wujud dalam kalangan lebih 30 juta rakyat Malaysia jika bahasa yang dikeluarkan tidak jelas, malah yang kabur pula didolakdalihkan oleh peminat-peminat keliling.

12. Jadi, ketidakbersamaan anak Nabi Nuh dengan Nabi Nuh ke dalam bahtera perlu dilihat dari sudut mengapa mereka tidak bersama. Ini adalah kerana anak Nabi Nuh tetap mahu dalam kekufuran dan tidak mahu bersama beriman dengan Nabi Nuh. Hal ini sama dengan anak-anak Nabi Lut yang tidak mahu bersama Nabi Lut, ayah Nabi Ibrahim tidak mahu bersama Nabi Ibrahim dan sebagainya.

13. Asasnya, ketidakbersamaan itu tidak berhenti pada ketidakbersamaan sahaja, tetapi ia disertakan dengan makna tauhid – kufur yang tidak memilih iman. Malah, inilah inti pengajaran yang kita petik sejak dari kecil lagi ketika melazimi kisah-kisah anbiya’ yang sudah sedia maklum oleh semua orang Islam yang terdidik.

14. Jadi, hujah wajhu syabbah yang berhenti pada “ketidakbersamaan anak Nabi Nuh dengan Nabi Nuh ke dalam bahtera” tanpa huraian sebab ketidakbersamaan dari sudut fungsi simile (tasybih) adalah tidak logik.

15. Tambahan pula, fungsi tasybih (simile) ini ada enam :

1. Untuk menerangkan situasi Musyabbah - بيانُ حالِ المشبَّهِ
2. Untuk menerangkan kadar Musyabbah - بيانُ مقدارِ حالِ المشبَّهِ
3. Untuk mengukuhkan hal Musyabbah - تقريرُ حالهِ
4. Untuk menerangkan kebarangkalian Musyabbah - بيانُ إمكانِ المشبَّهِ
5. Untuk menghias Musyabbah - مدحهُ وتحسينُ حالهِ
6. Untuk memburuk-burukkan Musyabbah - تشويهُ المشبَّهِ وتقبيحُه

Tujuan kelima mesti terbatal. Kalau pun yang tinggal juga (No 1,2,3,4&6) tidak menafikan bahawa kita perlu balik kepada asbab tasybih (simile) kisah berkenaan yakni pertembungan kufur-iman.

16. Kedua, jika diteliti kisah Nabi Nuh berkenaan, anak Nabi Nuh menolak perjuangan Nabi Nuh. Soal sekarang, adakah Ustaz Nik Omar menolak perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA)? Adakah Ustaz Mujahid Rawa menolak perjuangan Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa? Adakah Faiz Fadzil menolak perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor?

17. Jika Ustaz Nik Omar menolak perjuangan Almarhum TGNA, mengapa Ustaz Nik Omar boleh memberikan kenyataan, “Secara peribadi pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Harapan mirip kepada perjuangan yang dibawa oleh Almarhum TGNA.”

18. Jika Nik Omar menolak perjuangan Almarhum TGNA, sudah pasti kenyataan sebegini tidak perlu. Bahkan yang lebih afdal ditanyakan, apakah yang membuatkan Nik Omar merasakan PAS kini tidak lagi mirip kepada perjuangan yang dibawa oleh Almarhum TGNA?

19. Ketiga, jika diteliti kisah Nabi Nuh berkenaan, anak Nabi Nuh menolak perjuangan ayahandanya, Nabi Nuh ketika ayahandanya masih hidup. Jika kita perhatikan hal ini tidak berlaku bagi Ustaz Nik Omar, Ustaz Mujahid juga Faiz Fadzil.

20. Malah, kematian para pimpinan PAS yang mulia ini ‘rahimahumullahutaala wa ardohum’ ini bukan menjadi sebab mereka tidak bersama dengan PAS. Ada hal lain yang berlaku jauh daripada masa ayahanda-ayahanda mereka meninggal dunia yang menyebabkan mereka mengambil keputusan tidak bersama PAS lagi. Ini kalian tahulah masing-masing.

21. Darihal itu, saya merasakan secara peribadi dari segi ilmu alat sastera secara konvensional mahupun ilmu tasybih dalam bidang balaghah, simile kisah anak Nabi Nuh dengan Nabi Nuh itu daripada awal hanya mengusutkan keadaan, boleh membawa potensi kepada budaya takfir dan tanfiq secara halus walau apa pun hujah bahasa yang cuba dipertahankan, namun ia tidak logik secara verbal mahupun semantik.

