hasbunallah

hasbunallah

Tuesday, June 19, 2012

S 114A Akta Keterangan Bertentangan Dengan Natural Justice


Pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950 dengan memasukkan seksyen 114A merupakan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip Natural Justice yang diakui dan diamalkan di seluruh dunia. Seksyen tersebut menjadi bebanan yang besar terhadap pengguna internet.

Sebelum ini beban pembuktian (burden of proof) terhadap sesuatu tuduhan adalah terletak keatas pihak pendakwaan. Ianya selari dengan prinsip Natural Justice iaitu "In criminal cases, as every man is presumed to be innocent until the contrary is proved, the burden of proof rests on the prosecutor."

Atau dalam bahasa mudahnya ialah, dalam kes jenayah seseorang itu adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Dan beban pembuktian adalah terletak di atas bahu pihak pendakwaan.

Malah dalam Islam sendiri telah menggariskan satu kaedah feqah sebagai panduan yang jelas mengenai beban pembuktian berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

البينة على المدعى واليمين على من أنكر
Mengemukakan keterangan adalah menjadi kewajipan yang mendakwa dan bersumpah adalah menjadi tanggungjawab yang mengingkarinya. (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi dengan sanad yang sahih)

Mengikut Prof. Dr Abd Karim Zaidan di dalam kitabnya نظام القضاء في الشريعة الإسلامية  bahwa: jika yang kena dakwa itu membantah atau menafikan apa yang didakwa oleh pendakwa itu maka barulah hakim meminta orang yang mendakwa mengemukakan keterangannya bagi membuktikan apa yang didakwanya itu.

Maka disini adalah jelas sekali dalam Islam menetapkan bahawa pihak yang mendakwa berkewajipan untuk mengemukakan keterangan ataupun bukti bagi membuktikan dakwaan mereka. Selepas bukti atau keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwaan, barulah hakim akan meminta keterangan atau sumpah daripada orang yang kena dakwa.

Namun pindaan dengan memasukkan seksyen 114A Akta Keterangan tersebut adalah menjadi sebaliknya yang meletakkan beban pembuktian keatas orang yang kena dakwa untuk membuktikan bahawa bukan dia yang melakukan kesalahan tersebut.

Memang tidak dinafikan bahawa pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk menangkap dan mendakwa pesalah siber ini di Mahkamah. Namun kesukaran tersebut bukanlah sesuatu yang boleh menjustifikasikan tindakan kaedah natural justice. Sekiranya pihak berkuasa sedar keadaan begini, maka mereka seharusnya meningkatkan lagi peralatan, melantik pakar-pakar professional dalam bidang tersebut bagi membolehkan tangkapan dan pendakwaan dibuat terhadap pesalah siber.

Saya yakin dan percaya, pindaan ini akan membuatkan ramai orang yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa akan ditangkap dan dituduh dibawah seksyen ini. Tentunya akan menjadi kesukaran kepada tertuduh untuk membuat pembelaan kerana beban pembuktian adalah terletak ke atas mereka.  Sedangkan satu hadis nabi dari Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لاَدَّعَى قَوْمٌ دِمَاءَ قَوْمٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْيَمِيْنَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ. (رواه البخارى ومسلم)
Kalau diberi kepada manusia berdasarkan dakwaan mereka semata-mata, maka akan mendakwalah sesuatu kaum akan darah dan harta kaum yang lain, akan tetapi sumpah adalah diwajibkan ke atas yang kena dakwa.

Pindaan ini mungkin akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah siber namun ia akan menyababkan ketidakadilan berlaku dan menganiaya orang yang tidak bersalah. 

Monday, June 4, 2012

Evidence (Amendment) (No. 2) Bill 2012 : Grave repercussions for internet users


24 April 2012 | Express Yourself | Posted by Foong Cheng Leong

Dissecting the presumption of fact relating to publication in the controversial new Bill.

