Sekarang ini pelbagai video
Sembang Rakyat telah memenuhi ruang youtube dalam internet membawa pelbagai isu
termasuk hudud. Saya percaya ia merupakan propaganda terdesak pihak-pihak
tertentu dalam menghadapi PRU 13 nanti.
Nampaknya mereka sedar bahawa
saluran tv dan akhbar yang menjadi tali barut kempen mereka sudah tidak mampu
untuk menawan hati rakyat kerana rakyat sudah tidak lagi mempercaya alat
propaganda mereka itu. Jadi sekarang, mereka mengubah strategi bagi menyebarkan
propaganda mereka itu melalui internet. Malah kekalahan mereka dalam PRU 12
dahulu adalah kerana internet merupakan salah satu sumber maklumat kepada
masyarakat dan rakyat terutamanya golongan muda kerana mereka yakin bahawa
media yang ada sekarang ini tidak berlaku adil.
Namun begitu, dalam menyebarkan
propaganda tersebut mereka seolah-olah lupa batas-batas agama yang perlu
dijaga. Mereka bercakap mengenai hudud dan menghina hukum tersebut.
Segala
hukum Yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan sesiapa Yang taat
kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang
mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah
kejayaan Yang amat besar. Dan sesiapa Yang derhaka kepada Allah dan RasulNya,
dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam api
neraka, kekalah Dia di dalamnya, dan baginya azab seksa Yang amat menghina.
(an-Nisa’ : 13-14)
Banyak tutur kata dalam klip
video tersebut jelas mempersenda-sendakan hukum. Malah peribadi yang bercakap
mengenai hukum tersebut jelas telah melanggar hukum. Hukum dalam agama adalah
bukan sesautu yang boleh dibuat main-main atau dipersendakan sekehendak hati
kita walaupun kita tidak menyetujuinya kerana tindakan tersebut boleh
membuatkan aqidah kita tercalar. Allah swt telah berfirman:-
Dan
jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan
dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan
peringatkanlah (mereka) Dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat
kelak) tidak terjerumus (ke Dalam azab neraka) Dengan sebab apa Yang ia telah
usahakan (dari perbuatan Yang buruk dan keji). tidak ada baginya Pelindung dan
tidak juga pemberi syafaat Yang lain dari Allah. dan jika ia hendak menebus
(dirinya) Dengan Segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan
diterima daripadanya. mereka itulah orang-orang Yang dijerumuskan (ke Dalam
azab neraka) Dengan sebab apa Yang telah mereka usahakan. bagi mereka
disediakan minuman dari air panas Yang menggelegak, dan azab seksa Yang tidak
terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
(al-Ana’m: 70)
Pihak
berkuasa terutamanya majlis agama atau Jakim perlu mengambil tindakan berkaitan
klip video tersebut kerana banyak skrip yang jelas menunjukkan penghinaan
terhadap Hudud sebagai salah satu hukum dalam Islam.
No comments:
Post a Comment