22. Sebagai mutakallim (pengucap mahupun penulis) kita harus ingat, manusia apabila bercakap ia bukan sahaja difahami secara verbal malah juga semantik, bukan sahaja secara tersurat juga mampu difahami secara tersirat, lantas apabila sesuatu kisah para nabi difahami secara tauhidik, tidak sepatutnya kita membawakan kisah ini bagi membandingkan perbezaan wadah perjuangan sesama muslim.

23. Sebagai mutakallim, kita bukan sahaja tertakluk pada ilmu lughah, bahkan ilmu dakwah yang tidak perlu saya yang jahil ini mensyarah-syarah kepada kalian yang sudah arif dan masak.

24. Malah, saya berasakan mereka yang cuba membela tulisan simile kisah Nabi Nuh berkenaan sedar bahawa simile (tasybih) berkenaan boleh membawa kepada takfir mahupun tanfiq, kerana itulah wujud penghujahan membela dari sudut wajhu syabbah. Maka, sebenarnya dari awal lagi perkara ini boleh dielakkan jika kita tidak menggunakan kisah Nabi Nuh ini dalam perbandingan ketidakbersamaan anak pimpinan PAS dengan pimpinan PAS berkenaan.

25. Akhirnya kata, kita juga mahu seperti kata-kata Ustaz Nik Omar, “saya mahu mati sebagai orang mukmin yang beriman” bukan seperti anak Nabi Nuh, tetapi seperti Nabi Nuh ‘alaihissalam. Aameen.

Seeru ‘ala barakatillah.

Oleh : Za’im Yusoff
020518thédusoir

Dipetik dari: https://www.facebook.com/zaimyusoff/posts/10216672012779401

Thursday, April 19, 2018

Said Bin Amir al-Jumahi


“Said bin Amir, seorang laki-laki yang membeli akhirat dengan dunia dan mementingkan Allah dan Rasul-Nya di atas selain keduanya.” (Ahli Sejarah)

Anak muda ini, Said bin Amir, adalah satu dari ribuan orang yang keluar ke daerah Tan’im di luar Mekah atas undangan para pemuka Quraisy untuk menyakikan pelaksanaan hukum mati atas khubaib bin Adi, salah seorang sahabat Muhammad setelah mereka menangkapnya dengan cara licik.

Sebagai pemuda yang kuat dan tangguh, Said mampu bersaing dengan orang-orang yang lebih tua umurnya untuk berebut tempat di depan, sehingga dia mampu duduk sejajar di antara para pemuka Quraisy seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah, dan lain-lainya yang menyelenggarakan acara tersebut.

Semua ini membuka jalan baginya untuk menyaksikan tawanan Quraisy yang terikat dengan tambang itu. Sementara tangan anak-anak, para pemuda, dan kaum wanita mendorongnya ke pelataran kematian dengan kuatnya, mereka ingin melampiaskan dendam kesumat terhadap Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, membalas kematian orang-orang mereka yang terbunuh di Badar dengan membunuh Khubaib.

Manakala rombongan besar dengan seorang tawanan tersebut telah tiba di tempat yang sudah disiapkan untuk membunuhnya, si anak muda Said bin Amir al-Jumahi berdiri tegak memandang Khubaib yang sedang digiring ke tiang salib. Said mendengar suara Khubaib di antara teriakan kaum wanita dan anak-anak, dia mendengarnya berkata, “Bila kalian berkenan membiarkanku shalat dua rakaat sebelum aku kalian bunuh?”

Said melihat Khubaib menghadap kiblat, shalat dua rakaat, dua rakaat yang sangat baik dan sangat sempurna.

Said melihat Khubaib menghadap para pembesar Quraisy dan berkata, “Demi Allah, kalau aku tidak khawatir kalian menyangka bahwa aku memperlama shalat karena takut mati, niscaya aku akan memperlama shalatku.”

Kemudian Said melihat kaumnya dengan kedua mata kepalanya mencincang jasad Khubaib sepotong demi sepotong padahal Khubaib masih hidup, sambil berkata, “Apakah kamu ingin Muhammad ada di tempatmu ini sedangkan kamu selamat?[1]

Khubaib menjawab sementara darah menetes dari jasadnya, “Demi Allah, aku tidak ingin berada di antara keluarga dan anak-anakku dalam keadaan aman dan tenang sementara Muhammad tertusuk oleh sebuah duri.”

Maka orang banyak pun mengangkat tangan mereka tinggi-tinggi ke udara, teriakan mereka gegap gempita menggema di langit.