The Evidence (Amendment) (No. 2) Bill 2012 was one of the bills rushed and passed by the Parliament recently. Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, when winding up the Evidence (Amendment) Bill 2012, said the use of pseudonyms or anonymity by any party to do cyber crimes had made it difficult for the action to be taken against them. Hence, the Evidence Act 1950 must be amended to address the issue of Internet anonymity.

The amendments introduced s. 114A into the Evidence Act 1950 to provide for the presumption of fact in publication in order to facilitate the identification and proving of the identity of an anonymous person involved in publication through the internet. In simple words, s. 114A introduces 3 circumstances where an Internet user is deemed to be a publisher of a content unless proven otherwise by him or her.
Men in masks, beware of s.114A.

Although it is stated that the amendment is to cover anonymous persons on the internet, the effect of the amendment is quite wide. You see, we, especially social media network users, generally do not use our real names on the Internet. We use nicknames and pseudonyms. Our home addresses do not appear on our account. We sometimes use fictional characters or even digitalized images of ourselves as our profile picture. All these are done to protect our own privacy. So, if none of my personal details appear on my account, does this mean I am anonymous? If someone’s identity cannot be directly ascertained from his account, I would think that he would be anonymous.

The new s. 114A(1) states that “A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host , administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved”. In simple words, if your name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting yourself as the aforesaid persons, you are deemed to have published the content. So, for example, if someone creates a blog with your name, you are deemed to have published the articles there unless you prove otherwise. If you have a blog and someone posts a comment, you are deemed to have published it. If you have a Facebook page and an user posts something on your wall, you are deemed to have published it!

Subsection (2) provides a graver consequence. If a posting originates from your account with a network service provider, you are deemed to be the publisher unless the contrary is proved. In simple terms, if a posting originates from your TM Unifi account, you are deemed to be the publisher. In the following scenarios, you are deemed to be the publisher unless you prove the contrary:-

(1) You have a home network with a few house mates sharing one internet account. You are deemed to be the publisher even though one of your house mates posts something offensive online.

(2) You have wireless network at home but you did not secure your network. You are deemed to be the publisher even though someone “piggybacks” your network to post something offensive.

(3) You have a party at home and allows your friends to access your PC or wireless network. You are deemed to be the publisher even though it was a friend who posted something offensive.

(4) Someone use your phone or tablet to post something offensive. You are deemed to be the publisher.

As for subsection (3), you are presumed to have published a content if you have custody or control of any computer which the publication originates from. Here, you are deemed to be the publisher so long your computer was the device that had posted the content. So if someone “tweetjacks” you or naughtily updates your Facebook with something offensive, you are deemed to be the publisher unless you prove otherwise.

Admittedly, the amendments certainly saves a lot of the investigator’s time. It is very difficult to trace someone on the Internet. It will make prosecution for, among others, defamation, offences under the Communication and Multimedia Act 1998 and Computer Crimes Act 1997 and, election offences much easier. But it is not impossible to trace someone. There are many cases where perpetrators are caught and charged.

I do not see the logic to deem someone to be a publisher. If an investigator is unable to trace the anonymous internet user, then why should the innocent Internet user take the rap? The onus of proof should always be on the prosecuting side. In the English case of Applause Store Productions Limited & Anor v Grant Raphael [2008] EWHC 1781 (QB), the claimants were awarded £22,000 in damages against Raphael, an old school friend, who had created a false personal profile of the claimants on Facebook. The claimants convinced the Court that Raphael was the person who created the fake profile even though he claimed that he had a party at his house and someone in that party created the account.

In summary, the new amendments force an innocent party to show that he is not the publisher. Victims of stolen identity or hacking would have a lot more problems to fix. Since computers can be easily manipulated and identity theft is quite rampant, it is dangerous to put the onus on internet users. An internet user will need to give an alibi that it wasn’t him. He needs to prove that he has no access to the computer at that time of publication and he needs to produce call witnesses to support his alibi.

Clearly, it is against our very fundamental principal of “innocent until proven guilty”. With general election looming, I fear this amendment will be used oppressively. Fortunately, the amendment is not in force yet. I strongly hope that the government will relook into this amendment.