Di saat itu Said bin Amir melihat Khubaib mengangkat pandangannya ke langit dari atas tiang salib dan berkata, “Ya Allah, balaslah mereka satu persatu, bunuhlah mereka sampai habis, dan jangan biarkan seorang pun dari mereka hidup dengan aman.”

Akhirnya Khubaib pun menghembuskan nafas terakhirnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu melindunginya dari tebasan pedang dan tusukan tombak orang-orang kafir.

Orang-orang Quraisy kembali ke Mekah, mereka melupakan Khubaib dan kematiannya bersama dengan datangya peristiwa demi peristiwa besar yang mereka hadapi.

Namun tidak dengan anak muda yang baru tumbuh ini, Said bin Amir, Khubaib tidak pernah terbenam dari benaknya sesaat pun. Said melihatnya dalam mimpinya ketika dia tidur, membayangkannya dalam khayalannya ketika dia terjaga, berdiri di depannya ketika dia shalat dua rakaat dengan tenang dan tenteram di depan kayu salib, Said mendengar bisikan suaranya di keua telinganya ketika dia berdoa atas orang-orang Quraisy, maka dia khawatir sebuah halilintar akan menyambar atau sebuah batu dari langit akan jatuh menimpanya.

Peristiwa kematian Khubaib mengajarkan sesuatu kepada Said tentang persoalan besar yang belum dia ketahui selama ini. Peristiwa kematian Khubaib mengajarkan kepadanya bahwa kehidupan sejati adalah jihad di jalan akidah yang diyakininya sampai mati. Peristiwa kematian Khubaib mengajarkan kepadanya bahwa iman yang terpancang kuat bisa melahirkan dan menciptakan keajaiban-keajaiban.

Khubaib mengajarkan kepadanya perkara lainnya, yaitu seorang laki-laki yang dicintai sedemikian rupa oleh para sahabatnya adalah seorang nabi yang di dukung oleh kekuatan dan pertolongan langit.

Pada saat itu Allah Ta’ala membuka dada Said bin Amir kepada Islam, maka dia berdiri di hadapan sekumpulan orang banyak, mengumumkan bahwa dirinya berlepas diri dari dosa-dosa dan kejahatan-kejahatan orang Quraisy, menanggalkan berhala-berhala dan patung-patung menyatakan diri sebagai seorang muslim.

Said bin Amir al-Jumahi berhijrah ke Madinah tinggal bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ikut bersama beliau dalam perang khaibar dan peperangan lain sesudahnya.

Manakala Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mulia dipanggil menghadap keharibaan Rabbbnya alam keadaan ridha, Said bin Amir tetap menjadi sebilah pedang yang terhunus di tangan para khalifah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Abu Bakar, dan Umar. Said bin Amir hidup sebagai contoh menawan lagi mengagumkan bagi setiap mukmin yang telah membeli akhirat dengan dunia, mementingkan ridha Allah dan pahalaNya di atas segala keinginan jiwa dan hawa nafsu.

Dua orang khalifah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenal kejujuran Said dan ketakwaannya, keduanya mendengar nasihatnya dan mencamkan kata-katanya. Said datang kepada Umar bin al-Khatthab di awal khilafahnya, dia berkata, “Wahai Umar, aku berpesan kepadamu agar kamu bertakwa kepada Allah dalam bermuamalah dengan manusiadan jangan takut kepada manusia dengan melakukan kemaksiatan kepada Allah. Janganlah kata-katamu menyelisihi perbuatanmu, karena kata-kata yang baik adalah yang dibenarkan oleh perbuatan. Wahai Umar, perhatikanlah orang-orang yang Allah Ta’ala telah menyerahkan perkara mereka kepadamu, baik mereka dari kalangan kaum muslimin yang dekat maupun yang jauh, cintailah sesuatu yang bermanfaat untuk dirimu dan keluargamu, bencilah sesuatu yang mereka alami, yang kamu pun benci apabila hal itu terjadi kepada dirimu dan keluargamu, hadapilah kesulitan-kesulitan untuk menuju pada kebenaran dan jangan takut celaan orang-orang yang mencela ketika engkau berbuat ketaatan kepada Allah.”

Maka Umar menjawab, “Siapa yang mampu melakukannya wahai Said?”

Said berkata, “Hal itu bisa dilakukan oleh orang-orang sepertimu yang Allah Ta’ala serahi perkara umat Muhammad dan di antara dia dengan Allah tidak terdapat seorang pun.”

Pada saat itu Umar mengundang Said untuk mendukungnya, Umar berkata, “Wahai Said, aku menyerahkan kota Himsh kepadamu.” 