Dipetik dari web Loyar Buruk

Wednesday, May 30, 2012

Antara PAS & UMNO


Mukadimah

Mungkin para pembaca mula terfikir apa yang akan saya katakan sewaktu mula-mula melihat tajuk yang agak besar dalam medan politik atau siayasah di Malaysia ini. Apatah lagi apabila ia melibatkan dua buah parti yang besar dan lama dia Negara kita iaitu Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan juga United Malays National Organization (UMNO).   

Tajuk ini besar dan panjang perbahasannya, malah boleh dijadikan sebuah kajian yang cukup menarik dalam membuat perbandingan antara keduanya dari segi keseluruhan bermula dari perlembagaan parti, misi, visi, keahlian, gerak kerja, pentadbiran dan sebagainya.

Namun disini saya hanya ingin menyentuh beberapa isu sahaja yang sering dibangkitkan oleh orang Umno dan selainnya mungkin saya akan jelaskan kemudian sekiranya ada waktu kelapangan.

Isu 1 : Kenapa Pas perlu bekerjasama dengan bukan Islam iaitu DAP?

Soalan sebegini sering dibangkitkan oleh orang Umno yang mengemukakan hujah bahawa kenapa tidak diadakan persepakatan dengan Umno jika hendak dibandingkan kerjasama dengan DAP?

Saya tidak pasti sama ada orang yang bertanya sedemikian sedar bahawa Umno juga turut mengadakan kerjasama atau gabungan dengan parti bukan Islam seperti Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC). Malah kerjasama Umno dengan MCA dan MIC tersebut adalah lebih lama lagi berbanding kerjasama antara PAS dan DAP.


Banyak pendapat ulama mengenai keharusan kerjasama politik atau tahaluf siyasi antara orang Islam dan bukan Islam. Kitab dan makalah khusus turut ditulis mengenainya dan saya tidak ingin mengulasnya disini kerana ia perlukan perbahasan khusus mengenai tajuk tersebut.
  
Jika dihujahkan bahawa DAP itu bukan Islam, maka adakah MCA dan MIC itu Islam? Malah jika kita melihat perlembagaan DAP, tiada sebarang peruntukan yang menyatakan bahawa hanya bangsa tertentu sahaja seperti cina yang boleh menyertai pari tersebut. Bahkan ramai orang-orang Melayu yang turut menyertai DAP serta menjadi pimpinan tertinggi dalam DAP.

Sedangkan MIC hanya membenarkan bangsa India menjadi ahlinya dan MCA hanya membenarkan bangsa cina menganggotainya. Kedua-dua parti tersebut tidak membukakan keahliannya kepada bangsa lain sebagaimana yang dibuat oleh DAP. Oleh yang demikian, adakah parti kita mengatakan bahawa DAP yang keahliannya terdiri dari kepelbagaian bangsa itu parti cina melebihi MCA sendiri? Malah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh adalah seorang etnik Punjabi.

Adakah golongan yang mengajukan persoalan berikut hendak menghujahkan bahawa MCA dan MIC itu parti orang jawa dan mereka adalah parti Islam? Janganlah disebabkan anda seorang yang mengaku memperjuangkan ‘Melayu’ menutup sebelah mata dalam membuat perbandingan antara DAP, MIC dan MCA. Itu adalah sesuatu yang tidak adil.

Jika hendak mempertikaikan kerjasama politik antara PAS dan DAP, anda juga seharusnya mempertikaikan kerjasama antara UMNO dengan MCA dan MIC. Barulah adil dan saksama penilaian anda.

Isu 2 : Tidak boleh sokong PAS tapi sokong UMNO.

Ramai juga yang bertindak tidak menyokong PAS dengan pelbagai alasan tetapi bertindak menyokong UMNO terutamanya golongan ustaz dan ilmuan.  

Antara alasan mereka adalah seperti diatas. Mereka mempertikaikan kerjasama politik antara PAS dan DAP sedangkan mereka lupa tentang kerjasama UMNO dengan MIC dan MCA.

Mereka mengaku sebagai golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tidak akan menyokong PAS didakwa membawa ajaran Wahabi. Tetapi mereka dengan senang hati menyertai UMNO seolah-olah mereka lupa bahawa dalam UMNO juga ada golongan Wahabi atau Salafi.  Apa beza Wahabi dalam PAS dan Wahabi dalam UMNO?

Adalah menjadi sesuatu yang amat tidak logik apabila golongan yang mengaku kuat mempertahankan ASWJ menolak PAS atas alasan Wahabi dan dalam pada masa yang sama menyertai UMNO!! Adakah mereka berpendapat bahawa haram menyokong Wahabi PAS dan halal menyokong Wahabi UMNO?

Saya percaya, itu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan oleh golongan ilmuan tersebut. Bahkan sekiranya di teliti, lebih ramai golongan ASWJ berada dan menyokong PAS berbanding dengan UMNO.

Sekadar ini dahulu sedikit pandangan buat masa ini bagi menjawab tuduhan liar yang tidak berasas golongan UMNO. Semoga bermanfaat bagi mereka yang mencari kebenaran. 

Monday, May 7, 2012

BERSIH 3.0 : Cubaan Menggulingkan Kerajaan??


Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar bahawa Himpunan Bersih 3.0 mengandungi unsur-unsur cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Apatah lagi kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang juga menggambarkan bahawa himpunan tersebut adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Saya percaya bahawa kenyataan liar yang penuh prasangka sebegini dikeluarkan tanpa pertimbangan dan siasatan yang sewajarnya. Malah kenyataan ini dibuat secara melulu bagi mempertahanankan kesalahan kerajaan, menjustifikasikan tindakan-tindakan ganas pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 dan yang penting adalah untuk memberikan pandangan yang salah bahawa Bersih 3.0 adalah ganas.

Cuba kita soroti perjalanan Bersih 3.0 tersebut sebelum membuat sebarang kesimpulan yang melulu. Tujuan himpunan tersebut diadakan adalah untuk menuntut 8 perkara bagi menjamin proses pilihan raya Malaysia adil dan telus. Jika diteliti 8 tuntutan tersebut, ia sebenarnya tidak menguntungkan mana-mana pihak pun sama ada pihak kerajaan ataupun pembangkang. Malah ia memberikan keadilan bagi semua pihak yang mengambil bahagian dalam proses pilihan raya. Barulah nyata keadilannya apabila perlawanan diadakan diatas padang yang sama rata.

Malah cara bantahan Bersih 3.0 tersebut hanyalah BERHIMPUN dan DUDUK sahaja. Semua peserta datang dengan bersantai tanpa sebarang senjata. Malah ada yang datang bersama anak-anak dan ahli keluarga. Ini adalah tujuan yang jelas dan bukti yang nyata bahawa himpunan tersebut bukanlah berniat untuk menggulingkan kerajaan mahupun ingin bertindak ganas.

Sekiranya himpunan Bersih 3.0 tersebut diadakan untuk menggulingkan kerajaan yang memerintah, nescaya himpunan tersebut tidak akan dibuat di Dataran Merdeka. Jika niatnya untuk menggulingkan kerajaan, sudah pasti himpunan tersebut akan dibuat di Putrajaya selaku pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Malah, Bersih 3.0 tidak akan membuat permohonan kepada DBKL untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan!

Kalau niat Bersih 3.0 untuk menggulingkan kerajaan, sudah pasti peserta yang hadir akan membawa senjata-senjata tertentu sekurang-kurangnya pistol. Logikkah himpunan tersebut bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sedangkan perserta himpunan semuanya tidak bersenjata?

Kalau benar Bersih 3.0 bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, maka polis yang bertugas pada hari tersebut adalah tidak akan mampu untuk mengatasi kekuatan peserta Bersih yang lebih ramai dari anggota polis tersebut. Sudah pasti ramai anggota polis yang mati dan cedera akibat rusuhan peserta Bersih 3.0. Dan hakikat tidak pun berlaku demikian.   