Maka Said menjawab, “Wahai Umar, dengan nama Allah aku memohon kepadamu agar mencoret namaku.”

Maka Umar marah, dia berkata, “Celaka kalian, kalian meletakkan perkara ini di pundakku kemudian kalian berlari dariku. Demi Allah, aku tidak akan membiarkanmu.”

Umar mengangkat Said sebagai gubernur Himsh, Umar bertanya kepadanya, “Aku akan mentapkan gaji untukmu.”

Said menjawab, “Apa yang aku lakukan dengan gaji itu wahai Amirul Mukminin? Pemberian dari baitul maal kepadaku melebihi kebutuhanku.” Said pun berangkat ke Himsh menunaikan tugasnya.

Tidak lama berselang, Amirul Mukminin Umar bin Khatthab didatangi oleh orang-orang yang bisa dipercaya dari penduduk Himsh, Umar berkata kepada mereka, “Tulislah nama penduduk miskin dari Himsh agar aku bisa membantu mereka.”

Mereka menulis dalam sebuah lembaran, di dalamnya tercantum nama fulan dan fulan serta Said bin Amir.

Umar bertanya, “Siapa Said bin Amir?”

Mereka menjawab, “Gubernur kami.”

Umar menegaskan, “Gubernur kalian miskin?”

Mereka menjawab, “Benar di rumahnya tidak pernah dinyalakan api dalam waktu yang cukup lama.”

Maka Umar menangis hingga air matanya membasahi janggutnya, kemudia dia mengambil seribu dinar dan memasukkannya ke dalam sebuah kantong. Umar berkata, “Sampaikan salamku kepadanya dan katakana kepadanya bahwa Amirul Mukminin mengirimkan harta ini agar kamu bisa menggunakannya untuk memenuhi kebutuhanmu.”

Delegasi pun pulang dan mendatangi rumah Said dengan menyerahkan kantong dari Umar bin Khatthab. Said melihatnya dan ternyata isinya adalah dinar, maka dia menyingkirkannya seraya berkata, “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Seolah-olah Said sedang ditimpa musibah besar atau perkara berat.

Istrinya datang tergopoh-gopoh dengan penuh kecemasan, dia berkata, “Apa yang terjadi wahai Said? Apakah Amirul Mukimin wafat?”

Said menjawab, “Lebih besar dari itu.”

Istrinya bertanya, “Aa yang lebih besar ?”

Said menjawab, “Dunia datang kepadaku untuk merusak akhiratku, sebuat fitnah telah menerpa rumahku.”

Istrinya berkata, “Engkau harus berlepas diri darinya,” Dia belum mengerti apa pun terkait dengan perkara dinar tersebut.

Said bertanya, “Kamu bersedia membantuku?”

Istrinya menjawab, “Ya”

Maka Said mengambil dinar itu, memasukkannya ke dalam kantong-kantong dan membagi-baginya kepada kaum muslimin yang miskin.

Tidak berselang lama setelah itu, Umar bin al-Khatthab datang ke negeri Syam untuk mengetahui keadaannya. Ketika Umar tiba di Himsh, kota ini juga dikenal dengan Kuwaifah, bentuk kecil dari Kufah, kota Himsh disamakan dengan Kufah karena banyaknya keluhan penduduknya terhadap para gubernurnya seperti yang dilakukan oleh orang-orang Kufah, ketika Umar tiba di sana, orang-orang Himsh bertemu dengan Umar untuk memberi salam kepadanya. Umar bertanya, “Bagaimana dengan gubernur kalian?”

Maka mereka mengadukannya dan menyebutkan empat hal dari sikapnya, yang satu lebih besar daripada yang lain.

Umar berkata, “Maka aku mengumpulkan mereka dengan pribadi Sa’id sebagai gubernur mereka dalam sebuah majelis, aku memohon kepada Allah agar dugaanku kepadanya selama ini tidak salah, aku sangat percaya kepadanya. Ketika mereka dengan gubernur mereka berada di hadapanku, aku berkata, “Apa keluhan kalian terhadap gubernur kalian?”

Mereka menjawab, “Dia tidak keluar kepada kami kecuali ketika siang sudah naik.”

Aku berkata, “Apa jawabanmu wahai Said?”

Said diam sesaat kemudian berkata, “Demi Allah, aku sebenarnya tidak suka mengatakan hal ini, akan tetapi memang harus dikatakan. Keluargaku tidak mempunyai pembantu. Setiap pagi aku menyiapkan adonan mereka, kemudian aku menunggunya beberapa saat sampai ia mengembang, kemudian aku membuat roti untuk mereka, kemudian aku berwudhu dan keluar untuk masyarakat.”