Dan yang terbaru, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengenai himpunan yang merosakkan harta dan nyawa dengan mengaitkan Bersih 3.0. Tanpa mengurangkan rasa hormatnya saya kepada para mufti dan ulama yang terlibat dalam pengeluaran fatwa tersebut, saya yakin bahawa anggota majlis tersebut tidak mendapat maklumat atau gambaran yang jelas dan adil mengenai Bersih 3.0 sebelum mereka mengeluarkan fatwa tersebut.

Banyak gambar dan video yang tersebar boleh menceritakan segala-galanya mengenai Bersih 3.0 tersebut. Maka teliti seadil-adilnya sebelum membuat kenyataan kerana kenyataan tersebut akan menggambarkan siapa kita dan siapa orang lain. 

Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 : Coretan Seorang Pemerhati


BERSIH 3.0 yang berlangsung semalam (28/04/2012) berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur meninggalkan pelbagai kenangan serta kesan terhadap peta politik, pentadbiran Negara, undang-undang dan sebagainya. Tidak kurang juga ia turut menjadi isu perdebatan antara yang menyokong dan yang menentang BERSIH 3.0 tersebut dengan mengemukakan pelbagai hujah dari pelbagai sudut yang berbeza.

Saya bersama pasukan peguam dari Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah diarahkan oleh Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) untuk membuat pemerhatian terhadap perjalanan himpunan tersebut di dua lokasi berbeza iaitu Petaling Street dan Dataran Maybank.

Walaupun himpunan tersebut dijadualkan bermula dari pukul 2:00 petang 28/04/2012, namun peserta sudah memasuki Bandaraya Kuala Lumpur dan memenuhi kawasan-kawasan tertentu sejak petang 27/04/2012 lagi. Peserta himpunan tersebut datangnya dari seluruh pelosok Negara dengan tujuan untuk menuntut suatu sistem pilihan raya yang adil dan telus.

Pastinya ramai golongan yang menentang BERSIH 3.0 tersebut mempersoalkan, kalau pilihan raya Negara kita tidak adil macam mana Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dapat ditawan oleh pihak pembangkang?  

Jawapan saya, apakah maksud sistem pilihan raya? Ia adalah satu proses yang bermula dari pendaftaran seorang pemilih sehinggalah kepada pentadbiran sesebuah kerajaan sesudah pilihan raya berlaku. Bukan hanya sekadar pilihan raya. Bahkan ianya adalah satu sistem secara keseluruhan. Contohnya isu pendaftaran pemilih.

Saya sendiri beberapa terlibat dalam pendengaran awam SPR mengenai bantahan pendaftaran pemilih pos dalam Dun Kok Lanas yang amat jelas menunjukkan bahawa SPR sememangnya tidak telus dalam mengendalikan proses tersebut dengan memberikan alasan dan hujah yang langsung tidak masuk akal. Bahkan sehingga ke tahap borang permohonan pun boleh diubah.

Pastinya golongan yang menentang BERSIH 3.0 kemudian berhujah: tidak perlu berhimpun, kenapa tidak adakan rundingan atau menggunakan cara yang lebih harmoni?

Jawapan saya: saya sendiri telah terlibat dengan pelbagai rundingan dengan pihak SPR ini. Bahkan saya sendiri yang turut mengemukakan cadangan kepada Parliament Select Committee (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili di Kota Darul Naim, Kelantan. Namun usaha tersebut kelihatannya seperti tidak diendahkan.

Kemudian mereka mempersoalkan lagi: kenapa perlu menyokong BERSIH 3.0 yang diketuai oleh Ambiga yang secara jelas menyokong LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender) yang haram dalam Islam.

Jawapan saya: memetik tulisan Dr MAZA sebagai berkata “Islam adalah agama Allah yang ajaran-Nya berasas fitrah yang Dia ciptakan kepada manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ditolak oleh agama ini.

Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang telah Allah jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang menyanggah fitrah asal insan itu.

Demikian Islam menolak kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia.

Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi elemen fitrah yang Allah ciptakan.

Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini.

Sebagai akhirnya walaupun masih banyak persoalan yang ingin ditanya oleh golongan yang menetang BERSIH 3.0, cukuplah dulu sebab sudah tidak larat untuk menjawabnya. Cuma sekadar peringatan bersama kepada sesiapa sahaja yang ingin memberikan komen atau pendapat, bercakaplah sekadar ilmu kita yang ada sahaja, jangan bercakap apa yang tidak kita ketahui kerana ia boleh menampakkan kebodohan kita sendiri. 

Tuesday, April 17, 2012

Bersama Ulama Madinah al-Munawwarah


as-Syeikh Dr. Mahmood
Abd Rauf al-Mirghalani

Pada 12/04/2012 yang lalu, saya telah berkesempatan buat kali kedua untuk bertemu dan menghadiri majlis bersama seorang ulama dari Madinah al-Munawwarah iaitu al-Alim al-Allamah Fadhilah a-Syeikh Dr. Mahmood Abd. Rauf al-Mirghalani. Majlis tersebut telah diadakan di Madrasah Ahbabul Mustafa, Tumpat.

Dalam program tersebut, as-Syeikh telah sudi untuk menyampaikan tausyiah serta mengijazahkan beberapa buah kitab kepada saya dan hadirin yang hadir. Memang sesuatu yang indah apabila kita berada dalam taman-taman syurga. Apatah lagi majlis tersebut diserikan dengan bacaan qasidah oleh murid kanan beliau iaitu ustaz Rahmat as-Syazili.

Bersama Ustaz Mashrin
Bagi orang yang memiliki hati yang sentiasa hidup dengan zikir, pasti akan tersentuh dengan bacaan qasidah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tersebut oleh Ustaz Rahmat. 






Kitab yang telah diijazahkan oleh as-Syeikh Dr. Mahmood Abd. Rauf al-Mirghalani kepada saya pada malam tersebut:




Semoga Allah swt memberikan saya peluang yang berterusan untuk terus menimbal ilmu dari guru yang hebat ini.



Tuesday, March 27, 2012

Borang Pendaftaran Undi Pos: Tandatangan Berbeza. Salah Siapa?


Semalam (26/03/2012), satu pendengaran awam telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mendengar bantahan terhadap sejumlah permohonan isteri tentera untuk mendaftarkan diri mereka sebagai undi pos dalam Dun Kadok, Parlimen Ketereh telah dibuat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Ketereh.

Saya bersama rakan dari Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM), Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah turut serta untuk menyelia perjalanan pendengaran awam tersebut.

Satu isu yang amat besar timbul semasa sesi bantahan tersebut mengenai borang permohonan untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi pos. Pada mulanya pihak SPR enggan untuk mengemukakan borang permohonan asal yang berada dalam simpanan mereka untuk dibandingkan dengan borang salinan yang ditunjukkan oleh pemohon atau orang yang kena bantah (OKB).

Tetapi setelah berkeras, akhirnya pegawai SPR menunjukkan borang permohonan yang berada dalam simpanan mereka. Maka jelas kelihatan tandatangan yang terdapat pada borang asal yang berada dalam simpanan SPR dan borang salinan yang dikemukakan oleh para isteri tentera tersebut adalah berlainan sama sekali. Malah, pembantah turut meminta isteri tentera tersebut menurunkan tandatangan mereka dihadapan pegawai SPR tersebut. Ternyata ia adalah perbezaan yang besar!!

Maka terbuktilah bahawa, borang permohonan yang dihantar kepada SPR adalah di isi oleh individu berlainan dan bukan oleh pemohon iaitu isteri para tentera tersebut. Dalam kes ini, saya tidak berniat untuk menunding jari ke arah man-mana pihak.   

Cuma persaoalan saya ialah:
1.      Siapakah sebenarnya yang mengisi borang tersebut?
2.      Bukankah ianya suatu penipuan?
3.      Siapakah yang sebenarnya bersalah?