Umar berkata, aku pun berkata kepada mereka, “Apa yang kalian keluhkan darinya juga?”

Mereka menjawab, “Dia tidak menerima seorang pun di malam hari.”

Said berkata, “Demi Allah, aku juga malu mengatakan hal ini. Aku telah memberikan siang bagi mereka, sedangkan malam maka aku memberikannya kepada Allah Ta’ala.

Aku bertanya, “Apa lagi yang kalian keluhkan darinya?”

Mereka menjawab, “Dia tidak keluar menemui kami satu hari dalam sebulan.”
Aku bertanya, “Bagaimana penjelasanmu wahai Said?”

Said menjawab, “Aku tidak mempunyai pembantu wahai Amirul Mukminin, aku pun tidak mempunyai pakaian selain yang melekat di tubuhku ini. Aku mencucinya sekali dalam sebulan, dan menunggu sampai kering, baru kemudian aku keluar di sore hari.”

Kemudian aku bertanya, “Apa lagi yang kalian keluhkan darinya?”

Mereka menjawab, “Terkadang ia jatuh pingsan sehingga tidak ingat terhadap orang-orang di sekitarnya.”

Aku bertanya, “Bagaimana penjelasanmu wahai Said?”

Said menjawab, “Aku menyaksikan kematian Khubaib bin Adi ketika aku masih musyrik, aku melihat orang-orang Quraisy mencincang jasadnya sambil berkata kepadanya, ‘Apakah kamu ingin Muhammad ada di tempatmu ini?’ Lalu dia menjawab, ‘Demi Allah, aku tidak ingin berada di antara keluarga dan anak-anakku dalam keadaan tenang sedangkan Muhammad tertusuk oleh sebuah duri.’ Demi Allah setiap aku teringat hari itu, yakni ketika aku membiarkannya dan tidak menolongnya sehingga aku senantiasa dikejar ketakutan bahwa Allah tidak akan mengampuniku, maka aku pun pingsan.”

Saat itu Umar berkata, “Segala puji bagi Allah yang membenarkan dugaanku kepadamu.”

Kemudian Umar memberinya seribu dinar agar dia gunakan untuk memenuhi kebutuhannya.

Istrinya melihatnya, dia pun berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah mencukupkan kami dari pelayananmu, belilah kebutuhan kami dan ambillah seorang pelayan.”

Said berkata kepadanya, “Apakah kamu mau aku tunjukkan kepada yang lebih baik dari itu? Istrinya balik bertanya, “Apa itu?”

Said berkata, “Kita memberikan harta tersebut kepada yang memberikannya kepada kita, kita lebih memerlukan hal (amalan) itu.”

Istrinya bertanya, “Apa maksudmu?”

Said menjawab, “Kita berikan kepada Allah dengan cara yang baik.”

Istrinya berkata, “Setuju dan semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.”

Said tidak meninggalkan majelisnya hingga dia membagi dinar tersebut di beberapa kantong, lalu dia berkata kepada salah seorang anggota keluarganya, 

“Berikanlah ini kepada janda fulan, berikanlah ini kepada anak-anak yatim fulan, berikanlah ini kepada keluarga fulan, berikanlah ini kepada orang-orang miskin dari keluarga fulan.”

Semoga Allah meridhai Said bin Amir al-Jumahi, dia termasuk orang-orang yang mementingkan saudaranya sekalipun dia sendiri memerlukan.[2]

Diketik ulang oleh Abu Abdillah Ridwansyah As-Slemani
Artikel www.KisahMuslim.com

[1] Ada yang berkata bahwa pertanyaan ini diarahkan kepada Zaid bin ad-Ditsinnah. Lihat Syarh al-Mawahib karya Allamah az-Zarqani, (II/72) dan Syarh Bahjah al-Mahafil wa Bughyah al-Amatsil, (I/220).
[2] Untuk menambah wawasan tentang Said bin Amir al-Jumahi silahkan merujuk:
Tahdzib at-Tahdzib, (IV/51); Ibnu Asakir, (VI/145-147); Shifah ash-Shafwah, (I/273); Hilyah al-Auliya’, (I/244); Tarikh al-Islam, (II/35); Al-Ishabah, (II/48) atau (at-Tarjamah), 327; Nasab Quraisy, (399).



Read more http://kisahmuslim.com/2768-said-bin-amir-al-jumahi.html